Bab 11 ILUBXL

2.7K 118 2
                                    

Lapangan terbang kuala lumpur

Rizwan raykal menyalami kedua orang tuanya dan abang kembarnya sebelum memeluk erat tubuh itu.

"Riz hati hati ya disana. Jaga diri. Jaga kesihatan. Jaga makan. Jaga solat. Jangan miss appoinment dengan doktor. Belajar rajin rajin.Oke? " ucap datin julia sebak.

"InshaaAllah ma. Mama jangan risau ya." Balas rizwan raykal tersenyum. Hatinya juga sedih tapi tidak mungkin dia akan menunjukkan dihadapan orang tuanya kerana dia tidak mahu menambahkan rasa sedih mama dan papa serta rizwan rayyan.

"Riz, kau jangan lupa skype abang kalau ada masa free nanti tau." Kata rizwan rayyan.

"Itu sudah semestinya. Kau kan kembar aku. Heheh."

"Riz!!!!" Panggil azmir sedikit kuat.

Rizwan raykal tersenyum lebar apabila melihat kedatangan azmir dan intan fazlina. Mereka melambaikan tangan ke arah rizwan raykal. Lelaki itu membalas. Rizwan raykal berlari anak ke arah sahabatnya itu.

Azmir memeluk erat tubuh lelaki itu.

"Wey!! Aku akan rindu kan kau doh. " rizwan raykal tergelak sambil menepuk perlahan belakang azmir.

"Rileks lah. Skypekan ada." Balas rizwan raykal cuba menenangkan azmir.

"Skype mana sama dengan jumpa depan depan. Nanti aku rindulah nak dengar kau bebel. Nak dengar kau mencarut. " Azmir mula sebak.

"Dah dah. Nanti kau free, kau lawatlah aku dekat london. Kau kan kaya. Nanti sponsor lah faz sekali. Ya dak faz?"

"Betul tu betul." Sokong gadis itu dengan gelakan dan anggukkan laju.

"Boleh. Untuk kau semuanya boleh riz. Sebab kaulah sahabat aku dunia akhirat."

"Thanks bro. Tapi ayat kau terlampau kapak. Haha."semakin galak rizwan raykal ketawa

"Yela. Riz jela kawan kau dunia akhirat." Rajuk intan fazlina.

"Aik? Takkan sentap kut faz?" Soal rizwan raykal dengan sengihan.

"Kalau sentap pun kau kisah apa?" Intan fazlina mencebik.

"Kau bukan sahabat aku dunia akhirat tapi kau bakal isteri aku dunia akhirat. Hahah." Sakat azmir. Terbuntang gadis itu. Azmir dan rizwan raykal sudah selamat ketawa terbahak bahak.

"Ha gelak lah lagi. Gelak. Nanti nangis lah tu sekejap lagi." Marah intan fazlina.

"Eleh. Gurau sikit tak boleh dah sekarang." Kata azmir. Rizwan raykal masih dengan sisa tawanya.

"Malaslah aku layan kau. Ni.. riz, kau tak nak call azah ke sebelum kau gerak ni?" Soal intan fazlina. Rizwan raykal terus berubah wajah. Dia tersenyum tawar.

"Tak. ..." balas lelaki itu sepatah.

"Tapi ken..." intan fazlina tidak menyambung percakapannya apabila bahunya dipegang erat oleh azmir. Lelaki itu menggelengkan kepala. Intan fazlina mengeluh lemah.

"Riz!!! Cepat sini!!!! Dah nak waktu flight ni!!!" Panggil rizwan rayyan.

Intan fazlina dan azmir tersenyum kelat. Rizwan raykal memeluk erat azmir sebelum memberikan sebuku coklat kepada intan fazlina.

I LOVE YOU BUDAK XL ❤️    COMPLETE ✔️Where stories live. Discover now