"EH?!" FREKUENSI SUARA Hilman naik secara mendadak menembusi corong telefon.
"Sori Hilman. Aku tak dapat pergi Universiti M dengan kau,"
"Kau dah tak nak sambung belajar?"
"Bukan... Aku... nak pergi tempat lain,"
"Oh, tak apa la macam tu. Kau nak sambung belajar dekat mana?"
"Minggu depan aku masuk Kolej Komuniti dekat bandar,"
"Eh?!!!" makin kuat suara Hilman dalam telefon.
"Maafkan aku Hilman,"
"Maksud kau Kolej Komuniti dekat perumahan sekolah kita dulu?"
"Hmm..."
"Woi Adnan! Kau sedar tak apa kau sedang buat ni?! Ini Universiti M! Universiti yang mendapat tempat pertama dalam Malaysia dan semua orang, SEMUA ORANG, berebut-rebut nak masuk sini tapi kau... Kolej Komuniti? Hah!"
"Aku tahu... ini macam tak dijangka..."
"Kau cakap dengan aku, keluarga kau tak ada duit ke nak hantar kau dekat sini sampai kau terpaksa masuk kolej tu?"
"Tak..."
"Habis tu kenapa?"
"Aku ada sebab yang aku tak dapat bagi tahu kau Hilman,"
"Sebab apa tu?"
"Ah, aku tak boleh..."
"Woi Adnan. Kita kena jumpa malam ni. Kita berdua mesti jumpa malam ni, selesai kan pasal ni!"
"Tapi aku tak ada apa lagi nak bagi tahu. Semua aku dah cakap pada kau,"
"Tempat biasa. Kau mesti datang kalau tak... Persahabatan kita sampai hujung bulan ni je!" ancam Hilman pula.
"Hilman..!"
*********************************************
"KAU CAKAP KITA dua je?! Ini..." Adnan mahu berbisik pada Hilman yang duduk di hujung meja.
"Kita dua? Perkara besar macam ni aku nak kau terus-terang dengan semua geng kita. Kau tahu kan kemasukan tu esok?" Hilman mengulangi pertanyaannya dalam telefon sebentar tadi.
"Aku tahu..." Adnan akur.
"Apa yang aku tak tahu ni? Kemasukan apa?" Muhaimeen mencelah bila melihatkan Adnan dan Hilman yang semakin rancak berbual.
"Universiti M," Hilman memaklumkan sepatah.
"Ah... ni perjumpaan budak-budak pandai ni. Aku tak patut datang kalau ikutkan," Yaqeen meluahkan kekesalan bila melihatkan arah tuju perbualan. Berbanding Hilman dan Adnan yang bernasib baik memperolehi tempat di universiti pertama, dia cuma memperolehi tawaran kemasukan ke kolej matrikulasi untuk program satu tahun.
"Isunya sekarang, Adnan tak nak pergi. Daripada Universiti M, mamat ni pilih kemasukan ke Kolej Komuniti belakang sekolah kita," Hilman menerangkan.
"Hey, Adnan... kau jangan main-main boleh tak?" Yaqeen melangut tak percaya.
"Ah, eloklah macam tu. Boleh aku jumpa kau tiap kali balik cuti," Muhaimeen kedengaran sakan sebab daripada universiti paling bagus, dia dapat tawaran ke universiti paling utara dalam Malaysia.
"Muhaimeen!" Yaqeen dan Hilman serentak menegur sahabat mereka yang memang suka sangat lari topik dalam apa-apa saja perbualan.
"Oh..." memekup mulut kerana menyedari dia telah tersalah cakap.
YOU ARE READING
Prank-Prank Cinta
RomanceNurun Nazirah Jaafar, budak nakal kelas hujung memang suka sangat kenakan si bijak Adnan Iskandar Ramlee daripada kelas pertama semenjak dari sekolah tadika sampai terbawa-bawa ke alam dewasa. Adnan pula memang jujur betul budaknya, tak pernah memba...