Setelah lama menghadapi perang besar demi masa depan yang cerah iaitu SPM, akhirnya terlepas jua mereka semua. Dan itu bererti akan berakhir sudah zaman persekolahan mereka.
Sempena hari terakhir bagi Ayumi sebab apa..?
Dia akan bertolak pada malam hari ini juga untuk menuju Negara Jepun bersama adik nya untuk menyambung pelajaran.
Dia pun awal awal lagi telah pun menghantar pesanan ringkas pada Faris untuk berjumpa dengan nya di taman belakang sekolah untuk memberi sesuatu sebagai hadiah perpisahan.
Hari pun turut mendung seperti tahu akan ada perpisahan yang bakal terjadi sebentar lagi.
Setelah lama menunggu dan berborak kosong dengan ikan koi, akhirnya Faris pun sampai. Pandangan pelik di beri nya saat melihat Ayumi berborak seorang diri. Takut takut lah dah mental.
"Assalamualaikum..Yumi.??"Salam di beri dan soalan diajukan nya. Takut tertegur orang lain. Almaklumlah semua dah pulang tinggal mereka berdua je kat sekolah tu sekarang ni.
"Waalaikumsalam..Ya saya" Jawap Ayumi sambil tersenyum manis.
" kenapa kau nak aku datang sini..?"Tanya Faris. Kening kiri dijongket nya.
"Saya nak ucapkan tahniah je..dapat jawap soalan..Dan selamat tinggal.." Kata Ayumi perlahan. Mata nya di larikan ke arah lain. Entah kenapa berat sungguh hati nya untuk meninggal kan Malaysia, berat ingin meninggalkan Faris dan keluarga nya. Terasa pipi nya mula di basah oleh air. Air hujan. Dan serentak itu lah air mata nya keluar jua. Bersama air hujan yang mula lebat.
"Selamat tinggal..? Kau nak ke mana..?"Tanya Faris cuak. Sedih. Takut, takut kehilangan.
"Jepun..saya nak sambung belajar.."Jawap Ayumi sambil tersenyum dalam tangisan.
"Kenapa awal sangat.??"Tanya Faris turut sedih. Mata nya mula menangkap sebutir mutiara yang mengalir dipimpin Ayumi. Bukan air hujan tapi air mata.
"Saja..lagi pun saya nak luangkan masa sama dengan adik saya.."Jawap Ayumi lagi. Tenang tapi remuk di dalam.
"Awak pinjam tangan kejap.."Pinta Ayumi tiba tiba. Kepala nya di tundukkan.
Faris hanya menurut, tangan kanan nya di hulurkan.
Manakala Ayumi, tangan kanan nya menyeluk poket baju kurung sekolah nya. Seutas rantai berloket kan huruf 'ER' yang membawa maksud tertentu.
Rantai itu di letakkan elok di telapak tangan Faris.Sekali imbas macam Evil Rose dua kali imbas macam bukan. Itu yang berlegar legar di fikiran nya.
Riak terkejut di pamerkan nya. Mungkin ini yang di maksudkan oleh Ayumi tadi fikir nya.
"Simpan rantai ni baik baik..sampai satu hari nanti kita akan bertemu lagi.."Pesan Ayumi panjang lebar. Senyuman nya juga turut tidak hilang dari bibir merah nya.
Tangan kiri Faris pula naik mengesat lembut air mata Ayumi yang baru saja gugur tadi. Hujan yang turun lebat bagai tidak terkena pada tubuh badan mereka berdua. Walaupun baju dah hampir basah.
Riak terkejut di pamerkan oleh Ayumi. Namun hanya diam tak terkutik.
"Janji dengan aku kau tak akan cari lelaki lain selain aku.."Pesan Faris mulut nya di dekat kan pada telinga Ayumi yang berlapis dengan tudung sekolah.
Terbutang mata Ayumi mendengar ancaman versi halus Faris itu. Lambat lambat Ayumi mengangguk. Muka nya juga turut memerah. Malu.
####
Beberapa bulan kemudian...
Masa nak ambil result SPM di dewan Sains High School.
"Mana Ayumi dengan Aqif..??Dorang Tak ambil result ka..?"Tanya Naufal hairan. Mata nya melilau memandang setiap sudut dewan mencari dua sosok kembar itu.
YOU ARE READING
Cinta si Ketua MAFIA [ C ][S2]
Aksi(KARYA KEDUA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif NO COPY! ⚠️ [Siri L&D] B2 Perginya seorang teman serta seorang bapa menjentik rasa sedih di hati ketua kumpulan mafia EVIL ROSE yang telah dikatakan lenyap . Kerana ha...