"Kahwin dengan Bella"kata Puan Sri Zara.
Fareez terkedu dengan permintaan Puan Sri Zara.
"Umi bimbang keselamatan Bella.Sekurang-kurangnya klau kamu berdua dah kahwin,Bella akan tinggal dengan kita"kata Puan Sri Zara.
"Tapi umi...."kata-kata Fareez dipotong.
"Kamu suka dia kan Fareez?"Puan Sri Zara pantas bertanya.Sekali lagi Fareez terkejut.
"Macam mana?"tanya Fareez.
"Umi tahu Fareez.Walaupun kamu cuba menipu diri kamu tapi kamu tak boleh tipu umi"kata Puan Sri Zara.
"Umi nampak cara kamu pandang dia bukan mcm biasa.Cara kamu pandang dia sama mcm kamu pandang Husna dulu"kata Puan Sri Zara.
"Kenapa umi minta Reez buat semua ni?"tanya Fareez.
"Kalau kamu suka pada dia,lindungi dia Fareez"kata Tan Sri Azman.Fareez memicit kepala memikirkan hal itu.
"Cuma umi minta tu je Fareez"kata Puan Sri Zara.
"Tapi umi klau dia sendiri taknak mcm mana?"tanya Fareez.
"Kamu jgn risau pasal tu.Umi akan handle"kata Puan Sri Zara sambil memandang wajah lena Bella.
"Umi dengan walid akan pergi jumpa keluarga dia utk merisik.Kamu jgn risau"kata Puan Sri Zara.Tan Sri Azman mengangguk supaya anaknya setuju dengan permintaan isterinya.
"Kalau Bella setuju,baru Fareez setuju"kata Fareez.
***************
"Kahwin dengan Bella"
"Kamu suka dia kan Fareez?"
"Kalau kamu suka pada dia,lindungi dia Fareez"
"Saya akan tolong abang,klau abang setuju jadikan kakak saya isteri abang"
Fareez mengeluh kecil.Kepalanya runsing apabila memikirkan permintaan uminya.
"Mungkin aku patut minta pertunjuk dari-Nya"kata Fareez dan berlalu ke bilik air utk mengambil wuduk.
***************
Bella bersandar pada katil hospital sambil termenung.Dia masih takut bila mengingatkan hal yang terjadi kepada dirinya tempoh hari.Nasib baik Sereena menenangkan dirinya.Dia merasakan badannya sedikit lega selepas makan.Sereena membelikan bubur ayam tapi itu cerita pagi tadi.Sekarang dah masuk jam 2 petang.
"Assalamualaikum"ucap seseorang dari luar.
"Waalaikumusalam"jawab Bella.Puan Sri Zara sambil membawa satu beg besar.Bella tersenyum melihatnya,dia menghulurkan tangan utk salam tangan wanita itu.
"Bella mcm mana? Ada rasa sakit?"tanya Puan Sri Zara sambil menilik tubuh Bella.
"Alhamdulillah dah ok sikit.Cuma doktor tak bagi balik lagi"kata Bella.
"Yelah badan kamu tak sihat lagi.Nanti klau jadi apa-apa dah susah.Ni dah makan ke belum"tanya Puan Sri Zara.
"Bella tak lapar lagi"kata Bella.Dlm masa yang sama perutnya berbunyi hingga membuatkan Puan Sri Zara ketawa kecil.
"Makcik ada buatkan bubur utk kamu.Makan ye"kata Puan Sri Zara sambil mengeluarkan mangkuk tingkat yang berisi bubur lauk kampung seperti kangkung goreng belacan,telur asin,sambil ketuk dan ikan bilis goreng.
Bella menelan air liur apabila aroma sayur kangkung goreng belacan menusuk kedalam deria baunya.Dia membaca doa makan dan perlahan-lahan Bella menyuap bubur kedalam mulutnya.Tiba-tiba air matanya mengalir.

ANDA SEDANG MEMBACA
I Love That Drift Girl
RomantikMenceritakan peperangan antara dua orang insan.Hanya disebabkan satu kemalangan,si lelaki mula membenci si perempuan.Entah bila lah nk habis perangnya klau dua-dua tak nk mengalah. Yg perempuan pula tidak sengaja buat begitu.Bukan niatnya.Pada perem...