okay isnin datang lagi. kerja yang bertimbun kat butik tengah menunggu. fuh, boleh tak kerja 3 hari je? lepastu 4 hari lagi cuti. kan senang hidup.
aku memulakan pagi aku dengan minum milo. zal ada masak tapi aku malas nak makan.
"hai kak!" sapa mamat joker berkepala kecil yang tiba-tiba muncul di sebelah pagar aku. fuh, kus semangat. tak pasal-pasal aku meninggal nanti.
"hai." balasku dingin sambil memandang mukanya yang tengah senyum. kau fikir muka kau tu boleh hilangkan monday blues aku ke?
aku memanaskan enjin kereta aku. lalu berjalan semula ke dalam rumah untuk ambil beg dan bekalan makanan tengah hari aku. mamat kepala kecil tu aku buat macam tak wujud je.
"aku ni halimunan ke?" soalnya sendiri. ya Allah ini lawak. aku tersenyum sikit, sikit je tak boleh banyak-banyak nanti tudung rosak. eh apa kaitan?
"kau kenapa tercegat sini? kata nak tumpang. panaskanlah enjin kereta aku." kata satu suara yang paling aku kenal, iaitu mikael. kenapa mikael? sebab bukan mikaela lah hehe.
dia kemudiannya menyerahkan kumci keretanya kepada mamat tu.
"eh good morning, beautiful!" sapanya. ewah ewah, nak senyum ke telinga boleh ke eh?
aku tak balas sapaan dia. iyelah mana tau dia tegur jiran sebelah sana lagi. malulah aku.
"hek eleh sombong pula jiran kita ni." katanya lagi.
"nama saya bukan beautiful." kataku. ehei nak cover line siot.
"okaylah. good morning ya ukhti fatin shahira." sapanya lagi. allahu, dah jadi haji pencenlah pula mamat ni.
"hurm good morning." balasku.
"eh iguanalah!" jerit mamat kepala kecil tu. mikael terkial-kial nak tengok iguana tu. itu bukan iguana ya Allah. itu cicak kobeng.
"tu yang berlari atas rumput tu." katanya lagi.
"um fatin-"
"yeeee?"
"apa beza awak dengan iguana tu?" soalnya. apehal pula mamat ni tiba-tiba cari perbezaan aku dengan cicak kobeng ni? dah sah-sahlah aku manusia, itu cicak.
aku kerutkan kening aku lalu menggelengkan kepalaku.
"iguana tu berlari atas rumput, awak berlari dalam hati saya." balasnya lalu mengelipkan mata kirinya.
aku pandang dia lalu masuk ke dalam kereta. tapi sebelum aku tutup pintu kereta, aku julurkan kepala aku keluar dari pintu kereta aku.
"hurm, just nak bagitau yang itu cicak kobeng, bukannya iguana."
lalu aku tutup pintu kereta. dapat ku nampak muka blur diorang berdua dan hilai tawa daniel.
"TIN! AKU RINDU KAU!" jerit aidah dan cassie serentak sambil mendepakan tangan diorang. euw pehal ni?
"korang kenapa woi?" soalku sambil bersusah-payah melarikan diri dari diorang berdua. takut aku. manatau ada pesakit dari hospital sakit jiwa menyamar jadi diorang. nak peluk bagai ish.
"nak rindu pun salah ish." kata aidah lalu menurunkan depaan tangan dia.
"aku tak rindu kau pun sebenarnya. buang masa je." kata cassie. eih? split personality ke minah ni? kejap rindu, kejap tak.
"hurm yelah. kenapa korang cari aku ni?"
"kitorang nak tahu apa jadi dengan date kau haritu."
tanpa berselindung, cassie berkata. fuh, minah ni kena sampuk ke ape? berani semacam je ni. aku hempuk kang. lalu aku pun menceritakan segala hal ehwal politik negara fuh.
tengah aku sibuk membawang dengan diorang berdua ni, tiba-tiba masuk satu chat dari mesengger. ya gais, aku masih guna fb huhu.
"hai kak! assalamualaikum. petang ni saya tumpang kakak boleh?"
hanat sungguh. kau fikir aku grab ke hah? aku letak fon kat tepi lalu menyambung potong bawang okay.
YOU ARE READING
JIRAN
Random"kak, kalau nak marah pun tak payahlah buat fesyen baru." aku keluar dengan memakai baju tidur lengan pendek hello kitty aku yang bertompok-tompok warna biru muda dengan pink, seluar paras lutut, tudung terbalik, dan selipar jepun berbiji-biji timb...