Seharusnya, kita semua menginsafi pada sebuah rentetan peristiwa hidup kita, dengan segala amalan kita yang, terdahulu itu.Bagi menginsafinya pula, kita yang dengan penuh kesedaran sewajarnya bergerak pada satu landasan Jalan Kebenaran Hakiki di mana, kita sama sekali tidak akan merasa goyah serta sangsi pada diri.Kita sudah tentu pasti, pada keupayaan serta kemampuan yang ada pada diri kita sendiri.Di samping itu, kita juga seakan sedang membawa satu wadah perjuangan bagi pihak.Sedang, adakah kita dibantu mereka? Atau, apakah wajar kita membiarkannya sebegitu saja? Persoalan sebegini, sering saja melanda di ruang laman fikiran anak anak muda, dewasa ini.Kita, sebagai Ibu Bapa, tidaklah pula.Entah kenapa.Persoalan ini, sedikit menimbulkan satu tanda tanya pada kita yang telah, dan sedang menyedarinya.Pertanyaan demi pertanyaan sering dihambur dengan segala macam kata kata yang agak kurang elok jika didengar.Namun, persoalan tetap tidak terjawab oleh kita.Seolah olah, ianya suatu kesalahan yang dilakukan kita.Persoalannya lagi di sini ialah, siapa pula yang punya angkara? Kalau bukan di kalangan kita.Jika benarlah bukan kita melakukannya.Atau, jika benarlah orang lain yang melakukan.Kenapa bukan kita pula? Sedang, segala macam peruntukan beserta rezeki Tuhan, untuk kita semua.Tak usahlah kita bercakap soal Bahasa Tuhan, lagi buat sektika di sini.Habis tu! Bahasa apa, agak agaknya? Yang dipandang, disaksi, dilihat, ditonton, didengar, bahkan disebut sebut, selama ini, bukan tentang orang lain.Kita sesama kita sendiri.Mana ada orang asing di kalangan kita selama ini.Tup! Tup! Bila terdapat sedikit kesalahan, tiba tiba, orang lain dipersalahkan.Macam mana? Soal Kebijaksanaan di dalam konteks ini, sedikit tidak menampakkan ciri cirinya.Pengetahuan yang ada atau terdapat pada kita selama ini seolah olah dianaktirikan pula.Sedang, kita semua amat dituntut untuk mengamalkannya pada setiap masa dan ketika.Segala jasa dan bakti serta pengorbanan Orang Tua kita, seakan tidak dihargai pula.Sedari kecil, kita dididik serta diasuh dengan sebegitu rupa.Apakah hanya sekadar untuk memejamkan mata dan telinga sahaja? Adakah segala yang diperolehi kita selama ini, hanya sekadar untuk dilepaskan batuk ditangga semata mata? Sedang, pengamal perubatan pula sudah ramai bersara.Kita pula, tidak habis habis, meletakkan kesalahan terhadap sesama kita.Kenapa? Pasal, semua pihak menafikannya.Pasal, ramai pihak merasa sangsi terhadap sesama kita.Sedang, mereka sendiri yang memberi kerugian.Atas segala jasa dan pengorbanan kita.Wang Ringgit kita.Titik peluh kita.Usaha kita.Idea kita.Siang malam kita.Air tangan kita.Apalagi? Banyak! Tak terhitung untuk kita membilangnya.Pun pasal, kita tidak tergamak membilangkannya.Mungkin pasal, bimbang kalau kalau takut habis.Atau, bimbang takut kalau kalau dipersalahkan, barangkali.Hendak dikata kedekut, tidak! Hendak dikata penyayang pula, pun