Rizwan raykal termenung seorang diri dibuaian. Fikirannya menerawang. Satu keluhan berat keluar dari mulut lelaki itu. Muka diraup perlahan menahan rasa.
"Apa yang kau menungkan lagi tu dik?" Tegur Rizwan rayyan tiba tiba.
"Tak ada apa apa bang. Abang buat apa dekat sini? Macam tahu tahu jer aku dekat sini." Rizwan rayyan tersenyum nipis.
"Mestilah abang tahu. Instict abang kuat tau. Kitakan kembar. Yelah walaupun aku lagi handsome dari kau. Well aku ni kira hebat juga tau. Boleh tahu kau dekat mana." Gurau rizwan rayyan. Rizwan raykal membuat muka mahu muntah. Tergelak lelaki itu.
"Hahah. Asal? Tak terima kenyataan lah tu yang aku lagi kacak dan bergaya dari kau."
"Kalau aku sekeh kepala kau bang jangan tanya kenapa. Perasan. "
"So... whats up? Macam ada masalah besar je? Sharelah. Mana tahu aku boleh tolong kau?" Soal rizwan rayyan ikhlas. Rizwan raykal tersenyum hambar.
"Aku nak tanya pendapat kau boleh tak?"
"Sure. Mestilah boleh. Tanyalah. Abang setia mendengar."
"Erm... macam ni. Aku ada sorang kawan ni. Tapi dia ada masalah sikitlah. Erm... macam mana nak cakap erk..Er..."
"Apa yang kau cuba cakap ni dik oi? Cuba cakap betul betul. Apahal masalah kawan kau tuh?"
"Erm.. kawan aku ni ada suka dekat sorang perempuan tau. Tapi tuh lah dia punya susah nak luah perasaan dia tuh bukan main lagi. Dia cuba tarik perhatian perempuan yang dia suka tu dengan kacau dia, buat perempuan tu sakit hati dengan dia. Sebab dengan cara tu je dia boleh borak each other. So kau rasa macam mana?" Ucap rizwan raykal senafas. Rizwan rayyan diam sejenak. Dia mencerna setiap perkataan yang diluah oleh adiknya tadi. Tiba tiba rizwan rayyan tersenyum nakal.
"Jap. Sebenarnya ni masalah kawan kau ke masalah kau? "
"Er.. er... mana ada masalah aku. Masalah kawan aku lah. Kau dah kenapa?"
"Hehe. Cuba jujur dengan aku. Aku ni kembar kau tau."
"Ah tak apalah. Kalau kau tak nak bantu kawan aku tak apa. Aku masuk dulu." Rizwan raykal mula bangun dari buaian.
"Ohoi! Rilek lah. Hahah. Ok aku bagi pendapat untuk KAWAN kau tu. Beritahu kawan kau, kenapa tak dia rendahkan ego dia. And luah apa yang terbuku dalam hati dia tuh? Sebab kau beritahu KAWAN kau tuh, takut nanti perempuan yang dia suka tu disambar orang." Balas rizwan rayyan dengan senyuman penuh maksud.
"Hahah. Tak mungkinlah ada orang suka budak xl tu." kata rizwan raykal tiba tiba. Rizwan raykal terdiam seketika. Dia memandang rizwan rayyan yang sudah tersengih sengih.
"Er,,tak.. maksud aku tak mungkinlah ada lelaki yang akan suka dekat perempuan yang kawan aku suka tuh."
"Hahaha. So kau nak cakap kawan kau suka perempuan tak cantiklah? Kau tahu tak. Aku tabik kawan kau tu. Sebab dia terima perempuan tu seadanya. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Suruh je kawan kau tu luah perasaan. Mana tahu rezeki dia, perempuan tu pun suka dekat dia. Hati orang mana kita tahu. So jangan tunggu lama lama. Nanti lama lama, dia diambil orang. Hahah." Rizwan rayyan balas dengan gelakan kuat. Dia terus bangun dan memasuki rumah.
Rizwan raykal terdiam.
'Siut punya abang!' Ucap rizwan raykal perlahan.
************************************
Nurul Azahzlin pada pagi itu datang awal ke sekolah. Entahlah mimpi dapat emas kut tu bangun terlebih awal. Saat nurul azahzlin melangkah masuk ke dalam kelas. Alangkah terkejutnya dia akan apa yang dia pandang saat ini. Nurul azahzlin mencubit kuat pipi kanannya.
YOU ARE READING
I LOVE YOU BUDAK XL ❤️ COMPLETE ✔️
RomanceKenapa? Salah ke bila seseorang gemok? Hina sangat ke orang yang gemok ni? Nurul Azahzlin. Ketinggian 160 dengan berat badan 75kg. Cukup dikategorikan sebagai manusia obesiti atau dalam bahasa kasarnya gemok. Entahlah, semakin cuba menurunkan berat...