SEKURANG-KURANGNYA ITULAH APA yang aku ingat tentang Adnan dan juga aku. Tentang permulaan kisah bagaimana Adnan mula-mula jadi pembawa beg dan tukang pimpin aku ke sekolah setiap hari, setiap tahun.Semenjak daripada Tadika, kemudian darjah 1, 2, dan 3. Masa darjah 4 tu Adnan dah dinaik taraf. Daripada sekadar pembawa beg dan tukang pimpin, dia jadi tukang tulis aku pula. Hahaha!
Kejap, darjah 3 ke darjah 4 ek? Entahlah. Tak ingat. Tapi apa yang aku ingat, masa tu tapak tangan aku gatal-gatal, berair dan merekah. Jadi Adnan kena tolong aku salin semua yang dekat papan hitam. Bila tangan mula sihat, dah jadi hobi pula aku mengecat kuku tangan dengan marker merah sementara Adnan lah yang terus bertungkus-lumus menyalin apa yang cikgu suruh. Bila cikgu soal, Adnan tolong jawab yang tangan aku masih sakit. Sampai darjah 6 cikgu tetap menyangka yang tangan aku masih sakit dan tidak sembuh-sembuh semenjak darjah 4. Ah, memang setia betul budak tu.
Secara kesimpulannya, dia buat 2 kerja dalam satu masa jadi dia terpaksa bekerja 2 kali ganda lagi cepat daripada kawan-kawannya. Dia siapkan 2 kerja rumah dan pastilah dia 2 kali ganda lagi faham daripada kawan-kawan sebaya yang lain. Adnan buat 2 kali latihan Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam sementara aku pula, 0. Kosong. Kalau Adnan 2 kali ganda lebih pintar daripada orang lain, aku ni 2 kali ganda lagi bodoh daripada orang lain.
Tapi tak mengapa. Tak kisahlah sebab: untuk apa diciptakan kelas hujung kalau bukan untuk orang-orang macam aku di sekolah menengah nanti?
Masa sekolah menengah, Adnan masuk kelas pertama. Aku jadi rodong kelas terakhir sementara Adnan dilantik pengawas dan Ketua Kelas. Berkawan dengan budak nakal menjadikan aku sebagai aku dan berkawan dengan budak nerd menjadikan Adnan sebagai Adnan. Perbezaan antara kami dah mula jadi macam langit dan bumi. Adnan budak baik, aku budak jahat. Adnan langit, aku bumi.
Kali pertama aku prank Adnan adalah pada waktu rehat, ketika kantin sekolah dilimpahi dengan pelajar. Aku nampak dari jauh lagi kelibat Adnan yang sedang mengambil makanan menggunakan tray. Aku juihkan mulut pada Linda dan Aina yang memang menjadi sahabat baik aku semenjak tingkatan 1. Kedua-duanya mengalih pandangan lalu tersenyum jahat. Menggigil-gigil Linda dan Aina menahan gelak ketawa.
"Wei, kita belum mula lagi, okey!!" Aku memberikan amaran keras, meminta mereka berhenti ketawa.
"Aku dah boleh bayang yang benda ni bakal jadi kelakar," Linda memintas.
"Kawal! Kawal! Tu dia datang tu!" Aina mendesis perlahan,meminta Linda mengawal air muka.
"Pastikan kau rakam muka dia betul-betul, Aina. Aku tak nak jadi macam video minggu lepas masa kita prank Cikgu Shahril dengan panggilan telefon daripada hospital. Muka Cikgu tak masuk frame langsung!"
"Kan... kau ingat tak macam mana muka Cikgu Shahril masa tu? Biru beb lepas dapat panggilan!" Linda menambah lantas tertawa.
"Siapa tak biru muka bila 'pihak hospital' maklumkan yang pelajar kesayangan dia a.k.a aku mengandungkan anak luar nikah dan namakan dia sebagai bapa kepada bayi dalam kandungan aku. Hmm... Bijak tak?" aku mencuba memuji diri sendiri yang telah menjadi dalang kepada prank tersebut.
"Pfffttt!" Menyembur air liur Aina bila teringat sebelum akhirnya menyampuk, "Cikgu Shahril siap cakap apa?! Ehem ehem," membetulkan tekaknya untuk mengambil suara garau, "ya, saya bapa kepada bayi tu," suaranya muncul macam suara Cikgu Shahril juga. Hampir sama garaunya.
"Dia bagi nombor I/C dia pada 'pihak hospital' untuk dimasukkan ke dalam sijil lahir!!!" dalam keadaan lemas dengan ketawa, Linda masih mahu menambah rencah.
Aina dan Linda sudah merah muka bila kemahuan untuk ketawa dan bernafas sama-sama naik. Tapi kedua-duanya tak nampak pun macam nak berhenti. Masih ketawa sampai kemerah-merahan wajah keduanya.
YOU ARE READING
Prank-Prank Cinta
Любовные романыNurun Nazirah Jaafar, budak nakal kelas hujung memang suka sangat kenakan si bijak Adnan Iskandar Ramlee daripada kelas pertama semenjak dari sekolah tadika sampai terbawa-bawa ke alam dewasa. Adnan pula memang jujur betul budaknya, tak pernah memba...