"kau buat apa kat sini?" soalku.
"nak bawa akak pergi lunch lah." kata mamat joker yang kedua ni. ish comel je. memang trio joker ni trio comel ke hape ni.
"sekarangkan baru jam 9. lunch time aku jam 12.30. kau sanggup tunggu?" kataku lalu melirik jam tanganku.
"eheh mestilah sanggup, seperti sanggupnya saya menunggu akak balas cinta saya." katanya lalu menari kuda kepang.
"ACHIA ACHIA ACHIA!" katanya lagi sambil menepuk-nepuk pahanya.
"ish apa kau ni. nanti orang labelkan kau sebagai penari bebas pula huh." kataku lalu ingin menapak masuk ke butik kembali.
"kak! tepat jam 12 tengahari saya kat sini ye!" jeritnya lalu melambaiku.
"adeh sakit pula mata aku tengok pasangan gula-gula ni. bersemutlah butik aku ni tak lama." kata aidah yang baru muncul dari belakang aku.
"kus semangat aku tau tak!" kataku sambil menggosok bahagian jantungku.
"siapa tu tin? pakwe baru eh? ke sugar daddy kau?" soalnya.
"kalau ada cilikan kat sini, aku tenyeh-tenyeh cili tu kat mulut kau. pakwe konon ish tak hadaplah. sugar daddy lagi? huh aku boleh buat sugar aku sendirilah." kataku. ini aku nak sentap ni. dia fikir aku ni pisau cukur ke hape hah?
"ye aku tahu. sorrylah. hah kau jangan nak acah merajuk kat sini, banyak lagi kerja nak buat ni. stok baru dah sampai. kau kena susun lagi macam biasa." katanya lalu menolak bahuku ke dalam.
"FINALLY! LUNCH TIME!" jeritku lalu meregangkan pinggang dan tanganku setelah 3 jam duduk bersila susun stok.
"hek eleh. atin tu sukalah tu lunch time. sebab lunch time dia harini berteman." kata cassie yang muncul di daun pintu.
"hah mulalah nak menyakat aku tu." kataku.
"tulah kan cas. harini teman dia bukan orang biasa, orang luar biasa kan. kelas kau tin!" sambung aidah lagi.
"apa erti sayang, erti setia, setiap hari sayang, yang luar biasa~" nyanyi cassie dan aidah serentak.
allahu, ini memang nak kena ni. baju yang berada di tanganku, aku baling dekat beruk berdua ni. diorang berdua terus lari sambil terkekeh-kekeh ketawa.
"HAH TU DIA! DAH SAMPAI DAH!" jerit aidah yang berdiri bersebelahan dengan cassie.
"prince charming dah sampai!" jerit cassie pula.
"hai kak! jom pergi lunch!" katanya lalu mengambil beg tanganku. ya Allah tak sabar sungguh joker ni.
"kejaplah." kataku lalu mencapai henfonku yang berada di atas sofa.
sampai je kat kereta, terus joker ni bukakan pintu kereta dia sepertimana aku bukakan hati aku nak temankan dia lunch ehek.
"weh nak pergi mana ni?" soalku apbila dia dah selamat labuhkan punggung dia kat dalam kereta dan tali pinggang dah dipasang.
"huh akak ni." keluhnya selepas memandangku.
dia yang tadinya duduk tegak dekat dengan steering tiba-tiba mendekatiku. haruman kologne yang dipakainya menusuk ke hidungku. mukaku dengan mukanya hanyalah 5 cm. boleh bayangkan tak? aku boleh nampak segala pori-pori, lubang-lubang muka dia woi.
"ap-a-apa kau bu-bu-buat ni?" soalku gagap sebelum mataku dan matanya bertaut.
YOU ARE READING
JIRAN
Random"kak, kalau nak marah pun tak payahlah buat fesyen baru." aku keluar dengan memakai baju tidur lengan pendek hello kitty aku yang bertompok-tompok warna biru muda dengan pink, seluar paras lutut, tudung terbalik, dan selipar jepun berbiji-biji timb...