LORA ELYA × ASH DA'EZEL
Sehelai baju compang-camping disarung pada tubuhnya bersama seluar pendek tiga suka. Selipar jepun menjadi pelengkap penyamarannya sebagai pengemis tak berdaftar. Gadis berambut pendek itu menoleh pada rakannya yang duduk berteleku. Entah apa yang dirunsingkannya."Ayda. Kau ni kenapa? Cam tak setuju je ngan plan aku. Bukan kita da cakap ke benda ni tadi?" Lora menatap wajah tanpa cela Hayda. Baginya Hayda lah orang kedua terpenting dalam hidupnya selepas kakak kandungnya sendiri. Rakannya itu sering memberi semangat malah sudi meminjamkan bahu ketika detik susah dan senang.
Hayda melepaskan satu keluhan berat. Lantai menjadi sasaran matanya kali ini. "Bukan tak setuju. Aku cuma tak berapa suka. El. Apa kata kau tinggal je ngan aku? Tak payah sesusah buat camni. Lagi.."
Kata-kata Hayda pantas dicelah sebelum dibiarkan berpanjangan. "Weih. Kan aku dah kata. Aku tak nak susahkan kau. Parent kau pun cam tak suka sangat ngan aku.."Lora pula yang tertunduk memandang lantai batu rumahnya.
"Apsal kau nak kesah pasal parent aku? Kau je yang pikir camtu. Dorang takde pape pun lah." Pintas Hayda setelah mendengar pendapat rakannya itu. Melihat Lora yang masih mendiamkan diri, Hayda kembali menyambung perbicaraannya. "El. Ada banyak lagi cara selain mintak simpati orang nih. Kau tak malu ke kalau budak sekolah nampak kita mengutip tepi jalan?"
Lora bangkit dari sofa merah yang baru dibeli kakaknya lalu menuju ke pintu utama rumah. "Ini je caranya. Singa betina tuh nak duit sewa hari jugak. Sah-sah la aku merempat kalau tak bayar." Tombol pintu dipulas perlahan sebelum ditolak. Lora berhenti seketika lalu memandang sahabat baiknya di muka pintu.
Sekali lagi Hayda mengeluh kerana takdir yang tidak menyebelahinya kali ini. " Ok..Ok..Aku join. Puas hati?" Lora mengukir senyuman tatkala mendengar jawapan yang menyenangkan dari mulut Hayda.
"Camnilah kawan. "
×××Bunyi yang dihasilkan tin biskut apabila diketuk menjadi perhatian beberapa manusia yang lalu lalang sekitar jalan raya. "Duit...Duit...Kami perlukan duit. Duit..Duit.."Selamba saja Lora meminta keinginannya sambil bercangkung ditemani Hayda. Rakannya itu hanya mampu menggelengkan kepala tatkala melihat perangai Lora yang seakan tidak tahu malu. Ada yang sanggup menghulur simpati dengan memberi beberapa helaian duit dan syiling. Ada juga yang melemparkan pandangan tajam pada Lora dan Hayda seolah-olah mereka merupakan sampah masyarakat yang hanya meminta simpati.
Beberapa jam telah berlalu, punggung dan kaki mereka mula terasa kebas. Mujur saja peluh yang keluar tak banyak. Maklumlah mereka mengutip sewaktu langit hampir menelan seluruh mahkluknya. Lora menggoncang tin biskut yang dibawa lalu mengeluarkan isi kandungannya.
Klang klang.
Ada beberapa syiling 20 sen dan 10 sen. Kebanyakannya dipenuhi dengan helaian duit biru. "Mmm. Singgit. Dua hinggit. Tiga.." Lora dan Hayda khusyuk mengira duit yang diperolehi hingga tidak sedar kewujudan seseorang yang dari tadi memerhati mereka. Bunyi derapan kaki yang menghampiri menyentakkan Lora dari perbuatan mengiranya. Lelaki separuh umur yang mendekatinya cuba menyentuh bahu Lora. "Cik..Cik muda! Kami dah lama cari cik. Alhamdulillah cik selamat." Lora yang terkejut terus menepis tangan lelaki yang dianggap pak cik tadi. "Apa pak cik merepek nih? Saya dah la tak kenal pak cik. Cik muda? Pak cik salah orang lah." Pak cik yang berpakaian formal itu menggelengkan kepalanya sebaik sahaja mendengar jawapan Lora.
