Pada jam berapa serta hari apakah, kita telah dilahirkan? Mungkin tidak semua dapat menjawabnya dengan tepat dan pantas.Pasal apa? Pasal kita ternyata kurang mengutamakan sebarang kepentingan, pada pengawalan pengenalan diri.Tahukah anda, tarikh dan hari apakah pula, mula mula kita masuk ke kelas mengaji Kitab? Pun, mungkin kita tidak menduli cakna juga.Pasal apa? Pasal yang sama saja.Kadang tu, kita hanya sekadar melepaskan batuk ditangga, di dalam soal begini.Fardhu Khifayah, merupakan amalan mencari serta mengumpul zat zat Tuhan untuk kesejahteraan tubuh badan, pada hemat dan secara Prinsipnya.Fardhu Ain pula, pelengkap segala amalan yang difardhukan bagi kita bersendirian, dan menganjurkan bagi kita mentaati dengan berkumpulan, atau secara berjemaah.Ini adalah, bermatlamat serta bertujuan dan ada bersangkutan juga, dengan amalan itu sendiri.Kita juga disarankan agar berkerjasama, bantu membantu, bertolak ansur serta bermaaf maafan sesama di kalangan para jemaah yang berkumpul, pada samada setiap hari mahu pun, pada setiap minggu sekali.Umpamanya, seperti Ibadah Berjemaah Solat Jumaat, pada setiap hari Jumaat.Bersembahyang untuk lima waktu sehari semalam pula, mampu menjernihkan hati kita, daripada noda noda dan kekotoran yang ada, pada jasad tubuh badan kita.Dengan amalan berwhuduk, kita sudah pun memperlengkapkan amalan bersuci tubuh badan, sehingga sebersih bersihnya.Kita tidak pernah lalai dan leka, di dalam amalan Ibadah Solat.Di sini, betapa absoluted segala amalan kita itu, dan serta mampu pula mencerminkan keperibadian di setiap yang mengamalnya.Bezatara antara, jelas dapat dilihat pada wajah wajah Keimanan, di setiap individu yang mengamalkannya.Di sini, dapatlah kita simpulkan, segala amalan mengikut setiap waktu itu, lebih memberi peringatan serta kesedaran kepada kita.Ianya mampu pula, membawa kita ke arah satu tujuan serta matlamat, yang kita sasarkan.Bertepatan juga, dengan rentetan waktu yang berputar.Tidak sekali kali kita terleka, dan apalagi menjadi pelupa, dengan amalan yang sedemikian itu.
Bangsa Bermaruah adalah merupakan teras jati, bagi sesebuah Bangsa Berdaulat dan Berjaya.Akhlak terpuji, sudah mampu memberi sedikit kesan yang amat mendalam, bagi kita menghirup sedikit udara segar, serta nyaman pula sehari hari.Kita mungkin tidak lupa, namun seringkali pula kita terleka.Kita tidak mungkin mengabaikannya, namun sering juga kita mencemarkannya.Kita harus sedar seinsaf insafnya, bahawa hidup ini hanyalah bersifat sementara semata.Jauh lagi bagi kita mengharungi rentetan perjalanan di sana nanti.Apakah sudah pasti, kita cukup dengan bekalan amalan yang ada? Atau, kita langsung tidak mempedulikannya? Mari kita renungkan kembali, rentetan kitaran hidup kita ini, di dalam sejarah kehidupan kita serta ahli keluarga kita, di masa yang lalu.Memang benar, maka gerun dan gementarlah tubuh badan kita, dan dapat pula dirasai oleh kita, jika dikenang kenangkannya.Apakah dapat kita jumlahkan, sebanyak mana agak agaknya, antara dosa dan pahala, yang mampu kita raih selama di waktu itu? Atau, tak usah berpaling paling lagilah kita, barangkali.Yalah! Bimbang juga! Jika kalau kalau, terasa hati pula kita nanti.Ianya seakan berbau sedikit retorik, di sini.Namun dalam pada itu, seolah olah ada hikmah pula di sebalik kata kata itu, sebentar tadi.Bagi yang merenungnya, mungkin dapat ketemu jawapannya, barangkali.Sememangnya, kita hidup harus berwaspada senantiasa.Di dalam kontek ini, kita sedikit beruntung.Daripada mengikut arus haluan bersilang atau bercanggah sama sekali, dengan apa yang telah digariskan bagi kita.
