GERHANA DI BUMI SENDIRI

7 1 0
                                    

        Mengenang kembali kisah kisah kehidupan semalam, kadang kala membawa diri kita untuk merenung sejenak, akan nasib diri sendiri, di dalam periwayatan perjalanan kehidupan di masa nan lalu.Ada pun, hidup ini kadang waktu sedikit memberi pengertian yang kurang jelas, di dalam kenyataan sebenarnya yang memungkinkan, diri kita warga penghuninya terkadang, menjadi sesat dalam keterpaksaan.Namun pula, dalam pada itu, kita juga yang sering seolah olah mengingkari kebenarannya.Bagaimana mungkin, kita mampu menentukan detik detik waktu semalam bakal menjadi satu rialiti, sedang kita telah pun begitu tergamak mengabaikannya.Lantas, apalagi di waktu waktu, untuk yang akan datang pula.Jika sekira benarlah, segala perkiraan dan perhitungan kita selama ini, konon kononnya betul belaka.Mengapa pula kita sendiri yang sering mengeluh kesah, sedang kita seolah olah, mendakwa kitalah pihak yang lebih benar.Dan mengapa perlu menuding jari kepada pihak lain.Yang sudah tentu sama sekali, langsung tidak mempunyai apa apa dosa bertanda.Jauh lagi dari itu, pada landasan paksi kebenarannya.
        Timbul di 'laman akal fikiran' serta akal budi' diri kita seolah olah, satu 'tanda soal' yang amat menggerunkan di dalam hidup kita, sehari hari.Belum lagi, tatkala disoal Malaikat dengan bertubi tubi.Bagaimana kita mampu menguruskan soal hidup ini bagi memenuhi tuntutan semua pihak.Tidak usah kita persoalkan tentang masalah dasar luar samada masalah fiskal atau pun faskal.Soalnya sekarang, bagaimana masalah dalaman diri serta keluarga kita di saat ini.Sememangnya, ianya ternyata kelihatan sedikit menjengkelkan.Kedengarannya seolah olah suatu cubaan yang begitu menjelekkan bagi kita.Namun, pada dasarnya, ia adalah suatu permasalahan tidak terkawal yang seharusnya ditangani dengan penuh hikmah serta lebih bijaksana.Dalam rata rata dan di mana mana sahaja bercakap soal kepentingan Umum demi di waktu akan datang.Dengan segala wawasan serta perancangan masa depan.Kita di rumah, bagaimana pula? Apakah sudah mampukah kita bercakap soal itu semua? Atau, terpaksalah kita berhipokrasi terpimpin lagi demi, kesinambungan wawasan kalut dan beritorik itu, yang sama sekali tidak mampu menjanjikan apa apa? Harus pada siapa untuk kita mengadu lagi? Di sini, kita seakan nyata terleka.Kita menetap di sebuah perkampungan yang rata rata majoritinya Bangsa Melayu.Tempat penginapan pun, milik sendiri atau disewa daripada, pun Orang Melayu juga.Segala hal perkara, ada pihak layak menangani dan serta bertanggungjawab ke atasnya.Tinggal lagi, Orang Melayu saja, entah ke mana pula perginya.Ada Negara, namanya pun Melayu.Ada bangsa, namanya pun Melayu.Ada rumpun, pun Melayu juga.Tapi, entah kenapa, bila time masalah timbul sedikit, sudah mula hilang entah ke mana.Tinggallah kasih tinggallah sayang.Tinggallah Ibu tinggallah Bapa.Demi jalan selamat hamba tak tak turutkan.Timbul pula satu tanda tanya di sini.Ke manakah akan dibawa hati nan lara ini? Jikalau rumpunlah, rumpun apa? Jikalau bangsalah, bangsa apa? Atau, ada pula satu dasar baru demi untuk negara.Tapi, dasar macam mana pula? Sudahlah baru masalah sekecil itu pun kecoh saja, mengalahkan malapetaka dahsyat yang datang melanda.Timbul lagi persoalan di fikiran rasional kita dan pada ketika ini, adakah kita pernah dibentuk untuk bersikap keAkuan atau bersikap engkau engkau aku aku? Tidak pernah terlintas dibenak fikiran sebelum ini, jika ada terdapat apa apa konsep atau pendirian sebegitu selama ini.Seingat ingat, kita sebuah Rumpun Bangsa yang berakhlak hati Mulia lagi terpuji sifat sifat pembentukan sahsiah jati diri pada sebuah Bangsa Berdaulat Merdeka lagi Mulia.Kita tidak meletakkan sembarangan pada asas dasar fiskal pada Jati Bangsa kita ini selama berada di dalam sebuah Negara Merdeka lagi Berdaulat sifat pembentukannya selama lama ini.Menyedari hakikat itulah, kita, seakan terpanggil serta