Puteri aisyah yang kelelahan membaringkan kepalanya diatas meja kerja pejabatnya. Bilangan Pesakit yang semakin hari semakin meningkat membuatkan puteri aisyah kekurangan tidur dan rehat. Walau bagaimanapun, rasa penat yang dirasai oleh puteri aisyah tidak pernah sekalipun dia mengeluh kerana dia dapat membantu orang yang kurang sihat dan menyelamatkan nyawa orang. Sebagai seorang doktor, sudah tanggungjawab dirinya untuk membantu orang yang sedang sakit dan memerlukan bantuan.
Tiba - tiba fikirannya menerawang memikirkan sikap rizuan asraf yang semenjak dua menjak ini agak berbeza. Sejak dia menolak untuk menikahi lelaki itu tempoh hari, rizuan asraf tidak pernah putus untuk memujuknya.
Hari-hari ada sahaja sejambak bunga yang dihantar lelaki itu. Coklat kesukaan puteri aisyah juga tidak ketinggalan. Entah hari ini apa pula yang dibawa rizuan asraf. Puteri aisyah melepaskan nafas berat. Sungguh dia masih mencintai lelaki bernama rizuan asraf. Tetapi dia tidak pernah tahu apa perasaan sebenar lelaki itu terhadap dirinya. Yang dia tahu, dalam hati rizuan asraf sudah tertanam nama nurul azahzlin.
'Erm.. sudah lah, tidak usah aku fikirkan lagi. Aku tidak tahu agenda sebenar asraf apa. Tiba tiba saja mahu menikah dengan aku, sedangkan selama ini dia juga yang beria ingin membatalkan pernikahan yang dirancang oleh keluarga kami.' Desis hati puteri aisyah.
Sedang puteri aisyah berkhayal, mejanya diketuk seseorang dan terhias cantik sebekas makanan yang diletakkan diatas mejanya.
Dengan pantas puteri aisyah mengangkat kepala. Dia mengeluh panjang. Mahu apa lagi dia datang ke sini? Bukankah tugas dia sebagai doktor juga sesibuk dirinya?
"Hye." Sapa rizuan asraf dengan sengihan lebar.
"Ada apa u masuk office i ni? U tak ada kerja ke asraf? " soal puteri aisyah malas. Tanpa dipelawa untuk duduk, rizuan asraf dengan hati yang senang terus duduk di hadapan puteri aisyah. Dia membuka bekas makanan yang dibawa . Bau makanan yang menyelerakan itu membuatkan puteri aisyah menelan liur. Sudahlah dia belum makan, dihidang pula dengan makanan di depan mata, siapa yang tak terliur yunk oi.
"Makanlah. I belikan u makanan favourite u. Nasi lemak berlauk. Sorry, macam tak sesuai pula bagi u makan nasi lemak waktu lunch. I pun belum lunch lagi ni. Tu i beli 2 bekas. Satu untuk u, dan satu lagi untuk i." Kata rizuan asraf lembut. Puteri aisyah hanya tersenyum kecil. Tidak pula dia menolak untuk makan tengah hari bersama lelaki itu. Disebabkan beberapa hari ini dia kekurangan rehat, tenaga yang tersisa tidak seharusnya digunakan untuk berperang mulut dengan rizuan asraf.
Nasi lemak diambil. Rizuan asrad tersenyum senang apabila puteri aisyah menerima bekalan makanan yang dibeli.
"Terima kasih. " balas puteri aisyah sepatah. Rizuan asraf hanya mengangguk. Mereka berdua mula menyantap makanan tengah hari mereka. 15minit berlalu dengan pantas. Keadaan di bilik pejabat itu sunyi tanpa sebarang suara. Rizuan asraf memandang wajah puteri aisyah yang sedang meneguk air mineral. Puteri aisyah yang perasan akan pandangan rizuan asraf berpura pura tidak mengetahui bahawa lelaki itu memandang dirinya.
"So, lunch pun sudah, now i rasa u dah boleh pergilah." Ucap puteri aisyah dengan sebuah senyuman kecil.
"Amboi. Halau i nampak?" Balas rizuan asraf yang berkecil hati.
"Er.. no, i mean u and i dah siap lunch kan. Jadi u pergilah masuk department u. Mana tahu rakan sekerja u tengah cari u ke? Lately ni hospital agak busy right? Maybe they need u? " balas puteri aisyah pula.
"Maybe they need me. But now, i really need u aisyah." Balasan rizuan asraf itu membuatkan jantung puteri aisyah berdegup laju.
"Tapi i tak perlukan u. " puteri aisyah menunduk.
"Aisyah, u dah tak cintakan i macam dulu ke? Kenapa sekarang u dah tak macam dulu? Kenapa layanan u pada i dah tak sama macam dulu?" Soal rizuan asraf perlahan.
