RAGAM SERTA FIEL KITA

7 2 0
                                    

♡2♡
*****

        Pernah di satu ketika dahulu, Nenek Moyang kita, ada mengajar barang sedikit, tentang ilmu petua, sebagaimana mengikut Adat, serta Budaya Bangsa Kita.Ada pun di masa kini, kitalah pula yang menjalankan Kewajipan tersebut, demi ahli serta keluarga yang sedang kita bina ini.Satu 'Tauladan' terpuji, yang ada terdapat pada Rumpun Bangsa Melayu kita pada hari ini adalah, memiliki Kebijaksanaan dalam 'menyusun' serta 'mengatur langkah' di 'Bumi Asing'.Sehingga ke hari ini, detik dan waktu ini, kita 'masih lagi' 'mampu' bermegah serta berbangga, menjadi 'sebahagian' daripada 'kelompok' Rumpun Melayu, di dalam Dunia ini.Namun, pernahkah kita terfikir pada hari ini, tentang 'sikap dan perilaku', serta tingkah dan laku 'anak anak kita', dewasa ini.Kita seharusnya sudah cukup matang dalam 'perkiraan'.Kita juga sudah cukup arif, dalam 'penilaian perhitungan'.Kita tidak mungkin sekali kali 'meletakkan', apa apa kepentingan peribadi di tahap serendah rendah 'taraf dan darjat', mengikut sepertimana rambang akal fikiran kolot yang telah ditinggal 'zaman', sejak bertahun dulu.Memang benar, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.Namun apakah 'wajar' pula bagi kita, suatu Rumpun Bangsa yang 'disebut sebut' sebagai sebuah Rumpun Bangsa Bermaruah Berdaulat, hanya sekadar 'mampu tersenyum' megah di 'celah celah lorong sunyi', 'hasil' peninggalan daripada bilangan jumlah arwah arwah keturunan terdahulu, semata mata? Atau, kita sudah mempunyai daya keinginan yang begitu 'menebal' semenjak kebelakangan ini.Sehinggakan, kita merasakan kita sudah begitu mampu, untuk menakluk gunung diawan.Walhal, 'demam kefakiran' bergelar 'golongan rakyat termiskin' di 'antara' kalangan, yang membelenggu 'identiti jati diri', 'sebuah Bangsa Kita', pada waktu ini, belum dapat membengoh, dan, masih lagi belum keboh.Apakah kita, sudah cukup 'gagah' untuk menyapu awan dilangit? Di fikiran kita, pada ketika ketika waktu begini, tiada lain, melainkan bertanya pada panglima gagah perkasa.Umpamanya, Laksamana Hang Tuah serta lima saudaranya.Umpamanya, Puteri Gunung Ledang serta 'ilmu saktinya'.Atau, kita mungkin barangkali 'tergamak' juga bertanya, pada si Badang dengan 'kegagahannya', itu.Habis, bagaimana pula dengan 'diri kita' di sini? Apa sudah layakkah, sebuah Bangsa Kita 'teruji', hanya sekadar dengan 'gelaran' semata? Apakah sudah terhapus segala 'kelaparan' serta 'kebuluran' dengan cukup sekadar 'bergelar gelar'? 'Pokoknya' di sini, kita hidup 'serumpun' di dalam sebuah masyarakat yang 'berbilang bilangan', sejak dari dahulu sehinggalah sekarang, semata mata dengan 'satu matlamat' serta 'tujuan' yang diutamakan.Iaitu, mencari 'makan dan minum', 'wajib'.Seterusnya, untuk memelihara serta membesarkan 'anak anak', wajib.Dan, di pengakhiran 'detik detik waktu bilangan' itu, ada 'tanda' dan ada 'harga' yang dapat 'dinilaikan' oleh mata kasar, daripada 'daya pengamatan' sebuah Rumpun Bangsa Bermaruah lagi Berdaulat kita ini, sebagai satu 'Lambang Kebanggaan' bagi sebuah, Bangsa Kita Bertuah ini.Kita mempunyai Kewajipan.Kita mempunyai Tanggungjawab.Kita juga mempunyai Amanah.Yang sejak dahulu lagi, 'di junjung, digalas, dikendong dan dipikul' oleh Rumpun Bangsa Kita.'Tidak kira' waktu dan ketika.Tidak kira 'payah dan jerih'.Tidak kira apa bilangan bangsa dan darjat keturunan pun.Semata mata, demi melihat sebuah Rumpun Bangsa Berjaya dapat 'diwujudkan' dan ada 'terbentuk', di kalangan antara Rumpun Bangsa Kita ini, sehingga kita mampu mengorak langkah seterusnya, ke hadapan dengan rasa aman dan tenteram, serta pula penuh kebahagiaan di suatu hari nanti.
         Dewasa ini, rata rata seolah olah, seakan menuding jari tentang permasalahan, 'jika ada berbangkit' di mana mana.Lewat hari ini juga, kita sering merasakan diri kita, sedang berada di pihak yang benar.Tambah lagi, kita juga menganggap seakan, tiada sebarang permasalahan pula, untuk diuruskan, sehingga seselesai selesainya.Dalam pada itu, semua pihak seolah olah memandang setiap permasalahan itu, berpunca daripada gejala yang 'tidak sihat' yang dibawa 'mereka mereka', melalui 'saluran' tidak digalakkan oleh Pihak Berkuasa.Semua pihak, jika 'benar benar' mengawasi sistem 'pertugasan' sedia ada, sudah tentu semua gejala ini tidak akan mampu merebak, apalagi untuk menawan, di kalangan sesetengah masyarakat kita pada hari ini.
