TAK BEGITU, BEGINI!

9 1 0
                                    

         Makanan lazat lazat adalah suatu hidangan yang enak serta berkhasiat.Kata orang cerdik pandai, semenjak zaman dahulu kala.Zaman sekarang ini, mereka bilang apa dan macam mana, agak agaknya? Atau, tak membilang langsung pula, barangkali.Apa apa pun, mulai start hari ini, mari kita cuba bilang.Kita hidup di Dunia ini, macam macam ada.Daripada sekecil kecil benda sehinggalah sebesar mana sekali pun.Soalnya, sekarang.Habis, apa ke menda pula kita hendak membilangnya? Hutangkah?
Penghutangkah?
Sipiutangkah?
Pinjamankah?
Pegurup wangkah?
Cetikah?
Ah longkah?
Pemeras ugutkah?
Pihak mana yang ada kaitan dengan yang tersenarai di atas, merupakan pihak penyelesai dan juga pihak meracau di dalam sektor pembuatan di masa kini.Ada lagi.Saja , belum disenaraikan.Pasal apa? Pasal papan tanda senarai kenyataan tidak cukup ruang.Jika hendak dibilangkan, harus hingga ke Subuhlah kita jenuh membacanya.Tak gitu?
        Oleh itu, marilah kita sama sama cuba bermuhasabah sejenak.Barang akal fikiran kita yang ada dikurniakan Tuhan untuk sementara ini, seelok eloknya, demi segala kebaikan diamalkan kita semua, dan juga demi untuk kita dan anak anak serta ahli ahli keluarga kita yang lain pula nanti.Kita ini, sama anak anak tidaklah golongan puak yang sengkek sangat.Dan, kita taklah tergamak untuk bersikap bakhil dengan mereka semua.Namun, apakah muslihatnya pula.Sehinggakan kita pula yang seolah olah terpaksa mengemis daripada mereka.Walhal, anak anak di ketika mereka kecil dahulu, tidak pernah diberitahu kita, yang mereka telah saja dilahirkan oleh Ibu mereka.Yaitu, Isteri kita sendiri, dan bukan isteri orang lain.Mereka tahu serta sedar yang mereka semua telah dilahirkan.Ada Ibu dan Bapa.Mereka tidak dinafikan apa apa untuk selama lama.Namun, kebelakangan ini, mereka seolah olah terlupa dan terleka kepada kedua dua Orang Tua yang masih ada.Tapi, jika mana mana Orang Tua yang suka sangat buat fiel dan suka buang tebiat tu, harap maklum sajalah.Mereka golongan As- Sabirin itu, tiada pengecualiannya pula.Rambut sama hitam tapi hati lain lain. Faktor usia pula, bagi kedua dua Orang Tua adalah tidak terhad selagi mereka bergelar Ibu dan Bapa.Ada terdapat Syarat Rukun bagi sesebuah Rumahtangga yang sememangnya dibentuk sebegitu rupa dan bukannya hanya untuk sekadar sia sia.Ada tugas yang sedang menanti.Ada habuan pula setelah digalas.Pun bukannya demi pihak asing.Ianya ada semata mata, demi melihat suatu kesinambungan Dasar Kebangsaan yang sedang dan telah kita bina selama lama sebelum ini.Jika nak ditunggu tidur sebantal, nak buat apa.Dah, jika mimpinya pula lain lain.Masalah yang timbul dan juga kesan daripada itu atau implikasinya di sini ialah, masalah penerimaan anak anak terhadap Kewajipan Orang Tua mereka.Dan, masalah lain pula ialah.Anak anak yang tidak pernah diajar atau diberitahu tentang soal Kewajipan mereka pula.Ini, ada hubungkait juga dengan permasalahan sebenar, yang kita sedang cuba rungkaikan bersama semenjak zaman dahulu sehingga sekarang.Tapi, tak juga selesai selesai.Pasal, masih ada lagi golongan manusia yang suka sungguh beranak ramai.Rezeki anak, kata mereka.Walhal, Kurniaan Tuhan itu, ada dua punca dan islahnya.Pertama, Kebaikan dan keduanya ialah Kebatilan.Mana mana terasa sedang terseleweng atau sedang cuba cuba menyeleweng, hentikanlah! Eloknya, biar berakit rakit ke hulu, berenang renang ketepian.Bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian.
