MAINAN SILANG KATA

16 3 0
                                    

♡1♡
*****

        Pernahkah kita terfikir akan kehidupan ini, mempunyai berbagai bagai ragam serta fiel dan ujian.Tidak kurang pula, ramai pihak yang sedang dan telah melaluinya, di dalam suatu rentetan waktu yang amat lama, serta panjang pula bila dirasakan.Kadang kala, kita lumrah manusia ini, kadang waktu itu terlalu leka sehingga ketaksuban pula begitu ampuh di dada kematangan akal serta fikiran.Namun, apalah pula daya kita.Seandainya, kita telah ditentukan Takdir sebegitu.Maka, bagaimana lagi mungkin, untuk kita meneruskan akan segala, Kewajiban Tanggungjawab serta Amanah, yang seolah olah seakan sedang membelenggu, di tulang belikat diri kita, sehari hari.Pada jasa dan bakti, hidup sehari hari seakan sedang dihambat dan diburu oleh sang irihati tanpa mengira waktu dan ketika lagi di saat ini.Bagaimana pula akan nasib kita, yang memungkinkan rezeki sudah terletak di bawah telapak kaki dan tidak ubah pula, seperti diibaratkan.Segala keluhan dan rintihan 'semalam', belum lagi keboh di dasar hati keras membatu lantaran kerana, kejahilan serta kelemahan diri di atas apa yang disifatkan sebagai kekurangan yang ada pada fiel serta amalan.Apakah, masih ada lagi, 'janji terpatri' untuk besok hari? Atau, mampu lagikah kita, untuk menjanjikan wa'ima hanya sebuah angan angan sekali pun, demi 'untuk' seorang anak kecil yang sedang bergelumang di tengah tengah 'medan perjuangan' gelandangan umat manusia yang begitu fakir lagi miskin daya pemikiran dan amalannya.Jikalaulah, hari ini adalah 'semalam', tentu saja kehidupan ini bakal 'tersenyum melirik', sambil 'memandang' kepada setiap 'insan' di Bumi Alam.Impian demi impian, seakan terlintas sambil di fikiran seolah olah 'mengajar' kendiri, supaya belajar akan 'erti' sebuah pengalaman serta pengajaran pada detik, pada saat, pada masa, pada waktu, pada ketika, pada tempoh, pada zaman, pada silam serta juga pada sejarah hidup kita, yang mungkin barangkali ianya dapat 'menggambarkan' kembali 'suatu' rentetan detik detik yang samada, 'indah' mau pun kelam di sepanjang perjalanan waktu kehidupan masa lalu, atau pun di hari hari yang akan mendatang.'Malapetaka' yang begitu 'dahsyat' pernah berlaku di dalam sejarah hidup seseorang, bakal memungkinkan diri mereka memperolehi suatu 'ganjaran' yang tidak terhingga juga 'lumayannya', pada 'kiraan hemat luhur' keperibadiannya seseorang.Akan tetapi, 'keluhuran' yang sebegitu, sudah dirasakan kejelekannya dan bertambah tambah jengkel sifat amalannya, menurut aturan serta susunan 'budi bicara' pihak yang sewajibnya 'wajar arif' lagi 'sedar', akan segala 'tauladan' serta 'implikasinya' hasil daripada setiap 'pertuturan' serta 'perbuatan' seseorang.Lebih daripada itu, kita barangkali mungkin sekali lagi bakal berdepan dengan, segala kerenah serta gejala yang terlarang, lantaran kegagalan demi kegagalan yang ditempuhi di dalam rentetan waktu waktu terdahulu yang mana, pastinya memungkinkan kita bakal dilihat memiliki suatu kejelekan serta kejengkelan begitu 'unggul' atas apa 'kuasa' yang ada sekali pun.Inilah 'kegerunan' serta 'bala yang besar', seolah olah 'termaktub' satu 'perakuan janji' pada jati kendiri masing masing agar, ianya bakal tidak berulang lagi untuk masa masa hadapan, serta seterusnya di hari hari yang bakal mendatang.
         Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Sungguh indah dan bijak sebagaimana diibaratkan dengan kata kata itu.Namun, jauh di sudut hati setiap insan pula, apa yang mereka inginkan.Bagaimana pula corak serta gaya yang mereka bakal persembahkan demi melihat suatu Ketamadunan Bangsa Moden ada terbentuk di kelompok Nusantara Bangsa Bangsa Bermaruah lagi Berdaulat ini.Jika dibilang pada keperibadian seseorang, sudah tentu ianya merencanakan hakikat satu sinopsis hidup peribadinya demi meski untuk sesuap nasi demi anak anak cuma dan serta demi kehidupan keluarganya sendiri.Dan, bagaimana jika ditanya pada sang bulan.Lalu rembulan akan menjawab, indah khabar dari rupa.Pun tidak mengapa, kerana paras rupa bukan ukuran lagi di zaman sekarang.Arus modenisasi zaman kini begitu canggih lagi enteng untuk berurusan di mana mana atau dengan sesiapa saja.Akan tetapi, hakikat sebenar sebuah kehidupan ini seolah olah seakan begitu mengalpakan soal konteks kepertanggungjawaban serta soal urusan Amanah yang sedia ada.Samada, dipikul atau digalas mau pun dikendong sekali pun, soalnya itu bukan perkara main main atau untuk dipandang remeh oleh pihak berwajib.Soalnya di sini, apakah sasaran sebegitu menjadi ajenda utama atau soal pengurusan yang lebih didahulukan.Timbul pula di benak golongan pihak, harus bagaimana lagi semua ini untuk diatur atau disusun demi melihat adanya suatu kepuasan atau seimbuh imbuhnya bagi mereka mereka yang benar benar mengharapkan mengikut kadar keperluan semasa di dalam arus kemodenan ini di zaman sekarang.Soal pengurusan yang cekap serta efisyen sering kita dengar ada diperdebatkan di mana mana forum atau persidangan untuk suatu penambahbaikan kepada yang sedia ada.Samada di dalam konteks sistem perhubungan mahu pun sistem pengurusan itu sendiri.Tinggal lagi kita, yang sehari hari saban waktu menunggu umpama menunggu buah yang gugur sehinggakan pungguk merindukan bulan seakan tertawa bila melihatnya.Apakah ini caranya kita berkomunikasi di dalam arus modenisasi yang rata rata pada hari ini dapat dilihat di mana mana ada terdapat sistem serta alat berkomunikasi sedang kita apa, hanya sekadar mampu bergaya dengan satu gelaran sebuah Bangsa Pengguna Raya.Bercakap soal kemajuan teknoloji atau soal pembangunan sahsiah jati diri, sudah pastilah kita perlu mengambil kira itu semua.Bagaimana mungkin kita untuk berhadapan dengan mereka mereka yang telah lama mencapai kemajuan dan jauh meninggalkan kita sebagai satu gelaran yang mungkin pada waktu itu kita semua barangkali terasa segan ke diri pula untuk bertanya dan apalagi hendak mempelajari ilmu ilmu pengetahuan yang ada jika benar diperuntukkan bagi kita sekali pun pada waktu itu.Mereka sering kali seolah olah mengajak kita untuk cuba merenung kembali rentetan silam daripada segala hasil usaha Bangsa Terdahulu yang lebih awal dari kita yang ada di masa kini.Pernahkah kita terfikir berapa kerat daripada di kalangan kita yang menyedari serta menghargai segala 'jasa usaha' mereka yang terdahulu itu.Apakah pula 'bentuk acuan' Bangsa Mereka di waktu waktu yang akan datang jika benar Mereka masih lagi wujud di Alam Nyata kita ini.Atau, kita hanya sekadar terus 'mendabik dada' hanya kerana merasakan seolah olah cuba ditelanjangkan oleh Mereka lantaran gara gara kerana rasa ketaksuban daripada sikap 'keampuhan' serta 'wenang wenang' yang ada pada 'kadar tempoh' waktu tertentu.Bercerita soal mimpi mimpi indah semalam seolah olah kita seakan sedang 'mewacanakan' suatu 'angan angan yang tak sudah' setelah kita bertungkus lumus berusaha dan 'hasilnya' hanyalah sekadar 'tontonan' atau tinggal sebuah 'harapan' semata mata.Kita pastinya, tidak dapat tidak, semahu mahunya hendak membuktikan, 'Bangsa Kita' berada pada 'teras jati' yang benar benar 'meyakinkan' kita sendiri, terutama.Dan kita pula, ingin juga mencapai kejayaan, pada 'dasar' perancangan serta pelaksanaan dengan begitu memberangsangkan mengikut sebagaimana, yang telah diperuntukkan 'dengan kadar' semampu mungkin bagi kita.Ada pun, kitalah yang bakal mencorakkan setiap 'bentuk acuan' dan 'warna warna' pada 'pembentukan hasil' yang bakal kita 'nikmati' di suatu hari nanti.Pada waktu itu, hidup ini adakalanya dirasakan, seakan begitu 'mencemburui' detik detik waktu yang bergerak dengan begitu pantas, dalam 'menghambat kedewasaan' hari hari yang akan dilalui.

RANTING RANTING HIDUP INIWhere stories live. Discover now