Mic drop.
Mic drop.
Samsung note yang berada diatas meja aku capai,
butang home ditekan, paparan waktu dilihat.
6.00 a.m.
Katil aku kemaskan,tuala pink dicapai lalu melangkah masuk kedalam bilik air.
...
Uniform biru kemas terletak dekat tubuhku.Awning tudung aku elokkan,taknak nampak selekeh.Sedikit semburan perfume aku semburkan dibadanku.
"Kau melupa kenang, dulu ku susah kau menghilang lalalala.." lagu Haqiem Rusli jadi hiburanku pada pagi ini,naikkan mood .
"woii,kalau suara sedap takpe juga..ni suara macam katak ada hati nak bising pagi-pagi."
"Sekati ahh" kataku lalu mengambil failku diatas meja.
"Cepat, kang lambat aku tinggalkan je" arah Dani sebelum menutup pintu bilikku semula.
"Ish yelah" kataku perlahan dan ambilkan begku sebelum melangkah keluar dari bilik.
...
"Weh,Dani kalau aku ikut naik bike kau, jadi adik datang sekolah naik apa?" kataku sambil berhempas pulas pakai helmet fullface hitamnya.
"Dia tak sekolahlah, kau lupa ke? Harini kan ada ceramah untuk upper form je."
Aku mengetuk kepalaku.Eh ye kan,lupa!
Dia membetulkan helmetku dan aku naik membonceng bikenya.
...
Kerusi semua diangkat oleh abang abang idola kelas Alpha 1 ke dewan.Hah,baik tak lelaki kelas kita orang? hehe.
Yang perempuan angkat kaki jalan je terus ke dewan.
"Miaaaaaaaaaa" kataku dan memeluk lengannya.
"You know what?Kemarin kan ak.."
"Good morning Miss Juliet" suara macho menyapa telingaku.
Aku menoleh ke arah tangga melihat gerangan siapakah yang mengwish pagi pagi ni.
Serentak itu Mia terbatuk kuat,
uhuk
"Erhh sakit tekaklah JULIET" bahunya disenggolkan kebahuku dan perkataan Juliet sengaja ditekankan.
Aku dah merah muka dan hanya membalaskan sapaannya dengan senyuman nipis.
Setelah memastikan si dia sudah jalan jauh dihadapan,muka Mia aku tengok.
Lengannya aku pukul, "Yaishh kau ni Mia,malu doh aku" perkataan yang sering aku akan keluar waktu aku malu,geram atau sedih , yaishh.
Dia boleh ketawa je.
Eihhh ,geramnya Ya Allah!
Aku nampak Dani lalu dihadapan aku dengan Aqil.Ha! Padanlah dua dua tinggi macam tiang.
Satu mentol keluar dari kepala aku.
"Daniiiii!" jeritku.
"sini jap" kataku namun dicubit lenganku oleh Mia.
"Wehh,soryla Ju" bisiknya padaku.
Ha padan muka, tadi bukan main kenakan aku dengan crush aku sampai muka ni blushing habis.
"Ha,pe?" katanya selamba.
"Oh,Mia!" katanya lagi.
Aku memandangnya pelik.Kau ni ada apa-apa ke?
Hmmm... kita siasat."Ha napa?" katanya lagi.
"Oh,Miaaaaa nak caka" kataku terhenti tatkala Mia menjerit betul betul sebelah telingaku.
"Juuuuu! Tu Azeem panggil" katanya dan tarik aku menuju kearah Azeem dan Harish,dua belangkas tu.
Aku ketawa berdekah dekah.Ha tu lah kau!
Padan muka !
"Eihh kau ni kan,Ju! Buat naya je tau." katanya lagi sambil termengah mengah menjauhkan diri dari Dani.
"Ha yelah..meh duduk" ajakku.
"Ju!" aku nampak Trisya mengangkat tangan dan Nia disebelahnya.
Oh my, thanks kawan tempatkan kita orang !
Bapak bosan ceramah pada hari itu ! Diceramahnya pasal motivasi, weh aku dah bermotivasilah. Tak habis habis motivasi ,bosanlah.
Akhirnya,aku elok terlentok dibahu Mia sambil mengunyah gula-gula.
...
"Juliett ! "
Aku menoleh kebelakang setelah mengenalpasti bahawa namaku benar-benar dipanggil.
"ye,saya?" jawabku dengan senyuman .
"Err,awak nak ikut tak sukan tahunan ni tahun?" soalnya dengan memandang aku kebawah memandangkan dia player basketball sudah tentu aku ni macam kerusi tu je pendek nak mampos.
Aku mengangguk, "boleh jugak" kataku.Kemudian mataku alihkan pada kertas acara yang menempatkan semua senarai atlet yang ingin ikut pada hari itu.
Mak aih! Apasal kosong ni?! Weh,matilah aku.
Dia senyum menampakkan lesung pipitnya yang comel.Yaishh,comellah.
"Ermm,mari kita duduk kat pondok tu eh?" Aku mengikut katanya .
"Nah,tulislah nama kat acara yang Juliet nak ikut" lalu menyerahkan kertas acara tersebut.
Aku mengambilnya tanpa melihat matanya.Sem,kataku dalam hati.
Eh,kau ni Sha menggatal nak tengok anak teruna orang lain.
Mataku lihat pada kertas acara,pen aku angkat dan menulis pada acara yang dikehendaki.
Tak lupa juga tulis nama Mia memandang kami satu rumah,Charlie iaitu rumah biru.
"Err,okaylah Danial Izzwan saya pergi dulu eh," kataku dan mengangkat kaki berlalu dari situ.
Dekat lama-lama ada yang meletop jantung ni tak lama.
"Bye,Juliet!" katanya senyum manis.
OMG
WHY DO YOU HAVE SUCH A SWEET SMILE, MR CRUSH?
Adakah anda tak tahu yang kau dah banyak buat salah pada diriku?
Kau dah curi hati,rompak jantungku,berperang dengan kata otak,mencairkan aku.
Yaish,Julietta Danishha.
to be continued
YOU ARE READING
Lost brother
Teen FictionWell,this is my life. You know what? Bukan semua apa yang kita nak kita dapat. Setiap hari ada je serba tak kena,ada yang tak puas hati. That's life. A real life. So,bahagiakah insan bernama Julietta Danishha? She tried to be happy. Kedatangan seora...