'Nyamuk tiruk'
"Dasar tenuk"kata Bella bersendirian.
"Tenuk?"kata jurusolek Bella.Bella bagaikan tersedar terus meminta maaf.
"Sorry,Farah.Bukan kau,maaf ye"kata Bella.
"It's ok,makeup kau dah siap.Boleh tukar baju lah"kata Farah.
Bella mengangguk kepala dan menukar pakaiannya.Selepas itu dia siap sedia untuk photoshot.
"Guys,sebelum kita mulakan.CEO kita akan datang nk tengok photoshot hari ini.Jadi kita kena buat yg terbaik"kata pengarah.Mereka semua terkejut dengan pengumuman itu.
"Faham semua? Saya yakin kita boleh buat"kata pengarah lagi.
"Kenapa CEO tiba-tiba je nak datang?"tanya Bella kepada Susan.
"Entahlah.Aku pun pelik juga,mungkin dia kena laporan kut"kata Susan.
Bermula lah kerja mereka.Bella mula mengayakan produk foundition dan lipstik diwajahnya.
Kelihatan beberapa orang lelaki bersut hitam mengiring seorang lelaki yang memakai seluar dan kemeja putih yg dilipat dibahagian lengannya.
"Tuan Fareez,silakan tuan"kata pengarah.
"Macam mana hari ni?"tanya Fareez sambil matanya melilau mencari sesuatu.
'I found you,nyamuk tiruk'bisik hatinya.
"Itu Bella.Model baru kita utk produk kecantikan muslimah"kata pengarah.
'Bella? Interesting'kata Fareez didalam hatinya.
"Panggil dia datang sini"kata Fareez.Lelaki itu mengangguk faham.
"Bella datang kesini sekejap"kata pengarah.
Bella yang sedang sibuk bergambar terus mengaturkan langkah mendekati pengarah.
'Apalah tenuk ni buat kat sini'kata Bella dlm hati apabila dia sedar bahawa Fareez sedang berbual bersama pengarahnya.
Fareez pula tersenyum sinis apabila gadis itu semakin dekat.
"Ye,Encik Rauf"kata Bella seperti melaporkan diri.
"Encik Rauf boleh sambung kerja"kata Fareez.Encik Rauf pantas mengangguk tanda faham lalu meninggalkan mereka.
"Tak sangka kita berjumpa lagi,nyamuk tiruk"kata Fareez sinis.
Bella memandang wajah Fareez menyampah.
"Apa kau nak?!"kata Bella keras.Fareez ketawa sinis seperti tidak terkesan dengan Bella.
"Aku cuma nak kau buat kerja elok-elok"kata Fareez.
"Aku tahu kerja aku.Kau tak payah nk sibuk dan pergi buat kerja kau sebelum CEO garang syarikat ni datang sini dan tengok kau yang tak buat kerja"kata Bella.
"It's funny,you dont know who am I?"tanya Fareez.
"Mesti lah aku kenal kau"kata Bella.
![](https://img.wattpad.com/cover/140929463-288-k493266.jpg)
YOU ARE READING
I Love That Drift Girl
RomanceMenceritakan peperangan antara dua orang insan.Hanya disebabkan satu kemalangan,si lelaki mula membenci si perempuan.Entah bila lah nk habis perangnya klau dua-dua tak nk mengalah. Yg perempuan pula tidak sengaja buat begitu.Bukan niatnya.Pada perem...