Sedang aku dikejar anjing, aku tersedar yang aku sedang mimpi. Kadang kala aku dapat sedar itu adalah mimpi, kadang kala aku hanyut dengan mimpi. Termengah mengah aku cuba bangun dari mimpi, nafasku turun naik dengan laju. Penat bagaikan aku berjalan kaki mengelilingi dunia.
Aku bangun terduduk.
Sah mimpi setan!
"Astagfiruallahazim.. " Aku istigfar berkali kali.
Mataku berkedip kedip. Masih gelap.
Suasana di tempat aku tidur sangat GELAP. TERSUNYI yang teramat sangat.
Aku membuka pintu depan rumah. Di luar, langit gelap. Rumah jiran terpasang lampu menyala dan terdapat lampu tiang yang menyimbah cahaya di setiap sudut jalan.
Ternampak bulan sabit bergatayang di langit bertemankan bintang. Dah malam.
Baru aku sedar, aku tiba tiba tertidur atau terpengsan selepas call Hafiz di ruang tamu sambil tonton drama Cinta Tiga Segi petang tadi. Dan aku baru perasan yang aku sebenarnya takut gelap . Makkk!!
Dalam perasaan takut dan berdebar debar, aku terpaksa hidupkan lampu. Nak tak nak, kau kena struggle! Kalau tak kau mati.
Itu ayat yang bermain fikiran aku.Televisyen yang aku pasang tadi tertutup sendiri ke?
Atau blackout?
Atau ada sesuatu yang tutupkan?
Cicak kobeng betul fikiran aku ni !
Soket di dinding aku meraba raba cari. Segala benda aku sentuh. Entah ada terasa aku terpegang cicak. Terbunyi suara dia minta tolong. Langsung aku tak fikir geli sebab ketakutan aku dah membatasi arus geli.PLAK!!!
Ruang tamu cerah akhirnya. Aku melepaskan nafas lega yang panjang. Jantungku kembali berdegup seperti biasa apabila melihat sekeliling ruang tamu tidak ada apa entiti comel yang teman aku.
"Dah bangun? Tidur lama sangat.. "
Aku terkejut melihat emak tiba tiba berdiri tegak di sudut pintu haluan ke dapur. Emak tegur aku sambil senyum padaku.
Aku menepuk dada cuba mengawal ketakutan aku. Aku masih di pintu depan. Jauh daripada emak."Hesh.. Mak ni.. Buat terperanjat Nurul je.. Kenapa mak tak buka lampu? Kan dah malam.. Gelaplah. Bukan setakat ruang tamu mak tak buka lampu. Macam satu rumah je.."
Masih emak aku berdiri tegak di pintu itu. Tidak berhenti senyumannya. Cuma, senyumnya terlalu meleret. Mungkin aku baru bangun dari tidur. Jadi perasaan aku saja kot.
"Kenapa tidur lama sangat? Penat ke?"
Emak tidak menjawab soalan aku.
"Tak tahu lah. Tiba tiba je Nurul tertidur..."
" Yeke? " Soal emak dengan nada yang ramah. Bibir emak masih tersenyum rapi.
Kenapa emak senyum sangat?
“ Emak... Nape tak buka lampu? Kan dah malam ni? ”
“MEMANG TAK BUKA LAMPU SATU RUMAH PUN!!!” Tiba tiba emak aku menjerit dan kini mulutnya tersengih menampakkan giginya yang berulat sehingga ke telinga.
Perlahan lahan mata emak aku bergerak ke bawah.
Hidung emak aku naik ke atas dan terbalik. Seolah olah permukaan muka emak adalah larutan air.
Kaki emak kedua dua kedepan dan seperti berjalan secara terseret dan terhuyung hayang.
Jeritannya kuat sangat. Macam di sebelah telinga aku. Berdesing telinga.
Semua ini berlaku dengan pantas.
LULUH JANTUNG AKU!!! Takut aku bagaikan nak rak! Terus naik serta merta. Bulu roma tak payah cakap lah. Tegak mencacak apabila tengok muka emak aku jadi hodoh.
Gila tak lari!!
Aku kutip balik semangat aku yang jatuh dan terus lari marathon keluar dari rumah puaka!
Aku toleh belakang.
Terlihat tingkap yang terbuka.
‘Emak’ berdiri tegak sambil tersengih menyeringai padaku.
Glup...
Kuss semangat aku bila aku toleh belakang, nampak 'emak' aku tengah tengok aku di sebalik tingkap sambil tersenyum menyeringai.
Larian aku pun terhuyung hayang. Aku terasa lambat sangat berbanding siput babi.
Jantung aku mengepam sangat kuat. Terasa sakitnya teramat sangat.Aku cuba berlari lebih laju lagi.
Kenapa aku tak pengsan je?
Aku nak pengsan!
Hati aku berzikir nama tuhan. Pada masa itu, doa makan pun aku baca. Nasib baik 'emak' aku tak kejar aku. Kalau tak, mati aku.
Aku berlari sehingga jumpa kedai mamak yang berhampiran. Di situ, aku berhenti dan duduk melepak di situ.
Dengan tidak membawa apa apa, aku duduk di situ berseorangan. Semua orang pandang aku macam pelik.
Segan aku.
Terfikir juga , di manakah emak aku pergi tinggalkan aku sorang diri?
Benda apa yang tegur aku tadi?
Dan bagaimana aku nak balik ke rumah puaka tu?
Apa aku perlu buat?
Takkan aku duduk lepak kat kedai mamak tanpa pesan minum atau makan apa apa?
Bersambung...
YOU ARE READING
Heroku, LELAKI MISTERI
Misterio / Suspenso[Updated Setiap kali 3 hari.] Nurul Iman namaku. Lagak sifatku kasar tapi aku masih seorang perempuan berumur 25 tahun yang tahu beradab. Teringat kisah lampau, ex boyfriend aku yang tergila gilakan aku sehingga dia diterima dalam hidupku. Namun t...