9

73 6 0
                                    

  Dah 10 minit aku duduk di kedai mamak, Tauke tu pun tengok aku semacam renungannya. Mukanya bengis je apabila lihat aku duduk saja. Aku beritahu dia tadi yang aku diganggu oleh mat pet sewaktu buang sampah. Ya, aku tipu. Memanglah aku terpaksa tipu sebab kalau ceritakan hal yang benar pasti dia akan marah aku. Kalau aku cakap aku dikejar hantu, mesti dia akan halau aku. Sebab biasanya orang yang kena kacau akan singgah di kedai makan untuk biarkan benda tu duduk situ. Mesti taukey tahu kes macam ni. nanti habis lah kedai dia.

Dalam 10 minit ini, aku hanya perhatikan di setiap sudut kedai. Aku takut 'dia' ikut aku. Lega, setiap keliling tidak pula aku ternampak. 'Dia' tak ada.
Aku sudah lah baru bangun dari tidur. Agaknya semua orang tengok aku sebab aku macam jebon tak mandi 3 bulan. Hadush, mesti buruk muka aku sekarang.

  Dah lama aku dekat sini, masih tiada fungsi. Aku bangun dan cuba beranikan diri untuk pulang ke rumah. Cukuplah memalukan diri di kedai mamak. Tak ada sapa pun nak sembang dengan aku. Hmm. Aku melangkah setapak ke depan dan berjalan perlahan. Masih mengharapkan bantuan. Rumah banglo aku masih jauh lagi dari pandangan aku.

Mana emak aku pergi?

         Dan kenapa aku pengsan?

  Kenapa dia kacau aku?
     
   Dan... rumah aku berhantu ke?

Dia akan ganggu kembali ke?

Banyak soalan yang merewang-rewang dalam fikiran aku semasa berjalan di tepi lorong kecil. Tapi tiada apa yang dapat menyuarakan jawapan. Bunyi suara anjing melolong jauh menyebabkan suasana lorong sepi itu rasa seram sejuk. Sejuk terasa hingga ke tulang belakang. Terasa angin sejuk mengibas rambutku yang panjang.

AUKK!!!
           AUKKk!!!
   AUKK!!!

" Bangang anjing ni, time aku seorang diri nak banyak bunyi.. Batang hidung anjing pula sekor pun tak nampak. Mana datang bunyi? Heshh!!!" Aku merungut seorang diri di lorong yang sunyi itu.

AUKK AUKK!!!

Tin kosong di depan kaki aku sepak dengan penuh rasa geram. Stres! Terpelanting jauh tin itu ke hadapan sehingga berlanggar dengan bucu tiang lampu.

KTANG!

   Lampu tiang itu berkelip - kelip sekejap seperti rosak selepas terkena tin tersebut. Disebabkan  lampu yang asyik berkelip, lorong ini lagi bertambah seram. Aku menelan air liur, mata aku tertancap melihat sekujur tubuh tengah memunggah tong sampah mencari makanan.

  Badan manusia tapi berkepala anjing. Walaupun mata aku rabun jauh sikit, aku masih dapat lihat bentuk kepalanya seperti anjing. Bunyi lolongan anjing tadi pun berhenti.

Langkahku juga terhenti.

Aku terdiam, anjing berkepala manusia itu berhenti memunggah dan perasan aku berdiri di situ. Dia melihat aku.

Dan aku melihat dia dengan rasa takut.

Matanya merah menyala merenung aku dari jauh.

Bunyi dengusan dari anjing itu.

HERMGHHHHHH..

Terpaku aku..

Hendak berlari aku sudah tidak mampu.

HERMMGH...

Benda apa aku hadap hari ni?!

Gampang !

Anjing hantu pulak!

Bunyi deruman enjin motor muncul aku masih terkunci pergerakanku . Ada satu motor di depan bercahaya sedang menuju ke arah aku.

Bunyi  enjinnya semput  mengejutkan  anjing hodoh  itu  menyebabkan  dia ghaib. Lesap anjing berbadan manusia tadi. Berdesup anjing itu hilang. Tong sampah itu terjatuh sehingga keluar segala sisa sampah. Bau busuk meloyakan tekak aku.  Mulut aku terkunci nak panggil orang yang naik motor itu.

Dia seoranglah dapat bantu aku.

Apabila ia dekat denganku, motor tersebut berhenti di tepi aku. Mujur. Aku mendongak. Furqan rupanya.

Aku lega..

Dia nampak marah melihat aku.

"Hoi!! Apahal kau merayap keluar tengah malam? Kau bukan jantan. Bahaya keluar malam malam. Dah lah seksi.  Seksa  mata aku tengok.  " Bersuara Furqan dengan nada tinggi, enjin motornya  diberhentikan.

Aku membuat muka simpati.  Aku tak larat sangat. Aku rasa nak rebah. Kalau lah ini mimpi.. Bukan realiti.

"Furqan.. Tolong aku.... Aku tak nak balik rumah.."  Rayu aku, suara aku lemah sangat.

Kening Furqan bertaut rapat.

"Hah, kau gaduh dengan family lepas tu nak suruh aku tolong kau? Aku tak nak bersubahat. "

Furqan mengangkat kedua dua tangan seolah surrender.
"Aku tak gaduh dengan family la.. A-aku.. Aku kena kacau. "

Furqan merenung mata aku sedalam dalamnya selepas aku cakap macamtu. Entah kenapa dia tenung aku lama sangat, lepas tu dia tengok keadaan sekeliling lorong ini. Terus dia jerkah suruh aku naik motor.

"Aku bawa kau sebab terpaksa. Jangan pegang pinggang aku.  Sila duduk jauh jauh. Jangan dekat dengan aku seinci okay.." Awal awal dia beritahu.

Dia terus menghidupkan enjin motor dan beredar dari tempat puaka tu juga. Entah ke mana dia nak bawa aku.
Yang penting aku selamat. Tak kisahlah dia bukan seorang kawan, tapi cukup ada peneman aku.

Heroku, LELAKI MISTERIWhere stories live. Discover now