Aik kenapa tak basah ni?'tanya Bella dlm hati lalu dia membuka mata.
Alangkah terkejutnya Bella apabila Fareez berada dihadapannya.Lelaki itu memaut pinggang Bella agar tidak terjatuh.Manakala Bella memeluk leher lelaki itu.Fareez memandang tepat kearah matanya.Bella seakan terpukau bila lihat mata hijau zamrud milik Fareez.Baru dia perasan mata Fareez dan Tan Sri Azman serupa.
Berlainan dengan Fareez.Niatnya ingin terkejutkan gadis itu namun dia yang diterkejutkan.Dia mengambil kesempatan itu menilik wajah Bella.Apabila Bella membuka mata,dia tertarik dengan mata Bella yang berwarna hazel.Bella turut memandangnya membuatkan dia gelisah.
'Aduh,kenapa aku rasa berdebar pulak ni?'kata Fareez dlm hatinya.Sesekali dia menelan air liur apabila gadis itu tidak berhenti merenungnya.
"Cantik"kata Bella perlahan tapi masih didengari oleh Fareez.Lelaki itu tidak memahami maksud Bella.
"Mata kau"katanya lagi.Pipi Fareez mula merah kerana dipuji oleh Bella.
"Sampai bila kau nak peluk leher aku ni"tanya Fareez utk mengelakkan Bella dari melihat wajah merahnya.
Bella seakan tersedar,dengan pantas melepaskan leher Fareez dan membetulkan kedudukannya.
"Aku bukannya sengaja"kata Bella perlahan sambil memandang kearah lain.
"Yelah tu"kata Fareez mengusik.Mereka hanya diam dan memandang tepat lain.
"Kat sini rupanya kamu berdua.Jom masuk,kita berbual di dalam"kata Puan Sri Zara.Bella mengangguk dan mengikuti jalan Puan Sri Zara.Belum sempat dia masuk,Fareez bisik sesuatu dan masuk kedalam.
"Mata aku cantik kan?"usik Fareez sambil ketawa.
'Dasar tenuk'kata Bella sambil menahan marah dan malu.
*************
"Bella dengan Mirul duduk dengan mak ayah ke duduk sendiri?"tanya Puan Sri Zara.
"Mak dan ayah kami dah lama meninggal.Kami duduk sendiri sekarang tapi bukan dekat rumah mak ayah"jawab Bella.
"Ooh,maafkan makcik ye"kata Puan Sri Zara.Bella mengangguk tanda faham.
"Kamu lepas habis belajar nak buat apa Mirul?"tanya Tan Sri Azman.
"Saya fikir nak kerja dengan pakcik dekat Terengganu"kata Mirul.
"Pakcik kamu kerja apa?"tanya Puan Sri Zara.
"Pakcik ada buka resort di Terengganu.Dia minta saya kerja dengan dia lepas habis belajar"kata Mirul.
"Bella umur berapa?"tanya Puan Sri Zara.
"Saya dah 26 tahun ni"jawab Bella.
"Muda dari Fareez lah.Anak makcik dah 27"kata Puan Sri Zara.Bella hanya tersenyum kekok.
'Patutlah peragai macam tenuk.Lagi tua dari aku rupanya'kata Bella yang sempat mengata Fareez.Bella menghirup air teh perlahan-lahan.
"Kamu dah ada calon suami?"tanya Tan Sri Azman tiba-tiba.Tersedak Bella dibuatnya.
"Err........"

ANDA SEDANG MEMBACA
I Love That Drift Girl
RomanceMenceritakan peperangan antara dua orang insan.Hanya disebabkan satu kemalangan,si lelaki mula membenci si perempuan.Entah bila lah nk habis perangnya klau dua-dua tak nk mengalah. Yg perempuan pula tidak sengaja buat begitu.Bukan niatnya.Pada perem...