Bab 3

115 5 0
                                        

"Assalamualaikum"kata Bella.

Bella melangkah masuk kedalam rumah.Mulutnya tidak berhenti membebel.Adik dan sepupunya hanya memerhati dari dia masuk sehingga Bella duduk.

"Waa'laikumusalam.Kau kenapa?"tanya Sereena sepupu Bella.

"Tak de apa-apa lah"jawab Bella.

"Ye ke, tak de apa-apa? Muka masam macam tapai dah basi pun nk tipu lagi?"kata Mirul.

"Haah,betul cakap Mirul.Muka kau dah masam mencuka pun nk tipu kitorang lagi.Cerita lah"kata Sereena.

"Fine,tapi korang jgn gelak pulak bila aku cerita"kata Bella.

"Kitorang tak janji tapi mungkin kitorang akan gelak klau cerita kau kelakar"kata Sereena.Mirul mengangguk kepala,setuju dgn kata-kata kakak sepupunya.

"Kena lah tu,korang berdua."kata Bella.

"Eh,cepatlah cerita"kata Mirul.

"Tadi aku kerja.Biasa lah race,tapi hujan masa tu.Lepas habis race,aku nk gerakkan ketepi kereta aku sbb nk parking.Ada pulak mamat ni datang dekat dengan kereta aku.Dah lah lepas hujan,memang ada lopak air lah kan.Kena sikit je baju dia air tu tapi dia punya marah sampai suruh aku melutut minta maaf"terang Bella.

"Lepas tu apa jadi kak?"tanya Mirul.

"Mirul ingat akak nk buat? Memang tak lah akak nk gadaikan maruah akak semata-mata nk melutut pada dia"kata Bella lagi.

"Haih,itu je ceritanya yg buat kau membebel tadi?"kata Sereena.

"Belum habis lagi dan itu bukan sebabnya aku membebel"kata Bella.

"Oh,belum lagi.Sila sambung"kata Sereena.

"Yg buat aku membebel sbb dia panggil aku bro"kata Bella.

Sereena dan Mirul memandang antara satu sama lain kemudian melepaskan ketawa.Bella muncungkan bibirnya apabila diketawakan.

"Asal korang gelak?"kata Bella.

"Ya Allah,akak.Benda ni kelakar kena gelak dulu"kata Mirul dgn ketawanya masih berbisa.

"Dah habis dah ketawakan aku?"kata Bella.

"Ok sorry.Tapi Bella,itu bukan salah dia"kata Sereena selepas habis ketawa.

"Kenapa pulak bukan salah dia?"tanya Bella geram.

"Bella kerja yg kau buat sekarang ni,kebiasaannya lelaki yg buat.Sbb tu lah dia ter'panggil kau bro"kata Sereena.

"Entah akak ni.Mirul dah cakap dah jgn tapi akak nk buat jugak kan?"kata Mirul.

"Mirul,akak buat semua ni utk Mirul jugak.Klau akak tak kerja macam mana nk sara hidup,nk bayar yuran berlajar Mirul,nk bayar kos rawatan Mirul? Siapa yg nk bayar?"kata Bella.

"Akak,Mirul tak minta tau akak buat semua tu.Mirul pun tak nak lah susahkan orang.Tapi disebabkan perempuan tua tu,kita jadi macam ni"kata Mirul

"Mirul?! Wacth your mouth?!"kata Bella.

"Apa? Memang betul cakap Mirul tapi akak tak nk dengar kan"kata Mirul dan masuk kedalam bilik.

Bella mengeluh berat.Sereena di sebelah sekadar menepuk bahu Bella memberi sokongan pada sepupunya.

***************************
Fareez masuk kedalam rumahnya.Dia ternampak ibunya sedang duduk di hadapan TV sambil memandangnya dari atas hingga bawah.

"Assalamualaikum umi"kata Fareez senyum.

"Waa'alaikumusalam,Fareez apa yg berlaku kat luar? Bising sangat"kata Datin Zara.

