Habis saja bunyi loceng yang menandakan waktu pulang kedengaran pantas saja murid murid Sains High School mengemas barang barang mereka termasuk lah Ayumi yang baru bangun tidur. Badan nya terasa segar sedikit setelah dapat tidur yang mencukupi.
Semasa keluar dari bilik tidur yang bersambung dengan bilik pengetua dia bertembung pula dengan Naufal yang sedang berbual dengan ibunya a.k.a pengetua sekolah Sains High School.
Naufal yang sebok berbual dengan ibunya pun menoleh dan wajah hairan di tayangkan.
Pengetua yang merasakan suasana hampir menjadi tengang mula berasa gelisah takut takut identiti Ayumi terbongkar.
"Ayumi keja tadi dah siap..?" Tanya pengetua cuba mencairkan keadaan.
Manakala Ayumi yang perasan akan maksud soalan itu hanya mengangguk sebagai jawapan lalu berlalu pergi.
"Umi ape yang Ayumi buat kat dalam bilik pengetua tu..?" Tanya Naufal.
"Oh..Umi suruh dia tolong umi buat keja potong potong kertas.." Tipu pengetua.
Naufal hanya mengangguk tidak mengesyaki perkara yang pelik pelik.
*******
Memandangkan hari ni pemandu pribadi keluarga nya datang awal jadi Ayumi lantas saya masuk ke dalam perut kereta BMW hitam itu. Diri nya ingin pulang cepat ingin menyambung tidur nya ialah masih mamai kut. Duduk dalam bilik ada kipas ada aircon nyaman tidur.Sesampai saja di rumah terus saja Ayumi keluar dengan terburu buru menuju kearah bilik nya. Manakala pemandu pribadi keluarga Ayumi sudah menggeleng melihat Ayumi yang masih mamai itu.
.........
Dari pulang sekolah hingga lah pagi pukul 7.30 pagi sabtu baru si Ayumi bangun makan malam langsung tidak dihiraukan nya dan itu telah menyebabkan nya kelaparan macam sekarang...
"Wowowo...makan tu perlahan la sikit nama ja anak dara.." Kata Tengku Afiq Amril sambil menahan ketawa melihat telatah adik satu satunya itu.
"Diam lah along Yumi lapar ni.." Balas Ayumi dengan mulut yang penuh dengan sarapan nasi goreng kampung itu.
"Lailahaillallah ..Yumi makan tu jangan lah gelojoh sangat ingat kamu tu perempuan.." Pesan Mama nya Ayumi nak marah salah salah juga anak perempuan satu satunya kot.
Ayumi hanya mengangguk tanpa mengeluarkan suara. Merasakan setiap bahan yang digunakan untuk memasak nasi goreng kampung itu. Sungguh lazat.
Abang serta ibunya hanya menggeleng melihat sikap Ayumi yang tak makan setahun itu.
Tiba tiba....
Pin..Pin..
Bunyi hon kereta Honda City berwarna putih tersadai di depan rumah Ayumi mengganggu ketenteraman Ayumi nak bersarapan.
Pantas kaki nya berlari menuju ke pintu utama rumah agam itu.
Tengku Maisara dan Tengku Afiqa Amril menggeleng serentak dah lah belum mandi, makan tak senonoh, boleh pula dia berlari dengan mulut penuh tu. Dahi masing masing di tepuk. Haih nasib badan..Kata anak beranak itu.
Di luar rumah agam itu pula hampir jatuh rahang Sofia melihat pakai PJ sekolah Ayumi yang belum di tukar nya.
"Weii...ni Kau dah mandi ka...?" Tanya Sofia hairan selepas keluar dari kereta nya.
"Kau diam jangan banyak soal..Aku nak sarapan nak mandi lepas tu..tunggu jap gi k..jom masuk jap.." Terang Ayumi panjang lebar. Mulut penuh dengan nasi goreng kampung masakan Mama nya tidak menyukarkan nya untuk bercakap sekali pun.
YOU ARE READING
Cinta si Ketua MAFIA [ C ][S2]
Action(KARYA KEDUA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif NO COPY! ⚠️ [Siri L&D] B2 Perginya seorang teman serta seorang bapa menjentik rasa sedih di hati ketua kumpulan mafia EVIL ROSE yang telah dikatakan lenyap . Kerana ha...