Menemui titikmula di dalam langkahan awal, amatlah bertepatan dengan serta hala tuju yang dilalui.Namun, pengakhiran perjalanan itu pula, belum tentu sahihnya berhenti.Walau ke mana kaki melangkah, kita tidak pernah sekali pun terlupa diri.Itulah dikatakan, teras jati bagi sebuah Bangsa Merdeka Bermaruah.Dengan akhlak yang tinggi serta terpuji, kita gagahi kaki untuk melangkah.Namun, segalanya sama sahaja pada sesiapa.Baik kaya atau miskin.Baik hina maupun mulia.Baik lelaki juga, perempuan.Semuanya, hampir sama sahaja, mengikut Syarat Rukun.Kecualilah, dari segi penjagaan aurat di kalangan antara.Jelasnya di sini bahawa, kita sering disarankan bagi kita mentaati, apa yang sebenar benar dikatakan fardhu.Kita digalakkan bagi kita memenuhi segala tuntutan perintah.Mengikut Prinsip, ianya seakan lebih kurang saja.Maka dengan itu, jelaslah kita dapat mentafsirkannya sebagai suatu yang benar benar telus lagi sahih untuk dipercayai dengan seyakin yakinnya.Bahawa kita hidup, adalah bukan untuk menjadi sebagai, sebuah Bangsa Pelupa.Harus bagaimana pula kita nanti? Apa! Sudah cukup sekadar, dengan mengamal serta membilang segala amalan perbuatan sahaja? Di mana jaminannya? Timbul persoalan sebegini, semenjak dari zaman nenek moyang kita dahulu lagi.Harus bagaimana lagi? Pertikaian pendapat, sering terlangsung di kalangan antara sejak dahulu hanya kerana gara gara daripada suatu ketaksuban melampau, sebenarnya.Kita sering diajak bermuhasabah sentiasa, demi untuk melihat segala kemurnian itu terus terbela serta dipelihara.Mungkin barangkali, lewat hari ini kita sering tertanya tanya, mengapa Hakikat Kebenaran seolah olah dipalsukan dengan segala cara atau kaedah.Di mana mana saja, kita sering melihat dan menyaksikan, seakan sebuah pentas sandiwara, sedang dimainkan oleh mereka.Sedang, segala Kewajipan dan Tanggungjawab serta Urusan Amanah, terus berlangsung dengan teratur tanpa, traffic light disediakan bagi mereka, sebagai Pihak Bertugas.Walhal, kad kupon punch card, tidak pula menyala kemerah merahan pun.
Namun, segala keaiban, kesumbangan dan kemungkaran, seolah olah terus berlangsung, seakan terdapat pihak yang mengizinkannya pula.Sedang kita tidak pernah bersedia menerima sebarang bala bencana dan musibah untuk datang melanda.Jauh sekali pula, jika untuk anak anak kita terlibat dengannya.
Mengerti dengan seadanya walau apa kadar kemampuan serta keupayaan yang dimiliki, sudah cukup untuk kita menghadapi hari muka. Kita tidak perlu bermuka muka untuk meneruskan kehidupan ini.Kerana ianya, suatu mala petaka dahsyat yang tidak pernah disedari kita, di kebanyakan selama lama ini.Kita memang merasakan yang kita sudah cukup bersedia dalam apa saja perkara.Namun, pada waktu yang sama, kita juga sering tergoyah bila di kesendirian.Mahu tidak mahu, kita turut memerlukan serta juga saling bantu membantu sesama kita, sebagai salah seorang ahli Warga Masyarakat di tempat tinggal kita.Apa apa pun, amalan sebegitu bukannya merugikan pun.Kitalah lebih arif akan apa yang telah serta sedang kita amalkan.Kebudayaan serta semangat sedia ada juga, sudah mampu menterjemahkan segala hasrat yang ada.Kita juga tidak perlu bersujud di kaki lawan andai sekadar hendak mencari makan.Apalagi, di Desa dan di Kampung Halaman sendiri.Itu kita tahu dan cukup sedar.Namun, apakah halangan serta rintangannya pula? Seolah olah, kita seakan dihambat dengan sebegitu rupa? Bermain kata memang indah mengikut bahasa.Siapa siapa pun, mampu untuk bergelar seorang kaya raya, barangkali.Sementelah lagi, sekadar untuk bergelar seorang jaguh kampung pula.Segala usaha serta penat lelah kita semua seolah olah, kelihatan tidak dipandang mana.Kita merasa kekecewaan, tetapi kita wajar sedar yang itu semua milik orang lain, setelah hak pemilikan dipertikaikan.Kita hidup ada Syarat Rukunnya.Bukannya pakai ikut suka.Ada Syarat Perjanjian.Ada Rukun Kedamaian.Apa lagi? Banyak juga tu.Habis! Untuk apa ini semua? Untuk kita saja suka suka? Ada matlamatnya.Ada tujuannya.Ada pula sasarannya.Ada juga menyokong dan tidak kurang juga membangkang.Semua itu, telah mencerminkan serta mampu pula menggambarkan, betapa kita semua sudah cukup rasional dan matang dalam perhitungan.Kita bukannya sebuah Bangsa Kolot.Kita sudah lama bergelar sebuah Bangsa Merdeka.Kita sudah lama bergelar Bangsa Bermaruah.Kita mahulah pula bergelar Bangsa Maju.Segala kejayaan selama ini tidak akan ada ertinya jika kita masih berada di dalam ruang lingkup kekufuran.Ianya membawa erti, kita masih lagi jahil dalam kehidupan.Jauh sekali daripada mencapai kemajuan.Kita sepatutnya keluar daripada kepungan sebegitu.Kita ada Kewajipan.Kita ada Tanggungjawab.Kita ada Amanah.Semua itu, perlu diuruskan.Kita ada pihak.Semua pihak arif serta tahu tugas masing masing.Kita sudah Merdeka.Kitalah Bangsa Kita.Bukannya Orang Asing.
YOU ARE READING
RANTING RANTING HIDUP INI
Random@Qalby.com @HasanatulQalby.com prevent.com @prevention2008.com @idsideal.com metoo.ctoo@ @metoo.com Mokhtar6981 mokhtarabdullah@69gmail.com @same2U.com SAME2U.COM #Aku Bercakap Pada Dasar. DENGAN, penuh rasa rendah diri, serta bersyukur Aku menadah...