LORA ELYA × ASH DA'EZEL
___________________________________________GAMBAR yang dibingkaikan aku tenung setelah puas melihat persekitaran bilik. Siapa budak perempuan ni? Rupa dia cam sama ngan aku..
" Aryn. Adik saya waktu kecil." Satu suara tiba - tiba menerjahku dari belakang. Kelihatan Ash muncul bersama sehelai tuala berwarna putih. Tuala tersebut dihulur padaku.
"Mm.. Adik awak hilang ke? " Mataku mula tertarik pada satu keratan surat khabar yang turut dibingkaikan. Artikelnya bertajuk ' Tidak ditemui : Polis hentikan pencarian. '
Ash hanya menggangguk lantas mengeluh perlahan. Jelas terpancar kesedihan pada wajah tampannya. " Saya percaya. Dia masih hidup lagi. "
Kesian. Muda - muda dah hilang orang kesayangan. Agaknya, kalau kakak tinggalkan aku..
Kini mata aku pula yang berkaca. Tiba - tiba hatiku terasa hiba. " Huaaaaargh! " Akhirnya aku lepaskan juga suara tangisan setelah beberapa detik menahan. Ash yang berada disampingku terus terkejut gara gara rintihanku.
" Are you okay Lora? " Bahuku diusap lembut. Ash cuba menenangkan aku yang semakin tak keruan dek takut kehilangan kakak. Cepat - cepat aku seka air mata yang ada. Aduh. Malu pula rasanya.
" Sa- Hik..Saya ok. Sorry. Saya emo sikit. " Ash hanya tersenyum nipis melihatku lantas meninggalkanku untuk aku beradu.
" Good night. "
" Night. "
Malam itu, aku tidur dengan nyenyaknya tanpa memikirkan masalah yang terbendung dalam hati. Tapi jauh dalam sudut hati, aku berasa sungguh sepi.
×××
" Cik.. Cik muda.. "
Badanku terasa digoncang perlahan. Berkali - kali. Puas aku mengiring ke kanan dan ke kiri namun si pengejut masih tak berputus asa untuk mengejutku.
Aish.. Fed up betul kena kejut waktu camni. Mataku dibuka perlahan. " Huaaarghhh.. " Aku melihat wajah pertama yang telah mengejutkanku. " Selamat pagi Cik muda. Cik muda boleh mandi dan tukar pakaian. Lepastu bersarapan dibawah. Kami telah siapkan segalanya. " Kata seorang perempuan pertengahan umur yang berpakaian seperti orang gaji. Bibik kot kat rumah ni?
" Mmm.. Panggil Lora je lah Mak Cik. Saya bukannya anak raja pun hehe. " Aku bingkas bangun lalu menuju ke tandas tanpa menunggu jawapan darinya.
" Cik muda jangan lupa turun bawah ya.." Laungan perempuan tadi sayup - sayup kedengaran dari dalam bilik air. Mmm.. Degil betuk mak cik ni. Aku dah kata jangan panggil cik muda. Nak panggil gak. Lantak kau lah.
×××
Ruang makan
Aku ditempatkan disebelah Ash tatkala sampai di meja makan. Tipulah kalau aku kata ruang makannya tak cantik, kemas dan sangat eksklusif bagiku. Rasanya perhiasan yang tersusun di atas meja ini pun aku tak mampu beli apatah lagi meja marblenya yang berkilat ini.
" Lora, you ok tak? Nampak penat je? Semalam dapat tidur kan? " Ash mula menyoal apabila melihatku diam tak berkutik.
" Eh. Saya ok je. Kagum tengok perhiasan rumah awak ni. Cantik sangat. Hehe. " Mataku yang melekat pada meja marble beralih kepada beberapa orang gaji yang mula menghidangkan makanan. Ada roti bakar, scramble egg, bihun goreng, susu, kopi susu, kuih koci dan banyak lagi. Perutku mula berkeroncong. Aduh.. sedapnya kalau masuk mulut aku.
" Pft.. Lapar ya? " Ash menegur.
" Hahahah.. Sorry lah. Perut saya ni memang tak reti cover. Dia cuma reti nyanyi je.. "
" Nyanyi lagu apa? Nasyid? Hip hop? Rock metal? "
" Lagu kpop je boleh. I'm so sick this fake love.. Yeah! Fake love~~" Aku mula mendendangkan lagu kesukaanku, tak lain tak bukan fake love nyanyian BTS.
Nyanyianku diakhiri dengan tepukan dan sorakan daripada Ash. " Woaaaah! Sedaplah you nyanyi. "
" Kan? Mummy pun rasa cam tuh. " Satu suara tiba - tiba menyapaku dari belakang. Seorang wanita berbaju kurung moden berwarna kuning pastel menghadiahkanku senyuman lantas memelukku yang masih duduk dikerusi. Aku tersentak. Tak faham dengan situasi yang berlaku dihadapan mata.
