Sebagaimana hasrat, begitulah terbentuknya pada fiel serta sikap Orang Kita, semenjak di zaman dahulu lagi.Namun, jika kita kurang peka kepada sensitivitinya, kita mungkin bakal menghadapi suatu konflik yang berlarutan panjangnya.Menyedari diri sedang berkelompok di kalangan antara, kita seolah olah tidak peka terhadap apa yang sedang melanda.Buai laju laju sampai cucur atap.Kata kata mereka itu, ada benarnya.Bukan perkara main main, sebenarnya.Kita adalah sebuah Rumpun Bangsa yang berani, walau di dalam apa bidang sekali pun.Kita seakan tidak menghiraukan lagi, rentak rentak dan gerak geri serta juga langkah langkah yang bakal disempurnakan kita, bilamana kita semua telah mencapai kesempurnaan.Kita tidak tahu mengapa ianya terjadi.Sedang kita tahu dan juga sedar, kita mengorak langkah berserta dan bersama meski, walau ke mana mana sahaja, sekali pun.Begitulah, apa yang dikatakan mengikut adat resam semenjak zaman berzaman.Itulah teras amalan bagi sebuah Bangsa Kita.Itulah apa yang disifatkan sebagai suatu daya, atau matlamat wawasan yang dijadikan panduan hala tuju, demi untuk di masa masa akan datang.Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab.Kata kata itu, ada makna yang tersirat dan dalam pula pengertiannya bagi Orang Kita.Kita berlandaskan Teras Rukun Hidup pada asas yang kukuh di pengawalannya.Kita tidak pernah mempersenda sendakan sewenang wenangnya, akan segala Urusan Amanah ini.Lagi pun, memang semenjak dari zaman dahulu lagi, Orang Kita memang begitu.Tambah pula, di zaman dan di saat ketika ini, lebih lebih lagilah kesungguhannya.Seakan, bagai disuruh suruh pulalah, di kalangan mereka semua.Tidak pulak bagi mereka yang berkepentingan.Ada yang cuba menangguk di air yang keroh.Tidak kurang juga yang mencuri curi tulang, pun ada jugak.Pantang nampak lepa di mata, ada saja perkara bagi mereka menggatal tangan. Kehidupan kadang kala, bagi kita seolah olah begitu zalim untuk kita menerimanya.Mahu tidak mahu, kita harungi jua.Walau sesusah payah mana, sekali pun.Tidakkah pernah kita terfikir, mengapa? Mengapa, ianya terjadi dan melanda kepada Bangsa Kita? Apa sengkek benar ke, ada pada Bangsa Kita ini? Timbul persoalan ini, di benak fikiran kita untuk seketika.Buat kita cuba, renung renungkan bersama.Jika tidak mengalaminya.Namun, pastinya tiada siapa pula, yang sudi dan mahukannya.Apalagi, memerlukan.Tinggallah kita dengan cara kita sesama kita.Akhirnya, menjadi adat dan istiadat serta adat resam amalan pula bagi kita.Asal asalnya Bangsa Kita, memang begitu.Lama kelamaan, Dunia mengenali suatu era kemajuan sehingga pesat membangun.Bangsa Kita pun, turut bergelar gelar di waktu itu.Sebuah Bangsa Membangun, ada pula tanda tandanya.Bukan main pakai gelar gelar semata.Bukan begitu.Dengan segala usaha, penat lelah tak usah di sebutlah.Bukannya dalam tempoh sehari dua.Lama pulak tu.Ada sesetengah di kalangan kita, ada sehingga beranak bercucu pun ada.Pendek kata, segalanya ada tersedia balasan, serta imbuhan bagi mereka yang mengamalkannya.Cuma kita, samada sedar tak sedar aje.Ada juga di kalangan kita, main pakai sedap sendiri, pun ada juga.Seolah olah, orang lain dah tak ada harga pulak, gayanya.Macam mana, tak sakit hati melihatnya.
