5 × SESIAPA

2.7K 134 1
                                    

LORA ELYA × ASH DA'EZEL

______________________________________


LORA terasa pipinya dielus perlahan. Matanya masih terpejam gara - gara perasaan mengantuk yang masih terbeban. Gadis itu mula mengiringkan badannya ke kiri sebaik sahaja tangan tersebut semakin galak menyentuh pipinya. Lembut..dan perlahan..

' Urgh.. Sape nih?'

Gadis berambut pendek itu cuba membuka kelopak matanya perlahan- lahan. Sinaran cahaya lampu mula menerjah masuk apabila gadis itu cuba menyesuaikan pandangannya dengan persekitaran.

" Lora, dah bangun?" Soal seorang lelaki yang duduk disebelahnya. Tangan lelaki itu masih menyentuh pipi Lora.

Mata Lora terbeliak tatkala disambut lelaki tersebut. Gadis itu terus menolak lelaki itu seraya bangun dari pembaringannya. Malu. Malu mula menjengah dalam hati.

" Ke..Kenapa encik ada kat sini ? " Tergagap - gagap suaranya ketika bertanya. Mana lelaki yang berbaju polo hitam tadi? Takkan mimpi kot ?

" Aik? Ni bilik saya. Saya yang sepatutnya tanya kenapa awak kat sini. "

Dum. Realiti mula menerjah fikiran Lora yang masih samar - samar dalam tanggapannya tadi. Dahi gadis itu mula berkerut. Cuba mendapatkan jawapan berbekalkan sisa ingatan yang masih tinggal.

Tiba - tiba bahunya terasa disentuh lembut. " Its okay kalau awak nak tidur kat sini. Saya tak kisah. Cuma tak manis. Lagipun ni office.  "

Lora kini semakin dihimpit perasaan bersalah ditambah malu. Bagaimana dia boleh terserempak dengan lelaki ini? Mengapa tuhan selalu temukannya dengan insan yang sebegini? Urgh! Fikirannya bertambah runsing apabila teringat lelaki yang menawarkan dirinya untuk tidur disini. Siapa dia? Mana dia pergi? Atau dia hanya mimpi?

Tambah menghairankan apabila lelaki dihadapannya ini sudah berhenti menggelar dirinya sebagai abang. Tapi itu sudah cukup melegakan hati Lora. Tak perlu dia bertekak dengan lelaki berbaju kemeja tersebut.

" Erk..Encik.. atau.. ? "

" Ash. Just call me Ash. Tak perlu berencik - encik. " Segaris senyuman diukir sebelum lelaki bernama Ash itu menghulurkan Lora secawan kopi susu.

Kopi tersebut ditenungnya dalam beberapa detik. " Lora?" Gadis itu tersentak lantas mengambil cawan tersebut. Entah apa yang difikirkannya. " Mmm..Thanks."

" My pleasure. Anyway, hari dah gelap. Awak habiskan air tu pastu kita balik kay?"

Hampir tersedak Lora sebaik sahaja mendengar cadangan yang dilontarkan. Mahu saja dicekik lelaki berkerabat tengku tersebut agar memahami pemikirannya yang sedang kusut ini.

" Ah..Mm..Tak payahlah. Saya boleh balik sendiri. Susah - susah je. " Lora tersenyum kelat. Cuba menutup perasaan gugup yang mula memenuhi ruangan hatinya.

Kening Ash terangkat seketika. Lelaki itu memeluk tubuhnya sebelum pandangannya beralih pada wajah Lora. " Are you sure? "

Dah kenapa pulak mamat ni? Lora yang tersenyum terus mengangguk selaju mungkin. " Pretty sure. " Cawan yang kosong diletakkan di meja kaca yang berhampiran dengannya.

Ash mengeluh perlahan lalu melonggarkan tali lehernya. Rimas mungkin. " Awak nak balik mana ? Rumah ? Kaki lima ? "

Lora sedikit terkejut tatkala disoal sebegitu. Tak sangka dirinya akan mengingati semula peristiwa pahit yang melanda dirinya beberapa hari yang lalu. Gadis itu mula tertunduk memandang lantai. " Ah..mm. Su..Surau kot. Tan..Tandas ke.."

" Seriously ?" Soalan si tengku bagai mematikan akal Lora untuk berfikir. Gadis itu tak mahu bertentang mata dengan lelaki tersebut. Pasti perasaan malu akan datang kembali.

" Argh! Tak kisahlah. Lagipun.."

Belum sempat Lora berkata, Ash telahpun menyambung. " Lagipun saya bukan sesiapa? Lora. Dekat luar tu lebih ramai bukan 'sesiapa' yang lagi bahaya. Bila - bila masa saja awak boleh kena culik, rogol or lebih teruk, kena bunuh. "

Lora mula berasa takut. Tapi dia takkan sesekali mengalah. Lagi - lagi depan lelaki tersebut. " S..So? Awak nak kisah kenapa? Awak.."

" Siapa kata saya kisah ? Saya cuma menawarkan. Kalau awak tak nak, awak boleh tidur dengan kutu - kutu bahaya kat luar sana tuh."

Ash mencapai kot gelapnya lantas menuju ke pintu keluar. Langkahnya terhenti sebelum daun pintu dikuak. "  Are you coming or not?"

' Hish. Pahal aku cam pernah ingat scene nih? '


Terima kasih kerana sudi membaca dan menunggu. Maaflah, penulis busy berhibernasi sampai terlupa nak update. #Gurauje. Insya-Allah penulis akan cuba update secara konsisten lepas ni. :)

K. Chow.














Anak HartawanWhere stories live. Discover now