tergerak hati pula hendak mencapai apa apa yang dicita sebagaimana tersebut selama ini.Daripada situlah, kita telah terkenal sebuah Bangsa Membangun di dalam sebuah Negara Majmuk sehinggalah dikenali di persada antarabangsa.Apakah kita semua sudah lupa akan ini semua? Atau, setiap perubahan demi perubahan itu ada tanda berbeda beda.Sehinggakan, kita sendiri pula terpaksa, dan akhirnya tersesat serta binasa hanya kerana, gara gara berebut kuasa konon kononnya.Walhal, pada hakikat sebenar, tiada sesiapa pun yang pernah tahu.Tiada sesiapa pun, orang lain yang mengambil peduli.Jika bukan kita, ahli keluarga kita, sahabat handai kita, rakan taulan jika ada, dan kawan kawan atau serta dengan pihak sendiri sahaja semata mata, yang turut sedia ada berserta bersama di dalam tempat tinggal kita.Atau, di dalam sebuah Negara, tempat kita serta ahli keluarga kita untuk turut bernaung, di bawahnya.Kita sebuah Bangsa Merdeka lagi Berdaulat.Dan pula, kita tidak pernah mengenal erti sebuah penghinaan di Tanah Air kita sendiri, selama hayat dikandung badan, oleh mana mana di kalangan pihak kita sendiri selama sebelum ini.Apakah kita begitu tergamak dan sampai hati pula, hendak melihat ada di antara kita semua ini hidup bermasam muka sesama mereka hanya gara gara kerana begitu taksub hendak memiliki segunung intan.Pada hal, tak usah kata, segunung intan.Sebesar busut pun, belum tentu lagi mampu.Jika kita masih mahu meneruskan gaya kehidupan sebagaimana disebut sebut, seperti anjing dengan kucing.Itu pun, tak apa lagi.Yang lebih dahsyat dari itu pula, tidak ubah seperti seekor anjing dengan bayang bayang rupa lagak gayanya.Mungkinlah kita selama sebelum ini, tidak begitu tergamak hendak berbunyi kepada pihak pihak tertentu di dalam soal ini.Namun, jika tidak kita sendiri cuba memperbetulkan segala persepsi serta impresi sumbang yang ada di sesetengah golongan di kalangan masyarakat kita dewasa ini.Habis! Siapa pula agak agaknya yang begitu berani datang menyibuk, atau sekadar hanya untuk mengada ngada sahaja sekali pun, di dalam Kampung Halaman kita itu nanti.Jikalaulah benar, bukan kita yang berKewajipan, atau selayak dipertanggungjawabkan pula, ke atas apa apa sahaja perkara jika ada berbangkit, di suatu hari kelak, nanti.Kehidupan, bolehlah diibaratkan seperti satu pelaburan, selama sehari hari kita semua, ini.Dan kitalah pelaburnya.Namun, di dalam waktu yang sama.Kita, seolah olah merasa gerun dan gentar, apakala bila menghadapi sesuatu risiko, yang ada datang melanda.Tinggal saja, satu tanda soal di situ.Bagaimana pula dengan segala kelayakan dan beserta pula dengan segala kuasa yang jika masih ada? Sementelah, semua pihak merasakan seolah olah dinafikan secara tiba tiba atau dengan mengejut.Sedangkan, tidak pernah ada, walau seorang pun di kalangan di antara sesama kita semua, hidup di dalam keterpaksaan, lantaran konon kononnya telah dizalimi, sekurang kurang.Walhal, sebenarnya, hasil daripada perjuangan amat berbeda dengan hasil dari segala sengketa perkara yang semua pihak maklum betapa ianya amat membencanakan kepada sesiapa sahaja.Dalam hal perkara sebegini, bagaimana hendak ditangani? Mungkin tidak ada sebarang pihak pun yang bakal tampil pada saat dan ketika itu.Pasal apa? Pasal tak ada sebarang upah imbuhan bagi mereka untuk menyelesaikan kerja kerja halal diharamkan itu.Kenapa halal haram? Kerana mereka memikirkan soal bakti dan jasa itu sebagai suatu pengorbanan tidak ternilai pada mereka.Walhal, ianya amat tidak bernilai langsung.Dan, jika ditilik tenung, mereka sendiri jugak yang tergamak memutarbelitkan segala hal perkara demi mendapatkan walau sedikit ganjaran daripada mana mana pihak.Inilah kehidupan.Kata mereka.Inilah perjuangan.Kata mereka.Dan inilah pembohongan.Pun, kata mereka, pihak yang sama itulah, juga.Siapa pula, sebenar benar pihak bertanggungjawab? Tapi, dipertanggungjawabkan, pula!#$#&/#&!!!!?

RANTING RANTING HIDUP INIWhere stories live. Discover now