💞6

33.1K 1.1K 37
                                    

Usai Satu shift harini. Incharge kubikel shift petang sedang mengambil report dari staff pagi. Disebabkan aku takde kena mengena Dan suami aku tiba tiba mesej cakap tak boleh nak hantar balik sekarang Sebab ada talk, aku terus menyelinap masuk dalam bilik MO. Nak pinjam Pc untuk tengok Markah hrmis aku. Oh jangan tanya hrmis tu apa. Aku tak berapa ambik tahu. Asalkan sister bagi Markah cukup berdasarkan cara kerja aku. Dan semestinya kaki bodek dapat Markah tinggi. Tapi, bukan aku. Okey.

Baru nak masuk laman Web hrmis, pintu dikuak. Alamak mesti diorang nak guna pc..

"sayang buat apa?"

Aku panggung kepala. Siapa lagi nak bersayang dengan aku kalau bukan husband aku sendiri kan?

"oh.. Nak log in hrmis kejap, nak tengok Markah"

"tengok kat rumah jela. Bukannya kat rumah takde laptop. Jom."

Aku lihat ammar dah angkat beg.

"pegi mana? Tadi kata tak jadi hantar balik awal?"

"oh.. Abang ada talk kat auditorium. Jom. Ikut abang. Nanti boleh balik terus" aku nganga sekejap. Talk apa Pulak ni. Aku Paling malas pegi talk. Dia boleh ajak aku?

"abang tunggu kat bawah" katanya sebelum beredar. Hurmmm nak taknak, kena la jugak pegi. Ala tak syiok nya! Entah entah kena duduk depan. Mati la aku tak bole nak tidur curi curi. Huhu!

"aik, ingat kak pia dah balik" tegur Mel.

"nak balik la ni"

"ore tu mari denge cik Abe arini. Balik awal la pia wehh, tok laki tunggu nuh!" sampuk kak emi, team leader petang. Dia ni lagi senior dari aku. Kalau aku baru nak masuk 4 tahun kerja, dia ni dah nak 10 tahun kerja. Sister to be la bak kata orang. Tapi.. Mane dia tau aku datang dengan tok laki aku?

" aik, tahu saje ore datang denge cik Abe" aku try la balas dalam dialek dia. Tapi ke laut. Mel dah gelak kan aku. Saje lah tanya kot kot dia nampak aku dengan ammar pagi tadi. Tapi dia kan kerja petang. Hmmm..

"akak tak nampak pun kete mu parking dinu.. Rosak ko? Mesti la tok laki ata.. Tak kan naik uber" okey kak emi ni part gossip no Satu oke!

"husband akak keje hospital jugak kan? Hkl kan?" sampuk Mel.

"ha? Ha.. Haah.." aduh jangan gagap la pia nanti kantoi.

"keje mende? Mu tok penah oyak pun tok laki mu kijo nape, pia." kata kak emi sambil mencekak Pinggang. Dasar bawang Holland! Huhu!

"keje biasa je kak.. Hehe hehe.. Pia caw dulu ye. Tok laki dah tunggu. Keje elok elok. Jangan Jona Jona. Bye!" saje aku cepat cepat pegi dari situ.. Nanti Banyak Pulak soalan yang kak emi bagi.

******

Okey seperti yang aku duga.. Seat yang dipilih memang depan sekali! Nak menangis aku rasa. Mujur ada staff nurse lain.. Tapi tak ramai.. Yang ramainya doktor.. Mujur.. Takde la pelik tengok aku sorang staff nurse sesat kat sini.

Aku tak pandang tempat lain. Takut orang pandang aku semacam Sebab aku dok sebelah dr pakar bajet hot ni. Dah la seat paling depan. Memang aku dan dia sahaja okey. Mana orang tak pandang. Okey biarla... Kalau orang tanya aku jawap la dia ni yang duduk sebelah saya! Kikikiki...

"tajuk?" soalku pada ammar yang sibuk dengan group whatsapp antara doktor... Aku ada la jeling sikit sikit.. Dia ni macam silent reader je. Baca then xde pun nak reply sepatah dua.

Aku tengok lagi dia, nampak macam taip sesuatu..

