Santan yang di dalam plastik kecil berwarna merah itu aku keluarkan sejurusnya terus bagi pada emakku. Emak terus menyambar santan itu dari tangan aku dan membuka santan itu.
"Yang kau ni dah kenapa muka masam macam kerang busuk je? " Tegur emak apabila perasan muka aku tidak gembira.
Aku melabuhkan punggung di atas kerusi. It is the time for me to tell my story. Benci benci! Nasib baik ada tempat nak mengadu.
"Mak, orang balik sini nak cari ketenangan. Bukan nak cari pasal dengan orang. Baru sehari je orang balik sini. Ingatkan boleh lah tenang hati balik sini.. Tapi!!" Aku meluahkan perasaan yang berkecamuk dalam hati.
"Tapi apa?" Tanya emak sambil mengacau santan di dalam kuah masak lemah cili api. Api gas diperlahankan agar tidak pecah santan.
Aku mencebik.
" Pakcik Haji Bakhil tu lah! Dia boleh cakap orang miskin. Padahal dia tu kedekut mencekik darah! "
Tiba tiba emak aku ketawa.
"Isy, apa gelak gelak?" Soal aku.
Aku tergamit dengan kata aku. Ayat itu lelaki tadi sebut. Sekarang berbalik pada aku pula.
"Kau jangan layan dengan kata haji bakhil tu. Ramai orang dah kena marah dengan dia. Tapi kebanyakkan budaklah dia marah. Engkau ni dah besar panjang, tak sangka pula kena marah . " kata emakku sambil berdekah ketawanya.
Aku memaut bahuku. Hmph!
"Tahulah muka orang ni marah pun tak macam marah. hmm.." Ujar aku.
Emak masih mengacau kuah itu menggunakan sudip.
" Habistu kau berhutang ke?"
Aku menggeleng.
"Dah cuba nak berhutang. Tapi pakcik tu kedekut sangat. Nasib baiklah ada mamat tu tolong bayar seringgit untuk orang. Fuh, dapat juga beli santan untuk mak. " Ujarku, tanganku membuka tudung salji. Kosong.
" Mak baru masak ke? " Soalku terus.
"Aah.. Harini menu satu je lah. Siapa laki tu dik?" Nyahut emak.
Kali ini aku bangun, pergi ke dapur masak untuk lihat kuah masak lemak cili api dimasak. Hidungku menusuk bau gulai yang masam manis tapi pedas.
Hmm, sedap.
"Entahlah. Tak kenal tapi nampak macam dah tua sikit daripada orang. Hensem juga. Hmmmmm, sedap bau gulai ni. " Ujar aku.
"Nah rasa ni. " Emak mengangkat gulai itu lalu menyuruh aku menyentuh sedikit gulai itu dan rasa.
" Secukup rasa. " Kata aku , sengih.
"Haa, lepas ni kau kena belajar masak. Esok pagi bangun awal, mak nak ajar masak ayam masak rendang. Nanti dah kawin senanglah. Tak laratlah mak nak jadi orang gaji kamu je. " Bebel emak.
Aku menaikkan mata ke atas. Menyampah aku dengan perkataan 'kahwin'.
" Yelah . What ever. " jawab aku acuh tak acuh.
"Ha, laki tadi yang tolong kamu tu , ucap terima kasih tak?" Tanya lagi emak.
Aku sengih kambing lalu aku menggeleng.
"Isy, anak dara apalah ni. " kata emak
***
5.00 petang.
Aku keluar rumah dengan memakai baju lengan panjang favorite aku yang mempunyai pattern pikachu. Dah lama aku tak berjalan di kampung aku. Di taman permainan ada seseorang menanti aku, Eina. Kawan dari kecil sehingga sekarang. Tak pernah putus walaupun kerap gaduh.
" Wei Nurul, kau dah kuruslah!" Jerit Eina sebaik saja nampak aku datang ke arahnya.
Memang kuruslah ceritanya, duduk kat sana tak ada emak. Nak masak pun tak reti, duit nak beli makanan pun cukup makan.
" Kau pula masih mantop beb. " Sapa aku pula melihat penampilannya, tak gemuk dan tak kurus. Pearl body.
