Bab1 ILUBXL

9K 220 8
                                    

Nurul azahzlin yang sedang leka berbual bersama sahabat baiknya intan fazlina tersentak kerana terdengar hentakan kuat pada meja nurul azahzlin. Mereka berdua mengelus perlahan dada akibat terkejut.

"Apalagi kau nak dari aku?" Nurul azahzlin membuat muka. Lelaki itu tersenyum sinis sambil menyilang kedua belah tangannya.

"Tak ada apa. Saja aku nak ketuk meja kau. Kenapa? Tak boleh?" Balas rizwan raykal sinis. Nurul azahzlin menjeling tajam lelaki itu.

"Suka hati kau la nak buat apa. Aku malas nak berbalah dengan kau. Mesti nak kau saja yang menang. " balas nurul azahzlin malas. Dia mula menyambung perbualan yang tergendala bersama intan fazlina. Rizwan raykal diabaikan.

Tangan Rizwan raykal yang baru saja ingin menarik rambut toncang satu milik nurul azahzlin terhenti apabila ada satu lagi tangan yang memegang erat lengan rizwan raykal.

Intan fazlina yang perasan akan kehadiran lelaki itu terdiam. Dia memberi isyarat kepada nurul azahzlin melalui mata. Dahi nurul azahzlin berkerut. Dia memandang ke belakang. Nurul azahzlin menepuk perlahan dahinya.

"Ah sudah." Ucap nurul azahzlin perlahan apabila melihat pandangan tajam kedua pasangan dihadapannya ini.

"Kau apehal pegang tangan aku ni?" Marah rizwan raykal.

"Boleh tak kau jangan kacau azah?" Soal rizwan rayyan tenang.

"Tak boleh. Kenapa? Ada masalah ke dengan kau?"

"Ada. Sebab yang kau kacau tu kawan aku. Faham?"

"Wow. Kiranya kau ni nak jadi hero lah aeh? Apa kelas jadi hero untuk budak xl ni." Balas rizwan raykal sambil mencebik. Rizwan rayyan dengan pantas mencengkam kolar baju sekolah milik rizwan raykal sehingga  menyebabkan badan rizwan raykal terangkat sedikit.

"Mulut kau tu. Tolong jaga sikit. Sebelum lebam aku tumbuk mulut kau tu better kau hati hati bila bercakap."

"Hahahahah. Apa ke bangang kau ni bang. Yang kau nak sangat berkawan dengan budak xl tu kenapa? Sampai sanggup kau gaduh dengan aku semata untuk dia?" Soal rizwan raykal kasar. Rizwan rayyan mendengus kasar. Dia melepaskan cengkaman pada kolar baju adik kembarnya itu.

"Abang minta sangat. Boleh tak adik jangan buat masalah lagi? Aku letihlah wei." Ucap rizwan rayyan perlahan.

"Kau letih? Tak sekarang kau nak cakap kau letih sebab aku banyak buat masalah? Kau sendiri yang buat diri kau letih abang. Aku tak suruh pun kau masuk campur urusan aku dekat sekolah ni." Bentak rizwan raykal. Nasib lah sekarang sudah habis waktu sekolah. Jadi semua pelajar sudah pulang ke rumah.

Bagi nurul azahzlin dan intan fazlina pula mereka memang selalu pulang lewat untuk menyiapkan kerja sekolah bersama sama sambil berbual. Tapi tidak sangka pula ada manusia yang tidak diundang akan muncul pada petang itu. Nurul azahzlin dan intan fazlina mengeluh berat.

"Sudahlah tu korang. Jangan gaduh lagi. Tak elok lah adik beradik gaduh." Celah nurul azahzlin. Dia cuba untuk meleraikan pergaduhan yang berpunca dari dirinya sendiri. Rizwan raykal merenung tajam ke arah nurul azahzlin. Dia menghampiri nurul azahzlin yang tidak jauh dari dirinya.

Rizwan raykal menunjal kepala nurul azahzlin sehingga menyebabkan kepala gadis itu tergerak ke belakang. Nurul azahzlin menepis kasar tangan rizwan raykal.

I LOVE YOU BUDAK XL ❤️    COMPLETE ✔️Where stories live. Discover now