Seperti hari biasa,Fareez akan datang ke pejabat utk menyiapkan kerjanya.Dia melangkah masuk kedalam dengan wajah yg serius.Entah apa yg menganggu fikirannya pagi ni.Mcm sesuatu berlaku.
Fareez menanggalkan blaze dan menyakut di penyakut blazenya.Dia kemudian duduk di kerusi sambil mengeluh perlahan.
"Kenapalah umi sebut pasal perempuan tu?"keluh Fareez.Dia membuangkan pandangan ke luar tingkap pejabatnya.
"Kenapa umi dgn walid senang sangat maafkan kau"kata Fareez lagi.
****Flashback****
Fareez menurun tangga dengan berhati-hati kerana sibuk membutang lengan baju kerjanya.Dia berjalan ke ruang makan utk bersarapan.Kelihatan Datuk Sri Azman dan Puan Sri Zara sedang bersarapan di meja makan.
"Good morning walid,umi"kata Fareez sambil menarik kerusi di sebelah Puan Sri Zara.Datuk Sri Azman hanya memandang Fareez dan mengangguk sebagai balasan,kemudian dia kembali membaca surat khabar.
"Morning Reez.Makan dulu sebelum pergi kerja."kata Puan Sri Zara sambil menuang kopi kedalam cawan utk suaminya.
Fareez senyum dan mengambil nasi goreng di depannya,kemudian di ceduk kedalam pinggan.
Suasana di meja makan begitu sunyi.Hanya bunyi lagaan sudu saja yg kedengaran sebelum Puan Sri Zara membuka mulut.
"Reez,umi nk tanya ni?"kata Puan Sri Zara.
"Tanya apa umi?"kata Fareez yg sedang menyuap sesudu nasi goreng ke dalam mulut.
"Bila nak kahwin?"tanya Puan Sri Zara.Penyataan Puan Sri Zara membuatkan Fareez tersedak.Datuk Sri Azman hanya tersenyum di sebalik wajah yg dilindung surat khabar.
"Apa umi ni?"kata Fareez sambil menepuk dadanya.
"Betul lah umi cakap.Umi ni nk juga timang cucu umi sendiri"kata Datin Zara.
"Umi,Reez bukan tak nak ada keluarga,Reez nk ada keluarga sendiri tapi....."
"Tapi kamu masih tak dapat lupakan apa yg terjadi pada kamu dulu?"tembak Datin Zara.Fareez terdiam.
"Fareez,lupakan je dia.Dia dah minta maaf pada kamu kan? Dia pun nk kamu mulakan hidup baru dan cari penganti dia.Dia pun dh bahagia sekarang,dah ada anak pun.Jadi lupakan masa silam kamu dan move on sayang"kata Datin Zara.
"No,after all this time? Umi hanya nk maafkan perempuan tu just like that? She lie to me"kata Fareez dgn marah.
"Kawal nada kamu Fareez.Don't be rude with your mother"kata Datuk Azman tegas.
"Lepas apa yg dia buat pada Fareez,umi dan walid masih nk maafkan dia? Ianya sakit umi bila di tipu hidup-hidup.Fareez tunggu dia lama kat sini.Tunggu dia balik semula ke Malaysia.Tapi bila tibanya hari tu semuanya sangat menyakitkan hati.Sakit tahu tak bila nampak dia balik dengan seorang lelaki dan perut yg kembang.Sakit sangant umi"kata Fareez cuba mengawal emosi barannya.
"Hati mana yg tak sakit bila di tipu? di khianati? di perbodohkan sekian lamanya? Umi tahu kamu tak boleh terima mana-mana perempuan sbb takut kejadian tu jadi lagi.Tapi tak semua perempuan mcm tu Reez"kata Datin Zara seperti memberi semangat pada anaknya.
Fareez tidak menjawab,dia bangun dan meletakkan pinggan di singki.Kemudian mencapai blaze dn ingin melangkah ke pintu.Tapi langkahnya terhenti bila Datuk Azman bersuara.
"Bukan semua bunga yg cantik tu beracun Fareez"kata Datuk Azman membuatkan langkah Fareez terhenti.Dia hanya berdiri tegak membelakangi walidnya.
"Pasti ada yg cantik dan boleh dijadikan penawar dlam kalangan bunga-bunga yg cantik tu semua.Kita cuma kena pilih bunga tu dan tanam bunga tu dalam pasu yg mempunyai tanah yg subur supaya bunga tu kekal segar"kata Datuk Azman.

YOU ARE READING
I Love That Drift Girl
RomansaMenceritakan peperangan antara dua orang insan.Hanya disebabkan satu kemalangan,si lelaki mula membenci si perempuan.Entah bila lah nk habis perangnya klau dua-dua tak nk mengalah. Yg perempuan pula tidak sengaja buat begitu.Bukan niatnya.Pada perem...