Eina duduk di atas buaian itu mula menghayunkan badannya.
" Hehe, tak pernah tak miss makan. Tu sihat. "
Aku mula duduk di sebelahnya di atas buaian kosong itu. Lalu mataku melihat pemandangan taman, masih ramai budak main gelongsor, aci kejar dan bergayut.
"So, apa plan kau cuti ni?" Soal aku.
" Esok pagi bersenam nak?"
Aku melihatnya. Mukanya bersinar sinar mengharapkan aku ikut rancangan tersebut.
"Eh pagi aku busy doh. Petang aku free lah. Aku tahu lah kau nak kurus cam aku." Ujar aku.
Eina mengangguk lemah. Dia kelihatan masam. "Okaylah . Petang pun bolehlah. Hmm.. "
Aku menepuk bahunya. Kesian pula tengok.
"Alaa, lek ah. Petang aku spend time dengan kau. Kau bestfriend aku , mestilah aku jog dengan kau." Aku memujuknya.
Tanganku yang diletakkan di atas bahunya ditolak ketepi.
"Tahu pun. Hmm, aku sebenarnya ada cerita ni. "
"Cerita apa?" Aku mengangkat kening , ingin tahu kemuncak di hati.
Eina menoleh ke arah aku.
"Ex kau. " Sepatah dua kata Eina berkata dalam nada serius.
Aku terdiam dan menggigit bibir. Dalam hati aku bertanya, jantan ni dah buat apa kali ni..?
" Hmm, semalam aku pergi beli ikan kat pasar. Terserempak dengan dia kat tempat beli ayam. Aku nampak dia beli ayam selasih. Aku tegurlah dia. Kebetulan kan.. Muka dia cuak bila jumpa aku. Aku tanya dia buat apa. Dia cakap dia beli barang dapur-"
"Dah korang kat pasar. Memanglah beli barang dapur. " Aku menepuk dahi. Soalan bodoh apa yang dia tanya kat ex aku. Haish.
" Hehe . Tahulah. Dah itu nak mulakan interaksi. Kita orang pun bersembanglah dua tiga minit macamtu. Tiba tiba dia tanya pasal kau wei. " Ujar Eina.
Aku mengerut dahi. "Tanya pasal apa? "
Terasa menarik.
"Hmm, dia tanya kau apa khabar. Aku cakap kau baik baik je lah. Dia senyum. Nampak sayu muka dia masa aku cakap kau baik baik walaupun senyum. Series wei, apasal kau break dengan dia? Hensem dia tu. Rugi. " Gagah Eina bercerita tentang Rayyan. Siap tangannya pun lagak bergerak.
Aku mencebik mendengar ceritanya itu.
Menyampah aku dengan Hafiz. Menagih perhatian daripada aku lah tu.
" Aku break dengan dia sebab dia tu kongkong life aku. Nak keluar rumah pun dia tak bagi. Pe motif dia buat macam tu? Setakat gelaran boyfriend, ada hak ke beri keizinan untuk aku keluar? Heh, better tak ada bf, beb senang hidup aku. " Jawab aku.
"Hmm, betul juga kata kau. Kalau ada boyfriend hensem tapi perangai tak guna pun tak bagus."
"Kan. Hmm Oh ye kau dengan Farid masih bercinta sweet sweet je ke? "
"Adalah gaduh sikit. Ala, gaduh manja. Hehe."
" Gedik."
Eina tidak membalas langsung. Malah dia mengajak aku bermain papan gelongsor.
Aku chill je walaupun usia aku sudah berumur 25 tahun. Apa kisah, sebelum tua sangat baik aku menghabiskan sisa zaman kanak kanak. Aku pun main papan gelongsor tersebut sambil kala ku tangkap gambar sebagai kenangan manis.
Dont waste your time. Spend time with your love. Love can be your friend, family and some people.
YOU ARE READING
Heroku, LELAKI MISTERI
Mistério / Suspense[Updated Setiap kali 3 hari.] Nurul Iman namaku. Lagak sifatku kasar tapi aku masih seorang perempuan berumur 25 tahun yang tahu beradab. Teringat kisah lampau, ex boyfriend aku yang tergila gilakan aku sehingga dia diterima dalam hidupku. Namun t...