Ini tidak! Tahu tahu aje, dah selesai.Mana yang belum tiba, hendak senyum pun berkira.Itulah, apa yang dikatakan budaya kuning adalah satu dasar yang wajar dihapuskan tatkala anak anak yang sedang membesar amat amat memerlukan barang sedikit tunjuk ajar daripada kita Ibu Bapa.Hari ini, bukan zaman dua puluh tahun lalu.Hari ini dan esok hari adalah, harapan bagi kita semua.Tiadalah kita di dalam sebuah kehidupan, andai semalam masih lagi bermaharajalela di saat dan ketika ini.Kita bukan hidup di dalam sebuah mimpi.Kita berada di dalam sebuah Alam Nyata.Setiap yang hidup pasti akan mati.Pasti sudah lazim kita dengar, ungkapan sebegitu.Sejak kita di zaman kanak kanak lagi, itulah ungkapan yang paling kita geruni untuk mendengarnya.Di zaman sekarang, lain pula jadinya.Seolah olah, gambaran awal yang ditunjukkan kepada kita semua, bertujuan hanya untuk menakut nakutkan kita.Cuma tidak disebut saja, kita semua sedang diperas ugut.Simpton yang bertanda dan dapat pula dibaca oleh kita, adalah jelas dimengertikan.Tinggal lagi, kita sahaja lagi yang masih memerlukan kekuatan tambahan untuk menangani semua itu.Mungkin, kita cukup mampu, jika ada terdapat tonik kuat ada dibekalkan kepada kita, demi menjaga Keamanan Bangsa dan Negara, untuk di masa masa akan datang, barangkali.Harapan kita semua, di waktu itu, kita tidaklah lagi kelihatan selemah sekarang.Atau, mungkin kita memerlukan tetikus di dalam jumlah yang besar juga, barangkali.Jika dilihat daripada sudut kaca mata lain, perlu adanya satu usaha ke arah yang lebih efisyen lagi, di masa akan datang.Salah satunya, sektor perusahaan perkilangan perlu ditambahgiatkan lagi, demi melihat adanya kesinambungan daripada pengeluaran produk produk sedia ada.Ini, ada bersangkutan juga di sektor lain, khususnya di sektor perusahaan vendor umpamanya.Barangkali, kenyataan demi kenyataan manja dan membelai, masih lagi setia bertakhta di hati, pada setiap anggota masyarakat kita, dewasa ini.Kita sewajarnya memerlukan sedikit kesedaran untuk sesuatu, pada setiap perubahan.Kadar statik yang ada diamalkan kita jika ada, mungkin sudah lapuk dan agak sudah ketinggalan zaman.Kita sudah  tidak mampu untuk bertahan lagi, bilamana ujian datang melanda.Di situ, terbentuk di setiap minda masyarakat kita, suatu keinsafan yang amat nyata dan amat mendalam pula.Seterusnya, kita merasakan perlu ada satu kebangkitan.Tatkala itu, kita mungkin sudah jauh tertinggal di belakang, hanya kerana gara gara satu amalan suka kuat tidur dan juga hidup dalam khayalan. Fenomena sebegini, seringkali menjadi punca mengapa minda anak anak menjadi semakin merosot.Terutama, di dalam pembelajaran mereka di Sekolah.Kesedaran demi kesedaran, ada terdapat di mana mana.Seperti, di Kolej Kolej atau Pusat Pengajian Tinggi Tempatan dan juga Luar Negeri.Namun, kesedaran sahaja masih tidak mencukupi bagi mengatasi simpton sebegitu.Sehinggakan, fenomena tersebut gagal meninggalkan satu kesan yang benar benar memenuhi kepada pihak pihak berkenaan.Secara positif, ianya masih mempunyai sedikit harapan untuk sebarang kebaikan bagi masyarakat kita khususnya.Lainlah jika, kita telah pun bergelar sebuah Bangsa Maju Berjaya.Kita, terbukti sebuah Bangsa Berdaulat Merdeka.Kita bukan lagi, berada pada tahap pencapaian kurang bertenaga, dewasa ini.Kita, jika dikira, sudah cukup mampu membentuk sebuah kesedaran meski, bagi kita sendiri.Kejayaan lain yang bakal diraih nanti, sudah pasti mampu menganjakkan satu anjakan paradigma, bagi pembangunan sebuah Bangsa Sedang Membangun ke arah lebih berdaya maju, dan seterusnya berjaya lagi di masa masa yang akan datang.Kita optimis bilamana kita membangun.Berbanding dengan di zaman statik yang beku membatu di zaman dahulu.Kita tidak mungkin lagi berpaling ke belakang.Apalagi membelot dan menyeleweng.Hanya kerana demi untuk mencapai suatu cita cita besar yang sekadar menjanjikan omongan kosong semata mata.Kita yang sudah celik pada hari ini, atau di pagi hari nanti, barangkali bakal mengeluh kesah kerana gara gara kelekaan hasil daripada suatu ketaksuban mimpi semalam.Hari ini adalah harapan bagi kita.Kita seharusnya tidak lagi leka dan membuang masa terbiar sebegitu saja.

RANTING RANTING HIDUP INIWhere stories live. Discover now