LORA ELYA × ASH D'AEZEL____________________________________
SIARAN televisyen berbahasa alien yang sukar difahami masyarakat menjadi pilihan gadis berambut pendek tersebut. Berdekah-dekah ketawanya keluar apabila menonton aksi artis lelaki bermata sepet di kaca televisyen. Beberapa butir bertih jagung disuap ke dalam mulut. Besar saja mulutnya ternganga. Kalah mulut badak sumbu sumatera jika diajak bertanding.Buk..Buk..
Pandangannya masih tak dilepaskan. Punggungnya juga masih tak berganjak dari sofa empuk berwarna merah yang baru dibeli kakaknya.
Buk..buk..
Hampir roboh pintu rumahnya diketuk namun gadis tersebut tidak mahu membuka pintu. Malas benor perangai.
"Haishhhhhh...Masuk je laaaaaaah! Bising la akak nih. Macam la takde kunci. Hish."
Gadis itu menggaru lehernya yang tiada tanda-tanda gatal. Mungkin hairan dengan sikap kakaknya yang cuba menjahamkan pintu. Melepaskan amarah mungkin?Buk! Buk! Buk!
Ketukan kali ini lebih kuat dan agresif. Nasib dia tiada penyakit jantung. Sia-sia saja jika duit tabung ayamnya dihabiskan untuk penyakit tersebut. Bagaimana dia mahu membeli tiket konsert BTS kesayangannya nanti? Makan nasi berulam jantung lah gamaknya.
BUK! BUK! BUK!
Gadis itu melepas keluhan berat lantas bangkit dari tempat terdamparnya. Berat sungguh punggungnya apabila diangkat. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan langkah ke arah pintu utama.
Pintu Utama. Berlubang. Berdiameter 3 cm. Kalau teropong Insya-Allah satu dunia bakal tahu penghuni tak rasmi rumah tersebut.
BUK! BUK!
"Ya..ya..Sabar la. Nak bukak la nih. Hish gorilla nih."
Tombol pintu separuh abad itu dipulas lalu ditolak perlahan. Terbeliak matanya setelah melihat si pengetuk sebenar. Cepat-cepat gadis itu menarik semula tombol pintu tersebut. Malangnya nasib tak menyebelahinya, pantas saja tangan mahkluk di hadapannya menahan pintu rumahnya."Amboi..Nampak aku terus nak tutup pintu ya? Sedap sedap kau je ye Lora..Kau ngan kakak kau serupa je. Nampak aku terus lari lintang pukang."
Lora mengangkat mukanya yang hampir tertunduk memandang lantai. Matanya meneliti susuk tubuh yang berada di hadapannya.
Rambut keritingnya serabai, gincu merah menyala bersama bedak sejuk yang sudah pun kering, baju bercorak polka dot ala ala lampu neon, selipar jamban keluaran Wak Jemah.
Jelas sekali manusia di hadapannya ini Mak Cik Bawang tipikal yang selalu menjaja cerita-cerita terhangat di pasaran. Lora mendengus perlahan lalu membuka pintu.
"Mak cik nak apa? Saya ada banyak lagi keje nak dibuat tau. Dah la V tengah tunggu saya.."
Kata-kata Lora pantas dicelah Mak Cik berambut serabai tersebut. Kalah penyapu rumahnya.
"Oooohhh..V tengah tunggu? Habis tu aku yang dari 5 bulan lepas tunggu kau bayar duit sewa ni? Takde pulak kau nak bising? Bila kau nak bayar hah?" Sergahan wanita berumur 50 an itu hampir memecahkan gegendang telinga Lora.
YOU ARE READING
Anak Hartawan
Teen Fiction" Jangan cabar aku . " LORA ELYA - Seorang gadis sederhana ini telah dipertemukan dengan seorang lelaki yang mengaku sebagai abang kandungnya. " What? Abang kandung aku? CEO syarikat hartanah rumah terkenal ? Nonsense! " Bergegar bilik tidurnya den...