Our MO clerking patient admitted yesterday 'diagnosed' CRBSI, claim that there's pus on tip of cath. However, no removal done. That patient had septicaemia this morning. Luckily stable after iv norad dble strength - ammar

Aku intai lagi..

Which MO, mar? - khairul

Dina. - ammar

Should we tell them what should we do if pt had this, if pt had that... No critical thinking meh? - yew

Should tell them one by one. Haiyoo.. Mo already ma.. - chen

Maybe they afraid of you la ammar. You garang sangat - farah

Aku tersedar apabila skrin menjadi gelap. Ammar memandangku. Oh tak sangka panjang jugak leher aku ye. Sampai kerusi sebelah dah ni. Hahaha.

"hehe.." hanya sengihan je mampu ditayangkan.

"tajuk harini blood transfusion" kata ammar lalu menyimpan fonnya kedalam poket.

Oh dengar Rupa nya soalan aku.

"tapi.. Abang tu memang garang sangat la" kataku perlahan cukup didengarinya.

"sayang nak abang garang dengan sayang jugak ke?"

Belom sempat jawap, entah dr mana yang sapa ammar lalu duduk disebelahnya. Okey nasib baik.. Takda le pelik sangat kalau orang tengok aku berdua je dengan dia. Hihihihi...

"lambat start" kata dr tu.. Entah apa namanya nametag pun takde. Huh

"tu lah. Dah pukul 2.45pm ni.. Btw zaf, ni my wife.." alamak gatalnya mulut sang suami. Sempat pulak perkenalkan aku ni isteri dia! Orang tak tanya diam diam dah la! Grrrrr! Aku pun nak taknak terpaksa la senyum.

"lah aku ingat artis mana la duduk sebelah kau tadi. Macam siapa rizrose tu. Pelakon cite pukul 7 tu?" aku da sengih lebar. Muka aku ni ada la iras risya rizrose sikit. Sikit ja. Body tu sama la. Muka tu sikit la. Nanti orang kata kopipes pulak! Haha! Perasan la kau ni pia.

" artis la sangat. "kata ammar sambil memandnag aku. Mati senyuman aku. Dia ni. Suka spoil mood gembira aku. Cisss!

" relax je kau kan.. Kahwin dengan staffnurse. Orang lain mane mau.. Nak doktor la farmacist la.. Padahal Ho. Mo.. " okey aku termenung kejap.

" jodoh tu tak kira job pun, zaf.. Kalau dah sayang.. Makcik cleaner pun bole" katanya sambil pandang aku.

******

Aku berhenti mop rumah ketika terdengar salam dilaung dari luar rumah. Suara lelaki lah. Kawan abah kot datang. Abah takde pulak, baru je keluar dengan umi.

Aku menjawab salam sambil berjalan ke muka pintu. Ya Allah handsomenya kawan abah.. Shahrul ridzwan ke ni? Ada pakej janggut sikit, badan taf, senyuman dia.. Ya ampun.. Melting.. Tapi apesal dia macam senyum menganjing ye?

"cik cleaner, tuan rumah ada?"

Apa? Cleaner dia panggil aku! Punya la lawa aku ni, cleaner dia panggil? Huh tak leh jadi ni!

"amboi sedare, sedap mulut ye panggil orang cleaner. Lawa lawa macam ni panggil cleaner?" aku dah cekak pinggang.

"ya Allah.. Pia! Kenapa ni?" umi yang baru sampai dengan abah terus mendapatkan aku. "tudung mana tudung? Dengan mop bagai ni kenapa pia? Ya allah..." umi geleng tengok aku. Ya allah patut lah! Aku dah la tak pakai tudung! Rambut serabai, pegang mop pulak tu. Mana tak nya dia panggil aku cleaner! Laju aku lari meninggalkan umi, abah dan kawan abah kot serta mop aku. Malu jangan cakap lah. Patut la dia senyum menganjing je!

Okey pia, habis da throwback. Tu first time aku jumpa ammar. Masa tu aku baru habis sekolah.. Dia pulak tengah cuti semester. Datang sebab mak dia suruh hantar makanan kat rumah aku. Mak ayah dia kawan baik umi abah aku rupanya..

Entah la apa yang mak dia fikir sampai nak jadikan aku menantu. Cettt!

hello husbandWhere stories live. Discover now