" Aryn.. Mummy rindu sangat kat Aryn.. Maafkan mummy sayang. Mummy.. Mummy.." Wanita itu menangis teresak - esak seraya memelukku erat. Seperti dunianya bakal berakhir jika tautan kami dilepaskan. Aku hanya mampu merelakan pada masa yang sama aku mengeluh.
' Apa maksudnya ni? '
Setelah beberapa minit berada dalam pelukkan, wanita itu melepaskanku dan kerap meminta maaf. Kadang - kadang aku pula yang rasa kasihan. Entah apa silapnya sampai dia jadi begini.
Aku, Ash, ibu dan ayah Ash bersarapan di meja makan tanpa bersuara. Masing - masing sibuk melayan makanan. Tapi entah kenapa aku terasa diperhati. Mataku cuba memandang wajah perempuan tadi, kami bertentang mata untuk seketika. Wajahnya tak lekang dari senyuman dan asyik menyuruhku makan.
" Aryn nak tambah apa - apa lagi? Ni ada bihun goreng. Feveret Aryn dulu.. Cubalah.. " Wanita itu mula mencedok bihun tersebut lalu diletakkan pada pingganku yang masih penuh dengan makanan lain.
Aku tersenyum. " Aunty.. banyaknya boleh ke habis ni.... "
Entah kenapa air mukanya sedikit berubah apabila aku memanggilnya aunty. " Aryn.. Panggil mummy sayang. Mummy kan mak Aryn. Aryn masih lupa ke, sayang? " Sebak pula rasanya mendengar intonasi suaranya. Tapi apa boleh buat, aku Lora bukannya Aryn.
" Tapi aunty, saya Lora bukannya-"
" Ehem. Mummy. We have talked about this before. Lora masih ingat - ingat lupa dan waktu kita jumpa Lora pun, namanya kat IC masih Lora Elya. Bukan Aryn. Tapi-" Kata - kata Ash terus disampuk seorang lelaki berbaju pejabat yang tidak bersuara dari tadi. " Tapi, keputusan ujian DNA cenderung ke arah sama. Kan? "
Aku pula yang terdiam. Aku tahu pasal hal ni dan aku tak sangka Ash akan ungkitnya semula. Ash? Aku cuba mendapatkan wajahnya namun dia seolah mengelak untuk melihatku. Suapan aku teruskan seraya tertunduk. Terfikir apa harus aku lakukan selepas ini.
" Ya. Mummy ingat. Tapi apa salahnya kalau Aryn. Ah. Lora cuba panggil mummy kan? Mummy lebih suka dengar. Manis pula tu. Boleh kan Lora? " Wanita yang mahu digelar mummy itu seakan menantikan jawapan dariku.
Hish dia nih. Tak pahamlah aku. Dahiku mula berkerut. Tak faham dengan situasi sekarang. Apa sebenarnya motif kau Ash Da'ezel ? Aku tak faham! Kenapa aku seolah dikambing hitamkan disini?
" Lora? Sayang ? " Ah. Suara itu lagi.
" Lora, you dengar tak? " Kali ini Ash pula yang bersuara. Tubuhku terus bangun dari kerusi berkulit apapun aku tak pasti. Wajah Ash aku tatap lalu berdehem. " Maaf. Saya tak faham apa korang maksudkan. Saya Lora. Lora Elya Bt. Azmeer. Saya ada seorang kakak dan telah lama kehilangan kedua ibubapa. Saya tak pernah kenal dengan korang. Malah kakak saya pun tak pernah cerita apa - apa tentang korang. Saya minta diri dulu. Tolong jangan ganggu saya lagi. Assalammualaikum. "
Aku membawa diri terus ke pintu utama walaupun tak tahu mahu kemana selepas ini. Hatiku teguh mengatakan bahawa perkara ini salah. Aku ada ibubapa aku sendiri walaupun mereka telah lama meninggal. Siapa mereka nak menentukan kehidupan ku? Siapa Ash? Dia hanya lelaki yang tiba - tiba muncul dalam hidupku. Dia bukan sesiapa! Dia bukan...
Sesiapa.
YOU ARE READING
Anak Hartawan
Teen Fiction" Jangan cabar aku . " LORA ELYA - Seorang gadis sederhana ini telah dipertemukan dengan seorang lelaki yang mengaku sebagai abang kandungnya. " What? Abang kandung aku? CEO syarikat hartanah rumah terkenal ? Nonsense! " Bergegar bilik tidurnya den...