Bab 9 ILUBXL

2.9K 128 2
                                    

Nurul azahzlin yang menulis terganggu apabila rizwan raykal tidak henti henti menyenggol lengannya. Dia mengeluh kasar.

"Nak apa?" Tekan nurul azahzlin perlahan kerana guru sedang mengajar. Rizwan raykal tersengih

"Apa plan kau lepas habis waktu sekolah nanti?"

"Aku kan sekarang... rasa macam nak cekik cekik je leher kau. Soalan kau tu macam tak boleh tanya lepas cikgu keluar kan?" Sakit hati nurul azahzlin dibuatnya. Seminggu duduk bersebelahan dengan lelaki itu. Seminggu juga waktu belajarnya terganggu dan tidak tenang kerana diganggu oleh rizwan raykal.

"No. no. Tak boleh. Ni soalan penting tau."

"Aku hari ni terus balik. Aku tak study dekat sekolah. "Balas nurul azahzlin malas

"Erm. Nak ikut kau balik." Tangan yang kembali menulis itu terhenti apabila mendengar ayat rizwan raykal.

"Kau gila ke? Buat apa nak ikut aku balik?"

"Nak belajar dengan kau?"

"Tak payah mengada. Kau kan budak pandai dekat sekolah ni. Buat apa nak belajar dekat rumah aku?"

"Bukan aku je. Faz dengan Azmir pun sama ok? Tak percaya kau tanya ah diaorang." Kata rizwan raykal selamba. Dengan pantas nurul azahzlin menoleh ke belakang. Intan fazlina dan azmir yang menangkap perbualan dua manusia dihadapannya tadi sudah tidak keruan.

"Betul ke ni?" Soal nurul azahzlin curiga.

"Er.. be.. betullah tuh apa yang riz cakap." Balas intan fazlina gagap.

"Serius? Budak pandai macam kau pun nak belajar dekat rumah aku?" Matanya tajam ke arah azmir. Azmir menelan liur.

"Er... seriuslah. Faz cakap korang ada masalah dekat setengah subjek. Jadi dia minta tolong aku dengan riz untuk ajar korang. Ha .. kan faz?"

"H..haah. Betul tuh." Balas intan fazlina laju. Nurul azahzlin semakin curiga.

" tapi kenapa tak dekat rumah kau jer? Kenapa rumah aku?" Soal nurul azahzlin lagi.

"S..sebab..." intan fazlina sudah mati akal untuk menjawab.

"Sebab rumah kau dekat dengan sekolah. Jadi tak adalah makan masa yang lama. Nanti boleh belajar lama sikit." Celah rizwan raykal.

"Kau tak percaya dekat kami ke azah?" Ucap Intan Fazlina.

"Aku dengan riz niat nak ajar apa yang korang tak tahu. Exam nak dekat. Lagi pun ni exam besar. Jadi tak salah kan aku dengan riz share apa yang kami tahu? Nanti kalau ada yang kitaorang tak tahu and korang tahu, korang ajarlah kami pula." Jelas aZmir pula. Nurul azahzlin terdiam.

"Hmm. Apa apa jela. Ikut koranglah." Nurul azahzlin mengalah. Dia kembali menulis. Azmir dan intan fazlina menghela nafas lega. Mereka berdua merenung tajam ke arah rizwan raykal yang sudah tersengih.

*************************************

Mereka berempat berjalan kaki menuju ke rumah nurul azahzlin. Dalam perjalanan ke rumah nurul azahzlin, rizwan raykal singgah ke kedai runcit berdekatan untuk membeli minuman dan snack untuk dimakan nanti. Mereka bertiga hanya mengikut.

Nurul azahzlin melihat segala barang yang diambil oleh lelaki itu. Azmir dan intan fazlina hanya berbual kosong diluar kedai runcit untuk memberi ruang kepada rizwan raykal dan nurul azahzlin untuk berdua.

"Oi riz. Tak banyak sangat ke kau ambil  snek ni? Kita berempat je tau. Bukan satu kelas." Tegur nurul azahZlin. Mana tidaknya sudah dua bakul penuh diisi dengan snack sahaja. Minuman sudah awal awal dilarang oleh gadis itu kerana nanti dirumah dia akan menyediakan sendiri minuman untuk mereka.

I LOVE YOU BUDAK XL ❤️    COMPLETE ✔️Where stories live. Discover now