Menginsafi akan apa yang telah terjadi amatlah munasabah bagi kita, bagi membentuk satu sikap keperihatinan yang tinggi serta mampu bermuhasabah secara bersendirian, tanpa melibatkan sebarang pengaruh luar.Sifat serta sikap keAkuan kadang kala sedikit meruncing ke arah pembentukan fiel atau isming yang nyata tidak seimbang di kalangan sesama kita.Ini sedikit sebanyak, mampu pula mempengaruhi sebarang perilaku dan seterusnya, sebarang keputusan yang bakal dibuat, untuk masa masa yang akan datang.Bersangkutan dengannya pula, sudah pasti mengakibatkan berbagai implikasi yang timbul serta berbangkit, selari dengan sebarang konflik yang ada, jika ada berlaku.Ianya bakal menyusahkan serta sedikit menghalang, sebarang gerakerja yang akan dilakukan oleh kita, di dalam tempoh waktu sepertimana yang telah ditetapkan, jika mengikut apa yang telah digariskan kepada kita.Di situlah, nyata kita tidak akan menafikan, sebarang hak keizinan yang ada.Meski pun, telah jenuh kita mencapai akan apa yang dicita.Namun, ianya tidak sedikit pun membawa erti pada kita, bilamana hak sebenar masih gagal untuk kita, menggapainya.Kenyataannya di sini ialah, dimana Bumi dipijak dan disitu langit dijunjung.Kita sama sekali tidak akan melupakan jatinya bagi sesebuah pembentukan.Tidak kiralah di mana saja kita sedang berada.Kenyataan ini tidak akan difahami oleh anak anak yang masih mentah dan mungkin tidak pernah mengerti akan hakikat kitaran hidup ini.Namun, kita dewasa ini, sesetengah kita seolah olah seakan sedang cuba, mengheret mereka semua mengikut telunjuk kita pula.Sedangkan, mereka sendiri mempunyai hak keistimewaan bagi mereka menikmati, walau apa kadar sekali pun peruntukan yang tersedia, bagi mereka semua, jika ada.Di sini kita seharusnya cuba merenung sejenak, bagaimana dasar dasar yang sedia ada.Apakah ianya, sudah benar benar mampu memenuhi, segala kebaikan bagi kita terutama, dan juga bagi anak anak seterusnya, sehinggalah ke jenerasi yang akan datang? Dewasa ini, memanglah benar jika kita semua merasa yakin di dalam perkara hal sebegini.Mungkin kita ada merasakan, kita tidak akan diketepikan walau, apa sifat sebab sekali pun.Namun begitu, kegelojohan masa lampau walau telah kita melupakan, ianya tetap terpahat seolah olah bersemadi bersama jasad yang bakal kita bawa walau ke mana sahaja sekali pun.Ianya, cukup memberi kesan secara tidak langsung, dan mampu pula mempengaruhi kitaran hidup kita, bagi satu tempoh jangka masa panjang yang akan datang.Kebetulan, bukanlah suatu resolusi yang meyakinkan.Kekitaan, kadang kala menjengkelkan pula, bila dirasakan.Perakuan demi perakuan, sudah diisytiharkan bagi kita, menjalankan ketaatan Kewajipan.Di mana pula kita di waktu itu? Di hadapankah, atau di kebelakangkah? Semua ini, ada bersangkutam dengan kewibawaan serta maruah yang dijunjung.Apakah sudah yakinkah kita, dengan apa yang ada? Atau, mungkin barangkali kita sudah selesai melaksanakannya? Habis, bilamasa? Demi siapa pula? Semua persoalan ini, mungkin bakal terjawab oleh kita di kemudian hari nanti.Harus, di mana pula kita sedang berada? Di junjungankah? Atau, sekadar menjadi alas di bawah telapak kaki? Ini pun, bakal juga menjadi suatu topik perbincangan, di kalangan antara.
Mengenali kata kata dasar pada pengawalan perbualan merupakan teras keyakinan sebenar.Kita mungkin tidak pernah menitikberatkan soal ini lantaran ianya dirasakan seakan begitu remeh pada perasaan serta pandangan.Namun, jika kita merenung serta mengkajinya walau sejenak.Sudah tentulah kita bakal ketemu sesuatu yang mungkin barangkali mampu membuat kita tersenyum seharian barangkali.Kenapa? Mana mungkin kita berinteraksi dengan sesiapa tanpa pemahaman dan pengertian.Meyakini diri bererti menerima dengan sesungguh sungguhnya akan segala yang bakal membawa kebaikan.Sebarang tidak baik, samada secara peribadi atau demi untuk orang lain adalah sama sekali tidak diterima dan apa lagi untuk diperakui.Jelasnya, kita mempunyai kelebihan di situ dan tidak pula merasa kekok atau jelek bilamana berada di kalangan sesama kita.Berbeza pula bilamana jika kita berada di samping orang lain.Begitu asing dapat kita merasakannya.Kerana pengenalan awal diri adalah sedikit kurang berbanding sesama sendiri atau di dalam erti kata lainnya iaitu kekitaan. Hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri.Mereka memperakui kebenaran kepala batu di negeri sendiri selama lama ini, saudara saudari.Kerana apa? Kerana, kadang kala keasingan itu memberi sedikit kesedaran serta keinsafan kepada kita, bagi membentuk satu pakatan samada ianya secara selektif, mahu pun secara kolektif.Kesedaran merupakan suatu yang begitu abstrak dan sedikit memerlukan pengamatan.Keinsafan pula bakal terbentuk bilamana ianya benar benar berada di tahap yang betul betul meyakinkan.Pada kita ianya suatu yang begitu remeh temeh dan tiada apa yang hendak dihairankan pun.Tidak pula pada mereka yang benar benar sudah insaf.Kerana keinsafan itu melahirkan suatu ketaatan yang sedikit melampau, dan ianya agak memberangsangkan pula bagi sesetengah pihak, yang tahu dan serta sedar akan implikasinya itu, bakal memberi impak yang samada positif atau pun negatif kepada kita semua.
YOU ARE READING
RANTING RANTING HIDUP INI
Random@Qalby.com @HasanatulQalby.com prevent.com @prevention2008.com @idsideal.com metoo.ctoo@ @metoo.com Mokhtar6981 mokhtarabdullah@69gmail.com @same2U.com SAME2U.COM #Aku Bercakap Pada Dasar. DENGAN, penuh rasa rendah diri, serta bersyukur Aku menadah...