*** 11 Tahun yang lepas ***
Kelihatan seorang gadis sedang tekun membaca buku di sebuah pondok perhentian bas sementara bas sampai.Baginya penuhkan ilmu di kepala lebih baik dari membuang masa.Sedang enak gadis itu membaca tiba-tiba....
Splasshhh......
"Allah"ucap gadis itu terkejut apabila baju dan bukunya habis basah.
"Hahahahaha padan muka kau"kata seorang remaja lelaki.Pelajar yang berada disitu pun turut ketawa.Ada yang simpati dengan nasib gadis itu.
"Apa masalah awak ni hah Fareez?!"tanya gadis itu sambil memeluk dirinya bagi tidak menunjukkan tubuhnya kerana hampir seluruh seragam sekolahnya basah dan melekat di tubuhnya.
"Aku takde masalah.Memang dah jadi hobi aku kut buli kau"kata Fareez.
"Tak boleh ke dalam satu hari awak tak buli saya?!"kata gadis itu lagi.
"Tak.Kau pun tahu,aku suka kacau kau.Aku tak akan biarkan kau hidup tenang.Lagipun memang kena dengan kau yang gemuk ni"kata Fareez.
"Fareez dah lah weyh jom gerak"kata Zafran.Fareez berlalu meninggalkan gadis itu.
"Walaupun saya gemuk,saya tak kejam macam awak"kata-kata gadis itu buat Fareez terhenti.Dia segera menoleh kebelakang.Gadis itu memandang Fareez dgn benci kemudian naik kedalam bas.
"Aku kejam? Huh,kau belum tahu lagi Husna"kata Fareez sendirian.
*************
Beberapa hari kemudian Fareez mencari kelibat Husna namun gadis berbadan gempal itu tidak kelihatan.
"Kau tak payahlah cari dia"kata Zafran.Fareez terus memandang rakannya bila dia ditegur.
"Mana ada aku cari budak gemuk tu"nafi Fareez.
"Ada aku cakap budak mana?"tanya Zafran sambil ketawa sinis apabila Fareez masuk perangkap.
"Apa-apa jelah"kata Fareez sambil matanya melilau mencari kelibat gadis itu.
"Dia tak datang sekolah buat masa ni.Aku dengar dia kena buat rawatan susulan"kata Nizam.
"Rawatan?"tanya Fareez.Nizam mengangguk.
"Tak silap aku,dia masuk hospital semalam"kata Nizam lagi.
"Sebab apa?"tanya Fareez risau.
"Sebab apa pun aku tak tahu.Tapi yang pasti keadaan dia teruk juga lah"kata Nizam.Fareez terdiam.
"Woi! kau dengar tak?"tanya Zafran.
"Apa kau cakap tadi?"tanya Fareez yang baru tersedar dari lamunannya.
"Aku ajak kau lepak malam ni.Lagipun dah start cuti ni"kata Zafran.
"Aku on"kata Fareez.
"Ok cun.Malam ni kat Samsi"kata Nizam.
Seperti yang dijanjikan mereka bertiga melepak di kedai makan yang bernama Samsi.

YOU ARE READING
I Love That Drift Girl
RomanceMenceritakan peperangan antara dua orang insan.Hanya disebabkan satu kemalangan,si lelaki mula membenci si perempuan.Entah bila lah nk habis perangnya klau dua-dua tak nk mengalah. Yg perempuan pula tidak sengaja buat begitu.Bukan niatnya.Pada perem...