"Pak cik sangat pasti kamulah cik muda yang kami cari. Marilah balik cik muda. Mereka dah lama tunggu." Tangan Lora ditariknya perlahan. Beberapa lelaki tak dikenali mula mengelilingi Lora dan Hayda. "Pak..Pak cik nih dah kenapa? Lepaskan kawan saya! Lepaskan dia!" Hayda cuba meleraikan genggaman Pakcik tersebut. Malangnya,gadis berambut lurus itu dihalang beberapa lelaki yang mengelilingi mereka. "Pak cik nak apa hah? Lepas lah! Saya jerit karang!" Lora mula sedar situasi sebenar ketika dirinya mula ditarik ke arah sebuah kereta hitam. Puas gadis itu meronta-ronta minta dilepaskan namun usahanya sia-sia belaka.
Pak cik yang menariknya mengeluarkan sehelai sapu tangan putih dari poket seluarnya."Cik muda. Saya minta maaf. Tapi cik muda harus ikut kami pulang." Itulah kata-kata terakhir yang didengar Lora sebelum semuanya seakan gelap.
××××
Kicauan burung pada pagi hari secara tak sengaja membangkitkan tubuh Lora dari tidurnya sendiri. Kepalanya terasa berat, badannya seakan penat akibat hari yang dilalui semalam. Matanya terkebil-kebil cuba menyesuaikan pandangan dengan keadaan sekeliling. Bilik? Mana nih? Sejak bila pulak bilik aku ada gambar burung? Mana poster V kesayangan aku? Mana..
"Urghh.." Lora memicit kepalanya yang terasa berdenyut-denyut apabila cuba mengingati kejadian semalam. Gadis itu bangun dari katilnya dengan keadaan terhuyung hayang menuju ke pintu. Belum sempat memulas pintu, dia tersungkur gara-gara batu-batu kecil yang tak disedarinya. "Ieee! Bodohlah!" Terkeluar perkataan kasar dari mulut Lora. Gadis itu seakan tidak dapat menahan kesabarannya lagi. 'Apsal ada batu kat sini? Hish!'
Pintu tiba-tiba terbuka apabila Lora menyumpah seranah batu tersebut. Muncul susuk tubuh seorang lelaki yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Lelaki itu masih berdiri menghadapnya tanpa sebarang kata. Begitu juga Lora yang dari tadi memaki hamun terus terdiam. Masing-masing tergamam. Entah kenapa lelaki itu seakan sempurna bagi Lora.
'Baju polo, seluar khaki, jam rolex. Mata wane hitam. Uish! Ada jawline lagi. Ni memang taste aku. Halamak ada bau minyak wangi lah. Wanginyaaaa.'Lora terus tersedar apabila tangan lelaki itu mengelus wajahnya. "Aryn.." Lora yang kehairanan mula bersuara. "Err..Saya rasa encik dah salah faham. Seumur hidup saya, saya tak pernah dengar pun nama A.." Belum sempat Lora menghabiskan kata-katanya, lelaki itu telah pun memeluk tubuhnya.
"Aryn..Aryn pergi mana? I promise I will never leave you. Abang sayang Aryn." Pelukan dieratkan diikuti bisikannya yang semakin halus. Lora sedikit sebanyak tersentak lalu menolak tubuh kekar lelaki yang memanggilnya Aryn. Perkara ini tak sepatutnya terjadi. Penjelasan harus dikatakan atau keadaan bertambah parah. Lora menarik nafas sebelum menghembusnya kembali. "Untuk pengetahuan encik, nama kad pengenalan dan sijil kelahiran saya Lora Elya Bt Ezzad Irfan. Kakak saya atau kenalan saya pun takde nama Aryn. Saya saaaangat pasti 100 peratus yang encik ni dah salah paham. Jadi..Saya minta diri dulu." Lora meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga tanpa menoleh. Hati Lora seakan berdebar-debar tatkala melangkah keluar dari bilik tersebut.
"Lora. Lora Elya. " Suara seraknya memenuhi ruang bilik yang baru hendak ditinggalkan Lora. Gadis itu terus mematikan langkah lalu menoleh pada lelaki yang sedang menghampirinya. Tiada senyuman tercalit pada wajahnya menambahkan lagi debaran Lora.
'Apa pulak si ngek ni nak?'
Jangan lupa komen dan undi. Babye. :)
YOU ARE READING
Anak Hartawan
Teen Fiction" Jangan cabar aku . " LORA ELYA - Seorang gadis sederhana ini telah dipertemukan dengan seorang lelaki yang mengaku sebagai abang kandungnya. " What? Abang kandung aku? CEO syarikat hartanah rumah terkenal ? Nonsense! " Bergegar bilik tidurnya den...