tidak! Mungkin, untuk berjimat, barangkali.Kita yang bersuku sembang sehari hari selama ini, habis untuk apa? Barangkali, untuk memberi sedikit kesenangan pada pihak pihak yang cuba memperdaya, agak agaknya.Jasa serta bakti mereka untuk kita semua, katanya.Namun begitu sekali pun, ada juga benar cara cara mereka itu, sebenarnya.Pun, kita tidak menolaknya mentah mentah.Cuma, akibat atau implikasinya sahaja, sedikit memperlihatkan kesukaran pada kita.Kita hidup, hendaknya menjaga segala yang ada, demi, untuk menghirup udara segar serta nyaman bagi kita.Namun, di samping itu pula, kita sanggup mengusahakannya.Pun, untuk kita juga.Manakala jikalau adalah pihak lain umpamanya, pun bukan demi untuk orang lain.Untuk kita sendiri juga, sebenarnya! Cuba kita renung sejenak.Soal konsep atau rancangan kita terdahulu.Ianya ada bersangkutan dengan kadar jumlah inflasi menimbun yang cuba mereka atasi pada ketika itu.Kita juga, diajak sama.Bukan diketepikan sebegitu saja.Barangkali, kita semua terlupa agak agaknya.Yang kita sendiri membina dan kita jugalah yang mengusahakannya.Tup! Tup! Sejurus bangkit, kita seolah olah dinafikan hak.Harus bagaimana, untuk kita meneruskan servival? Jika benarlah, telahan ini seakan cuba dirialisasikan oleh mereka.Sememangnya, kebuntuan bukan suatu yang absoluted sifatnya.Itu, kita semua tahu.Kita sanggup mengakui, serta pula sanggup bersama sama berganding bahu, demi melihat suatu keutuhan dan kekuatan, ada terdapat pada kita, sebagai sebuah Bangsa Berjaya.Kita seharusnya, tidak membelakangkan atau menafikan suatu Kebenaran sementah mentahnya.Kerana apa, kerana kita sememangnya tidak pernah tahu apa yang ada di sebalik tersiratnya suatu Suratan dari semenjak Azali lagi.Dalam pada itu pula, kita sering kali disarankan.Bagaimana? Mengapa? Atau, siapa? Jawapan bagi persoalan ini, ada pada diri saudara saudari sekelian yang ada, jika telah membacanya.Percuma saja, dan bukannya kena bayar apa apa! Bukannya, seperti suatu pinjaman, saudara saudari sekelian.
Kita hidup, sering saja dianjurkan agar sentiasa bekerjasama sesama kita semua.Bukan sahaja daripada Pihak.Bahkan, daripada semenjak kita di zaman kanak kanak lagi.Samada, oleh kedua Ibu Bapa atau pun Guru Guru.Saya sekadar mengajak kita semua merenung bersama, untuk seketika di sini.Mungkin ada yang terlupa barangkali, di antara di kalangan kita, lewat pada hari ini.Harus, bagaimana pula? Jawapannya, pun ada terdapat pada diri saudara saudari semua jugak! Manakala jika ditanya pada diri orang lainlah katakan.Pun, mereka tetap menyuruh kita mengkaji serta mendalaminya semula.Pun, sendiri jugak! Pasal, kita sendiri yang melalui pengalamannya, dan bukannya orang lain! Oleh itu, mana mana pun, kita sendiri jugalah yang tahu serta sedar, betapa segala amalan yang baik itu, membawa suatu Hikmah serta Tauladan berguna bagi kita tidak mempersia siakannya sebegitu saja, di kemudian hari kelak.