"Yg kat luar tu tak tahu lah.Macam mana entah ada perempuan tak cukup kain melalak depan rumah"kata Fareez.

"Eh,nanti kejap.Kenapa dengan baju kamu?"tanya Datin Zara.

"Tengok race tadi,lepastu boleh pula drifter tu langgar lopak air kena baju Fareez"kata Fareez.

"Bertuahnya lah budak sorang ni.Nasib kamu ni sorang je anak umi.Dah pergi mandi,lepas mandi turun.Umi dah masak lauk kegemaran kamu.Walid dgn Azad pun dah nk sampai rumah kejap lagi."kata Datin Zara.

"Baik umi"kata Fareez dan membuka langkah menaiki tangga.(Bukan tak de lif,ada.Tapi dia malas nk tunggu sbb lambat).

*** Di meja makan ***

"So,Fareez how was your day?"tanya Datuk Azman yg baru saja habis makan.

Fareez yg tengah makan terus memandang wajah ayahnya.Kemudian matanya lari memandang sepupunya.Azad buat tak tahu dan meneruskan makannya.

"Good.Macam biasa walid."tipu Fareez.

"So if nothing happen,why you get mad today?"kata Datuk Azman.

"Fareez tak buat apa-apa walid"kata Fareez.Kemudian Azad bangun mencuci tangannya.

"Really? Be honest to me,Azad had told me everything"kata Datuk Azman.

"Walid it's not my fault.Perempuan tu yg salah.Memang patut pun dia kena buat apa yg Fareez suruh"kata Fareez.

"Fareez Najwan,sampai bila kamu nk bersikap angkuh ni? Bila kamu nk turunkan keangkuhan dan ego kamu tu?"kata Datuk Azman.

"Kenapa walid nk sebelahkan perempuan tu? Apa yg ada pada dia?"kata Fareez.

"Fareez,dia ada nama.Walid tak sebelahkan dia tapi kamu ni dah melampau"kata Datuk Azman.

"Apa yg Fareez buat?"tanya Fareez.

"Klau kamu kat tempat walid,kamu tahu lah rasanya nanti.Orang sedap mengata kamu"kata Datuk Azman dan pergi.

Fareez mengeluh lemah.Memang betul apa yg walidnya cakap tadi.Sampai bila lah sikap tu tertanam dalam dirinya.Dia sendiri tak tahu jawapan tu.

********************

Bella menyikat rambutnya di hadapan cermin.Tiba-tiba Sereena mengetuk pintu biliknya.

"Bella boleh aku masuk?"tanya Sereena.

"Masuk lah"jawab Bella.Sereena melangkah masuk kedalam sambil membawa sesuatu ditangannya.

"Bella,sebenarnya aku nk kau ambik ni"kata Seerena sambil menghulurkan satu sampul surat bersaiz A4.Bella mengambil sampul itu dan membukanya.

"Apa ni Sereena? Kan aku dah cakap"kata Bella.

"Bella,aku tahu kau tak nak tapi kau kena jugak buat"kata Sereena.

"Sampai bila kau nk biarkan rumah kau di rampas?"tanya Sereena.Bella  terdiam.

"Kau tak kesian ke pada arwah maksu? Dia penat-penat tolong ayah kau dapatkan rumah tu."kata Sereena.

"Dia beli rumah tu utk kesenangan anak dia bukan utk orang lain"kata Sereena lagi.

"Aku harap kau ubah fikiran kau.Aku sendiri akan tolong kau dapatkan balik hak dan harta kau dengan Mirul.Walaupun kau tak nk ambik balik"kata Sereena .

"Kau fikirlah betul-betul sbb benda ni semua,perkerja ayah kau yg nk.Buat sekurang-kurangnya demi Mirul"kata Sereena dan keluar dari bilik.

Bella merenung lama surat itu.Dia tahu segala yg telah ditinggalkan oleh ayahnya ialah miliknya tapi dia malas nk panjangkan cerita.

Bersambung.....

Sorry lambat update.Saya takde idea.Tq sebab baca.

I Love That Drift GirlTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang