LORA ELYA & ASH DA'EZEL_________________________________________
" Lora! Omg! Apa jadi ni sayang? " Wanita itu terus menarikku masuk ke dalam rumah lalu membelek tubuhku yang basah kuyup. " Macam mana boleh basah ni.. Kesian anak mummy.. " suaranya lirih sekali apabila melihat keadaanku yang seperti mayat hidup.
" Hu- Hujan.. " terketar bibirku apabila cuba bersuara.
" Mak Jah! Ambikkan tuala cepat! Awak buat apa lagi kat tangga tuh? Tak nampak anak saya dah menggigil ni? " Tanganku ditarik untuk dibawa ke ruang tamu. " Lora duduk sini dulu ya. "
" Puan.. ini tualanya. " Tuala tersebut terus dicapai wanita berbaju pijama bunga tersebut lalu digunakan kepadaku. Aku cuba untuk mengeringkan rambutku sendiri namun ditegahnya. " Biar mummy buat ya. Lora duduk saja. " Aku memandang matanya. Ya. Tipulah kalau aku tak nampak kebahagiaan dimatanya. Entah kenapa aku pula yang rasa terluka. Terasa bodoh sahaja. Aku sendiri pun tak tahu apa tujuan ku disini.
" Hachuu! " Aku terbersin. Spontan tanganku menutup mulut. Wanita itu menggelengkan kepala. " Lora nak air tak ? "
" Takpelah. Lora nak tidur.. "
" Tidur? Nanti mummy sediakan katil ya.. " Aku sekadar mengangguk perlahan seraya mengukir senyuman.
×××
Sinaran cahaya matahari yang menembusi segenap ruang bilik sedikit sebanyak mengganggu tidurku. Aku cuba lelapkan mata namun sukar untuk ku tidur.
Tok tok
" Cik muda bangun.. "
Alah. Bisinglah dia ni. Nak tidur kejap pun tak boleh. Bukannya sekolah pun. Hmm.. cakap pasal sekolah dah lama aku tak ke sekolah. Ish. Apa pasal aku membebel nih? Patutlah tak leh tidur.
Tok tok
Ketukan di pintu berselang seli dengan panggilan untukku bangun." Cik muda.. Bangun! "Aku cuba memusingkan tubuh ke kiri. Tak leh bangun la bik. Sorry. Katil ni empuk sangat. Aku memeluk bantal golek dengan eratnya. Seolah - olah bantal ini ana yang punya.
Aik? Dah hilang dah sesi mengejut tadi? Bagus. Mesti dah putus asa la tuh.
Tok tok tok..
Kali ini ketukan pintu kedengaran lebih kuat dan bertalu dari yang biasa. Aku biarkan saja. Nanti give up lah tu.
Tok tok tok..
" Lora.. bangun!" Satu suara garau tiba - tiba kedengaran dari luar bilikku dan aku automatik bangun. Astaga! Sejak bila bibik bertukar jantina ni?
Tok tok tok..
" Yaaaa! Lora dah bangun! " Sengaja aku kuatkan sedikit bagi si dia dengar. Siapa yang kejutkan aku tadi? Cam nak roboh pintu dibuatnya. Hish. Nasib la aku bukan penghidap penyakit jantung.
YOU ARE READING
Anak Hartawan
Teen Fiction" Jangan cabar aku . " LORA ELYA - Seorang gadis sederhana ini telah dipertemukan dengan seorang lelaki yang mengaku sebagai abang kandungnya. " What? Abang kandung aku? CEO syarikat hartanah rumah terkenal ? Nonsense! " Bergegar bilik tidurnya den...