Di dalam kehidupan sehari hari kita ini, ada terdapat banyak Hikmahnya.Saja kita, seolah olah cuba mengabaikannya.Lihat saja pada Langit.Lihat saja pada Bulan.Lihat saja pada Matahari.Awan berarak sehari hari tetap juga mengsyukuri kehidupan, bilamana dengan begitu setia menurunkan Hujan dari Langit, bila tiba waktunya.Bagaimana dengan diri kita nanti? Apakah sudah cukup bagi kita bersyukur selama lama hidup ini? Atau, kita sudah jauh meninggalkan pembangunan yang diimpikan selama ini.Seolah olah, kita sebuah Bangsa yang telah lama berjaya mencapai kemajuan pesat membangun sebagai sebuah Bangsa Negara Maju Berjaya.Ini bukanlah suatu sindirin bagi kita mengapi apikan terhadap mana mana pihak.Akan tetapi, ianya bersifat suatu renungan bagi kita menyedari, dan seterusnya menginsafi diri untuk seketika sekali pun.Demi melihat betapa segala jasa dan bakti serta pengabdian pengorbanan Bangsa Kita selama ini, tetap juga terimbuh.Jika segalanya itu tidak dikenang oleh sesiapa sekali pun.Bagi kita, sesuatu Kebaikan tetap dibalas dengan Kebaikan.Itulah satu Ketetapan Janji yang terpatri semenjak Azali oleh Tuhan Rabbul Alamin.Namun begitu, kita hidup di dalam sebuah Negara yang berbentuk Multi Ratio sudah pasti tahu serta sedar akan segala implikasinya.Apalagi, untuk demi kemudian hari nanti.Di sini kita seakan sering diingatkan.Di sini seolah olah ada tanda yang sama sekali tidak diabaikan oleh sesiapa.Apalagi, mana mana pihak sekali pun.Kesedaran ini, seharusnya wujud di kalangan Bangsa Kita sehingga ke akar umbi dan terus menjalar sehingga bila bila.Yang pasti, kita di hari ini, belum pasti akan apa yang bakal berlaku di satu hari nanti.Itu pasti, meski segala perancangan stratejik yang jika ada kita sediakan sekali pun.Barang yang pasti dan jelas dapat dibaca inilah, suatu wadah yang telus lagi sahih bagi kita untuk mengamalkannya.Begitulah perancangan daripada kita semua.Demi, untuk anak anak jenerasi di masa yang akan datang.Di kala itu, kita hanya sekadar mampu mengharapkan daripada mereka.Enjit enjit semut siapa sakit naik atas.Kata orang berpengalaman serta bijak bestari sejak dahulu.Kita pula, di waktu ini, cuma sekadar bermegah dengan satu Konsep Amalan Ikut Ikutan.Di mana bumi dipijak dan disitu langit dijunjung.Pun kata mereka terdahulu.Kita apa? Ikut ajelah! Banyak cakap, tiada guna jugak! Sehingga kini, kita merasakan seolah olah kita telah ditawan serta dijajah.Walhal, semua pihak sudah maklum.Bahawa sebuah Bangsa Kita ini, telah lama mencapai Kemerdekaan.Usaha kita, perjuangan kita adalah demi untuk sebuah Bangsa Merdeka.Yakni, kitalah sebenarnya.Dan bukannnya orang lain.Sejarah tidak mungkin terulang.Namun, dalam pada itu, masih ada lagi pihak sentiasa berwaspada dan berhati hati serta berjaga jaga.Mengapa? Dan, persoalan begini adalah secara percuma juga untuk sedara sedari bagi menjawabnya.Kita sebenarnya, kaya dengan pengalaman.Dan jika di tambah pula dengan sedikit Ilmu Pengetahuan maka, kita semakin bergelar bertambah kaya, pada hemat perasaan.Kita tidak mudah goyah.Kita tetap merasa yakin.Dengan itu jawapannya adalah berupa suatu Kebaikan daripada kita semua.Yang mungkin barangkali bakal menjadi suatu Contoh Tauladan serta Ikutan bagi mereka mengamalkannya, seterusnya di suatu hari nanti.Moga moga, segala jasa dan kebaktian yang ada, kita semua bakal memperolehi suatu ganjaran yang adil serta setimpal lagi penuh dengan Bijaksana, harapnya.Barang yang baik tetap dikembalikan dengan penuh Kebaikan.Barang yang tidak, pastilah diamalkan jangan.Itulah suatu Lambang Kebenaran.
YOU ARE READING
RANTING RANTING HIDUP INI
Random@Qalby.com @HasanatulQalby.com prevent.com @prevention2008.com @idsideal.com metoo.ctoo@ @metoo.com Mokhtar6981 mokhtarabdullah@69gmail.com @same2U.com SAME2U.COM #Aku Bercakap Pada Dasar. DENGAN, penuh rasa rendah diri, serta bersyukur Aku menadah...