BAB 1

118 8 0
                                    


GONG! GONG!

 Maurel tersentak lalu terbangun dari tidur apabila terdengar bunyi bising yang sangat kuat. "Kau ni dah kenapa Jess? Kau nak kena pelempang dari aku ke?" marah Maurel yang masih menggosok matanya sambil melihat kuali di tangan kawannya yang bernama Jess itu.

" Kau tengok jam sekarang! Dah pukul berapa tak bangun-bangun lagi anak dara siapalah ni!" marah Jess. 

" Jaga sikit mulut tu eh mak bapak tak main k, yang kau ni main ketuk-ketuk kuali tu apahal? patutlah aku cari kuali malam semalam tak jumpa,kau bawak kuali tidur sekali ke?" Jawab Maurel sambil tersenyum.

" Ha'ah aku bawak kuali ni tidur sekali supaya senang nak kejutkan si Rin tu tapi harini pandai pulak dia bangun awal, tapi kan aku ingat aku takyah guna kuali kesayangan kau ni untuk kejutkan orang pagi ni , tak sangka pulak kuali ni tolong owner dia bangun harini, kan kuali kan?" bebel Jess sambil melihat kuali ditangannya itu.

" Eleh mentang-mentang kau bangun awal, kau nak bangga lah?" Sindir Maurel. 

" Bro, aku bukan nak cakap aku bangun awal lah, tapi aku memang nak cakap tu  pun, ah dah dah yang kau pandai bangun lambat ni asal? Rin dah bagi tabiat buruk dia kat kau ke?" 

"Aku ada hal malam tadi sebab tu lah aku bangun lambat pagi ni, kau ni tak payah lah membebel macam kau ni mak aku pulak" marah Maurel yang masih dalam 'MOOD' tidurnya itu.

"Dah dah dah, bangun lagi Rel kita dah lambat ni, ah ya mana Rin dengan Si Ira tu?" tanya Jess.

" Kau yang bangun dulu kau tanya aku pulak kenapa? Kau ingat aku tidur dengan mata terbuka ke?" Kata Rel sambil ketawa.

"Ha'ah lah kan asal aku tanya kau pulak hmm, dahlah pergi mandi sana aku nak turun bawah dulu cari dua ekor berok tu. " Kata Jess sambil  berjalan menuju ke tingkat bawah. 

" YO JESS!" Jerit Rin dan Ira  serentak sambil tangan memegang mangkuk berisi mee yang dibuat oleh Ira.

" waseh waseh , makan tak nak ajak lagi sekarang ni kan" kata Jess dengan nada merajuk.

" Chill la bro, takkan makan mee pun nak ajak semua orang,malu la aku nanti, nampak sangat yang aku dengan korang ni miskin." kata Ira lalu menyambung balik hasratnya yang ingin menghirup kuah mee tersebut.

"Bro don't worry, nanti aku ajak kau makan nasi minyak."  Kata Rin lalu menghabiskan suapan terakhir meenya.

"Nasi minyak siapa Bro? Kau ke? "  Jess mula mengangkat keningnya.

" Eh tak bro, aku lama lagi, tu ha kawan baik kau yang baru habis makan tu"Rin melihat ke arah Ira yang baru sahaja selesai makan lalu menjeling mereka berdua dengan pandangan maut.

" Relax ar bro jangan marah Rin gurau je tu kan Rin?" Jess cuba menenangkan Ira. Rin yang tidak begitu kisah akan 'pandangan maut Ira' hanya menggangguk.

" Hmm by the way,korang tak nak bersiap ke? Dah lewat dah ni,nanti marah pulak si tua kerepot tu"  Jess memberitahu sambil mencari beg kerjanya. 

"Si tua tu memang sikit-sikit nak marah, aku dari zaman peperangan Jepun dah benci dengan dia tu, dahlah kepala botak" marah Ira.

" Banyak lah kau punya peperangan Jepun, nanti depan dia, muka kau bukan main baik,belakang dia kau kutuk bukan-bukan kepala botak lah, si tua kerepot la." Tegur Rel yang baru sahaja turun.Rin yang terlalu malas melayan karenah mereka yang bukan-bukan itu pergi meninggalkan tempat itu secara senyap.

"Ala.. dia boss kita kot, kena la pandai berlakon hahaha" Ira tersengih.

" haha yelah tu, tapi kan Rin mana? " kata Jess yang baru sahaja sedar akan kehilangan kawannya itu. Rel dan Ira hanya mengangkat bahu menandakan bahawa mereka juga tidak tahu.

" WOI MANE AIR OI KENAPA BILIK MANDI NI TAK ADA AIR! KAU ORANG TAK BAYAR BIL AIR KE?!" Rin yang baru sahaja menyedari bahawa air tiada , menjerit dari tandas yang berada di tingkat bawah.

" haa panjang umur dia, tapi asal tak ada air pulak? kita tak bayar bil air ke ? semiskin-miskin kita, kita tak pernah tinggal bayar bil air kan?" kata Rel. Ira mengganguk setuju sambil melihat ke arah muka Jess yang gelisah.

"Jess kau kenapa? Kau nak berak ke? Kalau tak jangan buat muka macam tu, kau tahu tak muka kau tu dah  sebijik macam orang yang nak berak tapi tahi keras" kata Ira menahan ketawanya.

" Doe sebenarnya kan aku lupa nak cakap yang paip air bilik mandi kat tingkat bawah tu rosak kat korang, please forgive me guys,aku tak bermaksud nak tipu pun, aku memang nak bagitau tadi, tapi lupa sebab 'pergaduhan mee' tu." Jelas Jess dengan nada sedih.

Rel dan Ira ketawa sambil memukul tangan Jess. " Wei kau ni da apahal, tak perlu kot nak forgive forgive bagai, macam kita ni baru kenal dua tiga minit pulak, takpa la semua orang buat silap" kata Rel.

" Ha'ah lah,better kau bagitau kat Rin sekarang,aku syak dia tengah marah tu ." sokong si Ira.

" Ha yela tapi takyah kot pukul-pukul sakit tau tak? okeylah Rel aku pergi beritahu kat Rin kejap,kau  tolong siapkan barang kerja aku eh, and kau pulak Ira pergi mandi sana." kata Jess sambil mengurut tangannya yang masih terasa sakit. Mereka berdua ketawa lalu mengganguk menurut.

    Jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi dan mereka masih belum bersiap untuk pergi bekerja. Sudahlah mereka selalu datang lambat memang kena bebel lagi lah mereka dengan boss ' berkepala botak' itu. 'Apalah sangat setakat datang lambat kita baru 18 tahun kot, baru nak enjoy life ni.' bebel Ira sebelum berangkat pergi dari rumah pagi itu. 





YOU'RE MINE [ROMANCE&MYSTERY]Where stories live. Discover now