11

18 2 0
                                    

Aku tersengih.

"Mak pergi mana tadi?"

Nafas emak kuat menahan amarah. Matanya terjegil melihat aku begini. " Kau dah buat apa ? Pergi keluar dengan jantan mana ? Dengan seksinya pakaian kau! Aku tak ajar kau jadi begini."

Lantang suaranya.

Aku mengalihkan pandangan. Takut untuk bertentang mata. Sudahlah kena kacau dengan jembalang, tambah lagi kena marah dengan emak sendiri. 

"Bukan macam tu mak. Beri ruang untuk  Nurul bercakap. Ada suatu berlaku tadi. " Aku bersuara perlahan. Langsung mataku tatap ke lantai. 

Emak meletakkan rotan tu di atas meja. Tampak resah, dia terus perlahan menyapaku. " Apa yang dah berlaku ? "

Seolah tahu perkara buruk telah terjadi.

" Nurul nampak hantu arwah yang mak pergi tahlil tadi. Nurul lari dari rumah ke seberang jalan. Orang tu nampak Nurul takut sangat seorang diri kat jalan gelap. Dia terus bawa Nurul pergi kedai makan. Tak tahu lah kenapa dia paksa. Tapi terpaksa ikut sebab ada jembalang dalam rumah." Ujarku. 

Emakku seolah tak percaya. Dia mengerutkan dahi." Kau biar betul? Dah lah pergi masuk bilik. Malas aku." Ujar emakku.

Aku berasa tak puas hati dengan balasan emak aku. Begitu sahaja dia cakap, seolah tidak memahami perasaan aku. Tak percaya ke ? 

Aku menoleh. " Mak ni kenapa tak percaya kat Nurul ke ? " 

Emak menggeleng kepala. "Bukan tak percaya. Tapi entah lah nak cakap. Dengan seksinya pakaian kau ni , keluar pulak dengan jantan lain. Astaghfiruallahazim.. Entah entah kau reka cerita je. "

Aku terdiam terus aku berlalu pergi daripada situ. Hatiku terasa.

-------

" What ? Seriously, Furqan bawak kau naik motor ? " Mata Eina terkebil-kebil. Mulutnya penuh dengan bebola ikan tetap juga ingin bersuara.

Angguk saja aku berkata " Ye doh! Dah banyak kali aku bertembung dengan Furqan. Takkan kebetulan pula kan? Pelik do." 

Sambil itu, aku melihat instagram di telefonku. Menatap gambar-gambar kenangan di profilku. 

"Wait a minute. Korang bertembung banyak kali? Hot tea! Tak cerita pun. " 

Alamak, aku tersasul pula. Aduh! " Hehe, sorry. Sebenarnya dah 3 kali baru ni. Eh, ke situ pula kau ni. Aku cerita pasal aku nampak jembalang tu. Kau tertarik pasal Furqan pulak!" 

Aku menampar bahunya. Geram.

Eina tersengih. " Cerita kau memang menarik. Tapi aku suka lah Furqan tu dengan kau nampak sesuai. Hottie matchy gitu! Muka pun lebih kurang je seiras. Ehehe! "

"Tapi serius lah kau nampak jembalang tu. Ish seramnya. " Ujar Eina sekali lagi. Dia mengelap bibirnya yang comot itu.

"Hmm ha'ah. Yang peliknya aku nampak jembalang tu seiras dengan muka arwah makcik yang meninggal dunia baru tu. "  Aku hairan. Kenapa dia datang ke rumah aku sedangkan aku tiada kaitan.

Lantas saat aku scroll instagram sambil menerawang jauh tentang kes hantu itu. Eina tiba tiba saja merampas telefonku. Matanya luas dan tersekat-sekat bersuara.

"Wei..w-ei.. In-ini ex kau kan?! " Jarinya menunding - nunding pada gambar yang tertera pada skrin telefon aku.

Aku konfius. Eh, bila masa aku skodeng ex aku kat ig. Terus aku melihat di telefon aku.

Perubahan yang mendadak. Hafiz, seorang yang tinggi. Badannya semakin sado. Mukanya seiras-iras Ashraf Muslim. Bibirnya pink cherry. Gambarnya tersenyum sambil tangannya mengenggam rambut depannya. Berbaju kemeja dan tangan kirinya mempunyai jam tangan besi. 

"WEI!! HANDSOMENYA DIA SEKARANG NI!" Eina menjerit seperti cacing kepanasan. 

Tak. Masalahnya, kenapa dia makin hensem ni ? Aku juga turut terkejut. Ya dulu dia masih kacak tapi selepas 5 bulan aku putus dengan dia, nampaknya lelaki ini mengalami perubahan drastik. Dulunya kurus kering, sekarang bertambah berisi dan sado. Dulunya sedikit serabai dengan misainya itu, sekarang misainya dicukur. Bertambah kacak apabila lelaki ini begitu.

"Wah, lama tenung muka ex kau. Dah jatuh cinta balik ke sis?" Eina menepuk bahuku.

Aku tersedar daripada lamunan. "Eh, mana ada! Dah lah makan habis kau punya bebola ikan tu. Sibuk je." 

Sejak dari haritu aku terfikir soal ex aku. Dulu kami berpisah kerana aku tak sehaluan dengannya. Ibunya kurang suka pada aku kerana aku bukan ciri-ciri menantu idamannya. Maklumlah, masak pun masih belajar dan mungkin lagak kasarku ini. Namun Hafiz tetap pertahankan cinta itu walaupun ibunya tidak suka pada aku. Tipulah aku tak terkenangkan pada Hafiz. Selepas putus cinta, air mata aku bertakung setiap malam. Jika dikumpulkan, mungkin penuh satu mangkuk air mata ni. 

*******

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 26, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Heroku, LELAKI MISTERIWhere stories live. Discover now