LORA ELYA & ASH DA'EZEL
_______________________________________AKU berlari dari pintu utama menuju ke pagar berukiran bunga. Jeritan Ash langsung tak diendahkan. Hmph. Selama ini bukannya dia kisah pasal aku pun. Habis madu sepah dibuang. Bezanya aku masih ada madu dan takkan aku biarkan dia buat sepah ikut kepala dia!
" Lora! " Jeritan Ash semakin kedengaran. Lajunya mamat ni ikut aku! Jalan ke lari dia ni?
" Lora please wait! " Tanganku terus direntap lalu digenggam. Aku cuba meleraikan dan minta dilepaskan. " Lora.. Listen. Please! "
" Lepaskan saya dulu! Lepaskan!" Sekali lagi aku minta untuk dilepaskan. Kali ini lebih kuat dan tegas. Mataku tajam memandang wajah Ash. Geram. Sumpah aku terasa ingin menumbuk wajah tampannya.
" Okay! Sorry! " Tanganku segera dilepaskan. Perasaan marah masih tercalit walaupun dia telah meminta maaf. Mungkin egoku kali ini lebih tebal berbanding dahulu.
Aku terus berpaling darinya lantas memeluk tubuh. " Apa kau nak? "
" Lora. Mind your words. " Permintaan Ash membuatku rasa jengkel dan menyampah. " Apsal pulak? Kau bukannya nak jaga hati aku pun. Sukahati je buat decision and conclusion. Kau fikir kau sape hah? " Aku terus berpaling padanya lalu menuding tepat pada dadanya.
" Lora. Kalau pasal mummy tadi, I mintak maaf. I tau benda ni susah untuk you terima-"
" Hah! Tau pun! Kau buat aku cam bodoh tau tak tadi? Kau ingat aku ni nak sangat ke jadi adik kau? Eh harta kau pun aku tak hingin lah! " Aku menyampuk lalu menolak bahunya kasar. Api amarah semakin marak terasa di dada. Bila - bila saja rasanya boleh meletup.
Ash terdiam seketika lalu merenung wajahku lama. " Lora. I tahu yang parents you dah lama meninggal. Sejak kali pertama I jumpa you, hati I kata you orangnya-"
" Eh! Pegi matilah! Hati kau? Habis hati aku kau nak campak mana? Tepi longkang? Kau ni memang kan? Tak semestinya rupa sama bermaksud aku orangnya! "
Satu keluhan dilepaskan Ash. Lelaki itu menatap wajahku kembali. " Kita dah buat ujian paterniti DNA. You masih nak nafikan perkara ni. Lora, I, mummy and daddy dah lama tunggu saat ni. Saat yang sepatutnya menyatukan kita semua. But you? You mengelak, Lora. You mengelak dari kebenaran. "
Kali ini aku pula yang terdiam. Aku tertunduk memandang selipar jepun merah jambuku. Berkerut dahiku cuba menyembunyikan perasaan yang aku pun tak tahu ungkapkan. Bahuku tiba - tiba ditepuk perlahan. Aku terus mendongak memandangnya dengan ekspresi kaku.
" You boleh tipu orang lain but you can't lie to yourself. I takkan paksa you lagi lepasni tapi please fikir masak - masak. Abang akan sentiasa tunggu. " Ash mengukir senyuman nipis lalu beredar menuju ke rumah banglonya.
Aku hanya memerhati. Tak tahu apa yang harus dilakukan setelah banyak perkara aku lalui. Kakak telah membawa diri ke Thailand atas urusan pekerjaan. Aku tidak ada sesiapa lagi dalam dunia ini. Tiada siapa lagi yang boleh aku mengadu kasih.
' Ya tuhan, macam mana ni? '
.
.
.×××
Aku melabuhkan punggung ke atas lantai beralaskan kotak yang terpakai. Mataku memerhati keadaan sekeliling sebelum badanku disandarkan pada dinding. Allah. Apalah nasib aku nih. Dah la rumah kena tarik, kakak tak balik. Kawan pun sekor je. Itupun dia bukan boleh tolong aku sangat. Pak cik ngan mak cik? Entah dorang pun tak sedar kewujudan aku.Hidup aku ni seperti layang - layang dan kakak ialah taliku. Terputus tali, maka melayang lah aku tanpa hala tuju. Aku terus memicit kepala tatkala perasaan sakit semakin mencucuk. Pening pun ada.