         Hidup kita, sehari hari memanglah memenatkan badan dan fikiran, bila kita bercakap soal kepertanggungjawaban di 'kalangan'.Kita sememangnya, tertuntut dengan segala 'komitmen' sedia ada, demi memenuhi kepentingan semua pihak.Tidak kira waktu dan ketika pula.Ternyatalah, kehidupan kadang kala begitu menzalimi diri, tatkala akal dan fikiran kita tidak lagi mampu, untuk mentaati akan segala tuntutan.Pada kadar 'keupayaan' yang ada, kita sudah tentu tahu dan sedar, akan kelebihan serta kelemahan yang ada pada diri kita.Orang tua tua kita, sering kali mengingatkan kita bahawa, buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali.Namun, kita seolah olah sedang mendukung, satu Adat serta Budaya yang songsang pula, bilamana lain disuruh lain pula yang dibuat. Tidak pernahkah kita terfikir, mengapa perkara sebegini sering kali terjadi, di kalangan 'antara'.Baik dari segi kebaikan Umum, mahu pun kebaikan peribadi sekali pun.Tidakkah ada di kalangan di antara kita pada hari ini, merasa begitu bosan serta cemuh, dengan segala apa yang ada terdapat di sekeliling kita.Sehinggakan, ada di kalangan sesetengah pihak di kalangan kita pada hari ini, begitu sampai hati serta tergamak pula, untuk melakukan segala 'kesumbangan' dan kesalahan, samada sekecil kecil dosa sehinggalah sebesar besarnya.Apa yang kita difahamkan selama sebelum hari ini adalah, kita 'hidup serumpun' dengan penuh Muhibah serta 'bertoleransi' sesama kita dan pula terhindar daripada segala bala bencana menimpa ke atas Bangsa Kita, sehinggakan, kita pernah dicemburui oleh mata asing di kalangan seantero Dunia, pada waktu itu.Timbul persoalan di benak akal fikiran kita pula, bagaimana dan di mana pendirian Bangsa Kita pada hari ini.Timbul pula beberapa isu serta perkara, 'berbangkit bangkit' sesama kita, yang seolah olah, kita adalah suatu Bangsa yang sering mencuri telur dari rebannya.Apakah sengkek benor ke kita? Sehinggakan, perkara 'seumpama', bertelur sebiji riuh sekampung pun, hendak dijadikan isu serta perkara, sebagai 'ajenda utama', di dalam kehidupan masyarakat kita, pada hari ini.Apakah Pihak Berkuasa agaknya, sudah tidak ada kerja lain, agaknya? Atau sememangnya, kita, 'jenis' Bangsa memang begitu, agak agaknya? Nampaknya, ini tidak boleh jadi, nampaknya! Kalaulah sudah kadok dah naik junjung, apa pula kata 'mereka'? Atau, lemah benarkah kita, sehinggakan ada sesetengah pihak, kelihatan begitu ampuh, dan sungguh tergamak pula mengambil kesempatan sebegitu ke atas Bangsa Kita, sedangkan bah lalu pun kapal tak hanyut!Timbul lagi, satu persoalan, di benak fikiran kolot kita, yang sebegitu 'perasan' benar, mahu bergelar sebuah Bangsa Moden, lewat pada hari ini.Di manakah perginya segala kehebatan dan kekuatan Bangsa Kita ini, yang di suatu ketika dahulu, bagai seakan rela bermandi darah, demi menegakkan satu Kebenaran Hakiki, lagi 'jitu berpadu', pada sebuah Paksi Asas Jati Bangsa yang bergelar, Bangsa Bermaruah Berdaulat, lagi terpuji dengan segala Akhlak Yang Mulia.Apakah segala kekuatan itu telah 'pergi berlalu', seiring dengan beserta usia yang sering saja menghambatkan kita, untuk kembali menghadapkan diri kepada Ilahi.Atau adakah, 'Ianya' ada memberi kemudahan 'skim pinjaman fiskal' pula, untuk mana mana bangsa lain, yang mungkin barangkali, terbukti lebih berhak dengan segala kelayakan yang ada, barangkali? Sehingga, kita sendiri pula tergamak dan seakan akan 'relahati' pula untuk membawa 'gelaran' sebagai Bangsa Dungu, lewat di alaf abad ini.Walhal, bertahun lamanya, Bangsa Kita ini telah memupuk 'segala yang ada', 'demi mencapai cita cita tersebut'.Apakah tergamak pula kita nanti, untuk merobekkan Hati Jiwa Bangsa Kita sendiri ini hanya untuk dek 'kerana'.Apakah sudah tidak ada 'cara' lainkah bagi kita, untuk 'menilai serta mempertimbangkannya'.Atau, sudah tidak ada 'jalan' lain pulakah bagi kita untuk 'menyelesaikannya'.Kata orang, jika kita ingin tahu meski serba sedikit, apa apa 'duduk perkara' atau 'citarasa' sekali pun, seelok eloknya, tepuklah dada sendiri dan tanyalah selera sendiri juga. Dan janganlah ditanya pula pada orang lain.Sedangkan, 'kita yang tergigit lada, kita sendiri terasa pedas'! Janganlah pula nanti dikatakan dek orang.Kokok berderai derai tangan penuh bergelumang tahit.Ikutlah 'resminya Orang Kita'. Mendongak ke langit  rerumput pula dilupa jangan.
        

RANTING RANTING HIDUP INIWhere stories live. Discover now