"Kalau u rasa layanan i pada u dah berubah, begitu juga dengan u. Layanan u pada i juga sudah berubah. Dulu u beku pada i. Tapi kenapa lepas i tolak untuk bernikah dengan u, layanan u pada i berubah? Apa agenda u sebenarnya asraf? U sendiri dulu yang pujuk i supaya batalkan pernikahan yang dirancang family kita. U nak mainkan hati dan perasaan i ke asraf? Bukan i tak tahu, u sukakan azah. U juga yang berulang kali dulu cakap pada i dalam hati u hanya ada azah. Kenapa sekarang u pula yang beria mahu nikah dengan i? "Balas Puteri aisyah panjang lebar. Rizuan asraf menggosok belakang lehernya perlahan. Bagaimana dia harus menjawab semha pertanyaan gadis dihadapannya ini?
"I minta maaf sebab dulu i selalu lukai hati u. Dulu i yang bodoh. I terlalu bita dengan rasa cinta yang i pendam dan simpan pada azah. I tak nampak langsung keikhlasan u pada i. Tapi itu semua dulu aisyah. Sekarang hati i sudah dicuri oleh u. Dalam hati i, sudah ada nama u aisyah. I... i... i cintakan u aisyah." Luah rizuan asraf. Tersentak puteri aisyah dengan luahan hati rizuan asraf. Cair terus hatinya setelah mendengar luahan hati lelaki itu. Matanya mula mengeluarkan cecair jernih.
"Hei,,, kenapa u menangis ni aisyah? I minta maaf kalau ada kata kata i yang mengguris hati u. " sambung rizuan asraf kalut. Tisu diatas meja itu ditarik laju lalu diberikan pada puteri aisyah.
"Apa yang baru katakan tadi .... u serius atau u saja nak main mainkan hati i asraf?" Soal puteri aisyah teragak agak. Rizuan asraf geleng kepala sambil tergelak halus.
"I serius ok. I serius. I percaya. U lah jodoh terbaik untuk i. And ibu yang baik untuk bakal anak anak kita nanti."
Puteri aisyah menunduk malu. Mukanya memerah.
"Sejak bila u tahu malu ni?? " sakat rizuan asraf apabila melihat wajah puteri aisyah sudah memerah.
"Diamlah . Sudahlah, u pergilah. Waktu lunch pun dah nak habis ni."
"Double no . I takkan pergi selagi u tak bagi i jawapan." Balasan lelaki itu membuatkan dahi puteri aisyah berkerut.
"Jawapan apa?"
"Jawapan untuk lamaran i. ? Sudikah Puteri Aisyah binti Mohd Kamil mengahwini muhamad rizuan asraf bin muhamad Syazwan?" Lamar rizuan asraf sebelum membuka kotak kecil yang berisikan cincin berlian. Puteri aisyah spontan menutup mulutnya dengan air mata yang menitis. Rizuan asraf menghadiahkan sebuah senyuman ikhlas yang menyerlahkan lagi ketampanan wajah lelaki itu. Puteri aisyah menganggukkan kepalanya.
"Yesssssss!!!!!! Alhamdulillah. Betul ni u terima lamaran i? Seriuskan? U tak main main?"tanya rizuan asraf seolah tidak percaya. Dalam hati sudah mahu melompatttt lompat kerana rasa bahagia yang tidak dapat diungkapkan.
Puteri aisyah mengangguk lagi sambil tergelak halus. Secara spontan rizuan asraf melompat kegembiraan.
"Yeayhhhhh!!!!! Tq aisyah. Tq so much!!!!!!! I love u!!!! Muahhhh!!!! I pergi sekarang. Malam ni tunggu panggilan i tau syg heheheh. Abang tak sabar nak beritahu mama dan papa. Mereka mesti happy gilerrr!!!!!" Balas rizuan asraf gembira sebelum keluar dengan tergesa gesa. Tidak sabar mungkin untuk beritahu berita gembira ini kepada kedua orang tuanya.
Ok guysssss!!!!! Akhirnya I Love U Budak XL bakal berakhir tak lama lagi😭😭❤️❤️❤️
Tinggal beberapa bab je lagi wahai readersss yang i sayang sekalian 🙆🏻🙆🏻🙆🏻🙆🏻🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Selamat berpuasa ok semua🌸🌸🌸🌸🌸 Buka puasa seeloknya minum air putih dan makan kurma 2biji. Lepas tuh baru korang makan makanan yang berat😘 Nak lagi best lps mkn kurma n minum air putih korang solat dulu❤️❤️❤️❤️
Please!!! Jangan lupa vote dan komen!⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️
Kalau rajin sikit share share lah cerita ni suruh kawan2 uolls baca sekali🌸🌸🌸🌸🌸😝😝😝👌🏻👌🏻👌🏻
YOU ARE READING
I LOVE YOU BUDAK XL ❤️ COMPLETE ✔️
Любовные романыKenapa? Salah ke bila seseorang gemok? Hina sangat ke orang yang gemok ni? Nurul Azahzlin. Ketinggian 160 dengan berat badan 75kg. Cukup dikategorikan sebagai manusia obesiti atau dalam bahasa kasarnya gemok. Entahlah, semakin cuba menurunkan berat...