ATAS PERMINTAAN RAMAI

4 1 0
                                    

       

        Di atas pendapat dan buah fikiran saudara saudari serta di atas permintaan yang ramai.Di sini, saya sukacita mencuba dengan segala yang ada di benak akal fikiran serta hati nurani saya, untuk mengilhamkan sesuatu yang sedikit lebih bermakna, lagi bererti bagi manfaat semua pihak.Selama kita berhimpun serta berjemaah, dengan sering membaca apa saja artikel yang ada di laman ini, saya sedikit percaya dan serta merasa yakin pula, untuk di masa masa akan datang.Ya! Ternyata benarlah.Perkara yang teruji akan bakal menghasilkan sesuatu yang lebih baik dan bermutu bagi barang siapa menyedarinya dengan penuh keinsafan.Menyedari hakikat ini, saya percaya, kita sudah sedia maklum, segala implikasi yang bakal timbul serta impaknya pula, barangkali mungkin memberi sedikit kesan yang agak ketara.Tinggal lagi, samada ianya bersifat baik atau pun, berbentuk sebaliknya.Dalam pada itu pula, kita seakan terpanggil untuk menyahut seruan demi seruan, bagi memenuhi segala permintaan di dalam apa saja bidang, malah dengan kemudahan yang ada di masa kini, dalam apa saja sektor sekali pun.Saya, secara peribadi diri saya percaya, lambat laung kita akan berjaya dengan usaha serta tekad yang tinggi bagi mencapai cita cita tersebut.Sememangnya, mat jenin terjun dengan labu labunya. Tetapi, itu dulu! Cuba kita merenung sejenak untuk seketika waktu.Apakah salah dan silapnya si mat tersebut? Apakah kita tidak cukup berani untuk melakukannya? Atau, sememangnya kita, dilahirkan dengan kadar keupayaan sebegitu rupa.Maka, dengan lemah, kita pun haruslah berserah dan lalu bersuyukurlah kita kepada Tuhan Rabbul Aalamin, dengan keberhasilan yang tidak seberapa itu.Di mana benarnya, pegangan serta pendirian yang ada pada diri kita sekarang? Apakah selama ini, setelah kita jenuh bersyukur serta memunajat kepada Tuhan, maka kita sudah pun diterima dengan segala amalan? Kita sebenarnya kurang pasti di dalam Hak Hakiki ini.Kerana apa, kerana kita dicipta dan dijadikan untuk melakukan segala Kebaikan atas saranan serta tuntutan Tuhan yang demi kebaikan pula bagi kita semua.Dan, bukan untuk segelintir beberapa kerap yang ada di antara di kalangan kita sahaja.Ramai lagi, Tuan Tuan dan Puan Puan.Sedara sedara sekelian! Kita hidup sehari hari bukannya umtuk demi segelintir pihak semata.Kita ada Kewajipan pun, bukan untuk beberapa pihak berkepentingan segala semata.Kita semua ada tugas serta tanggungjawab! Yang dipikul, digendong, digalas, dijunjung pun, ada Hak untuk masing masing.Bukannya pula, Orang Lain! Anak dan Isteri serta ahli ahli kemanakan kita sendirilah jugak! Pasal apa perlunya kita hidup bermuka muka? Sedang bah lalu kapal pun tak hanyut.Di mana agaknya semangat keberanian diri kita di kala ini?Di mana perginya Semangat Jiwa Bangsa di Negara kita ini? Apakah, sudah cukupkah bagi dengan menghirup segala udara yang ada pada hari ini?Dan hari esok pula, Orang Lainlah pula punya kerja? Ke mana perginya Semangat Patriotik yang ada selama ini? Sedang, sampah hanya setimbun pun, kecoh saja hingga Tranung! Bukannya ada  salah sesiapa pun di sini.Kita tidak dibenarkan sekali kali, cuba meletakkan sebarang kesalahan, walau sebesar mana pun, terhadap diri Orang Lain.Kita semua, sedia maklum.Walau sekecil kecil kesalahan sekali pun, bukannya Kewajipan dan Tanggungjawab Orang Lain.Tak usahlah pulak ditanya pada orang yang sudah meninggal! Itu...Kes naya, namanya! Terimalah ini sebagai satu gurau senda loka sahaja, sedara sedari.Namun, jauh pada itu.Sebenarnya adalah benar benar wajar diinsafi pula oleh kita, bagi Kesedaran semua pihak.Kita bukannya hidup baharu sebentar tadi.Sudah agak lama sudah! Cuma kita sahaja yang semahunya cuba hendak mengabai serta melupakannya pula.Konon kononnya, kita seolah olah lambat lagi akan mati.Meski pun, ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Namun, dalam pada kita semua menginsafinya sehari hari.Janganlah pula, kita cuba mengabaikan Kewajipan itu terhadap Orang Lain.Apalagi, anak anak cucu kita serta ahli keluarga dan jiran tetangga kita pula.

RANTING RANTING HIDUP INIWhere stories live. Discover now