Apalah dosa aku dan kakak sampai kami diduga macam ni? Dah la konsert BTS bulan depan. Haish. Tabung babi aku pun tertinggal kat rumah sewa. Balik semula? Mak cik singa tu memang takkan bagi muka kat aku. Entah - entah dah dibuangnya semua barang dan pekakas rumah yang ada. Cis.
Telefon? Aku tertinggal sewaktu kena culik dengan balaci - balaci Ash. Menyampah. " Arghhhhhhhhhh! Kenapa lah hidup aku macam nih?! Bencilaaaaaaaaaah ! "
" Syhhhh.. " Seorang lelaki tua yang duduk sedikit jauh dariku tiba - tiba menyampuk. " Haiyo adik. Saiya mahu tido pon tak senanglah. Ini macam lu pegi jerit jauh - jauhla.." Katanya dengan loghat apapun aku tak pasti. Aku hanya meminta maaf lalu mendongak memandang langit yang mendung.
Di sinilah tempat untuk orang seperti aku. Kaki lima dijadikan tempat untuk meminta sedekah, menjaja, tidur dan lebih teruk lagi menjual maruah. Nauzubillah. Bukannya mereka tiada pilihan, boleh saja cuci pinggan atau ambil upah lain. Kerja haram begitu juga nak dibuatnya. Haish manusia zaman sekarang.
" Ibu.. Malam ni kita makan apa? " Suara seorang budak perempuan tiba - tiba kedengaran dicuping telingaku. " Makan nasi ayam merah, sayang.." Balas si ibu.
Perutku tiba - tiba berbunyi tanda tidak berisi apa - apa sejak tengah hari tadi. Mana taknya aku da larikan diri dari rumah Ash. Hmmm.
Ash.
" Yeaaay! Makan nasi ayam merah! Ayam merah! Meeerah! " Kanak - kanak perempuan tersebut kelihatan gembira tatkala menayangkan senyuman lebar pada ibunya. Aku pula rasa cemburu melihat mereka berdua. Sungguh aku terasa rindu dengan kakak dan arwah ibu walaupun kami jarang habiskan masa bersama.
" Iya.. Isya suka kan ayam merah? "Wanita bertudung litup itu masih tersenyum seraya menanti jawapan.
" Suuuka sangat ibu! Isya suka ayam merah ibu! " Perbualan mereka ditelan kebisingan kaki lima yang mula kedengaran. Aku kembali berteleku memandang lantai yang sudahpun retak menanti belah.
Entah kenapa..
Air mataku jatuh tanpa sedar.
' Ibu, ayah, kakak, I miss you so bad.. ' Perlahan - lahan aku memeluk lutut lalu menggigit bibir menahan sedu - sedan.
×××Pintu berukiran kayu dengan sentuhan moden aku tenung lama sebelum membuat keputusan untuk mengetuknya.
Tok - tok
Jeda. Tiada sebarang tanda pintu tersebut bakal dibuka. Baju aku yang telahpun basah terkena hujan membuatku bertambah sejuk. Menggigil - gigil tanganku cuba untuk mengetuk pintu tersebut.
Tok - tok
Percubaan untuk kali keempat. Sumpah sejuknya terasa hingga ke sendi tulang! Ya Allah, betul ke keputusan aku ni?
Niatku untuk mengetuk lagi mati tatkala pintu tersebut terbuka perlahan. Wajah dia menyapa lagi.
Aku yang masih memeluk tubuh gara - gara menggigil menahan kesejukan tersenyum kelat kepadanya.
Jeng - jeng! Siapakah dia? Jangan lupa komen dan vote. Thank you. :D
YOU ARE READING
Anak Hartawan
Teen Fiction" Jangan cabar aku . " LORA ELYA - Seorang gadis sederhana ini telah dipertemukan dengan seorang lelaki yang mengaku sebagai abang kandungnya. " What? Abang kandung aku? CEO syarikat hartanah rumah terkenal ? Nonsense! " Bergegar bilik tidurnya den...