Hai ammar, can you please help me about the research- farah
Aku terbaca mesej yang tiba tiba pop up discreen fon ammar. Dia yang sedang menonton tv langsung tidak mempedulikan mesej tersebut. Aku yang sedang baring dipahanya memandangnya.
Oh btw you free tak esok, jom lepak cafe depan hospital - farah
"abang, sejak bila dr farah ni mesej dengan abang?" soalku.
"oh selalu" ya Allah slumber nye jawab! Aku bangun, membetulkan duduk.
"selalu? Abang ada apa apa dengan dia ke?" soalku.
"apa pulak. Dia tu kawan abang kan"
"habis tu dia ajak abang lepak la, tolong buat research la.. Apa tu?"
"oh, dari haritu lagi. Tapi abang tak pergi pun. Abang suruh husband dia yang tolong buat research" kata ammar. Berkerut dahi aku dengar. Bila masa dr farah tu kahwin? Dulu dia Mo di wad aku bekerja. Baru je naik jadi pakar. Mungkin satu batch dengan ammar..
"mana la abang tahu bila dia kahwin"
"serius sayang tak tahu dia dah kahwin. Padahal dulu dia mo kat wad tu.. Husband dia mesti doktor jugak."
"entah. Yew cakap husband dia unemployed.." ternganga aku dengar. Wahh husband tak kerja duduk rumah goyang kaki ke. Syiok betul.
"habis tu nak kat laki orang pulak!"
"laki sape?"
"laki sayang la. Dah sibuk ajak lepak la tolong itu la ini la"
"pasal tu la abang suruh husband dia yang tolong dia buat research. Husbang dia kan 24/7 free.. Nak lepak pun anytime.."
"kenapa la dia kahwin dengan lelaki macam tu, lepas tu sibuk nak kacau husband orang"
"you know something?" okey ammar ajak aku gossip. Ni memang hobi aku pun. Hihihi.
"apa dia apa dia?" aku excited. Ammar suruh aku dekatkan telinga dengan bibir dia. Eleh nak bisik bisik macam la ada orang lain dengar. Aku ikutkan saja..
Ammar mencium pipiku tiba tiba lalu ketawa. Cettt terkena aku!
"bab bergosip, nombor satu kan! Heeee" aku menjeling nya. Amboi gelak sakan ye.
"okay fine" aku peluk tubuh. Gaya macam merajuk.
"sayang tu jangan nak fikir bukan bukan, abang dengan dia takde pape."
"betul?!"
"betul la. Yang paling penting, esok abang nak ajak sayang pergi tengok wayang."
"ha jom jom! Lepas tu sayang nak beli baju tudung.." kalau bab keluar memang aku excited betul. Nak nak kalau keluar dengan husband. Dah tentu 100% perbelanjaan ditanggung beres haha!
"oh tak jadi la. Wife abang kan merajuk tadi." ammar bangun. Aku dah terpinga pinga melihatnya. Dia pulak ketawa suka melihat reaksi aku.
"jahatnyaaaaa! Sayang tak kira sayang nak pergi jugak!" laungku pada ammar yang sudah menghilang ke dalam tandas.
******
Macam biasa, kalau keluar mesti aku berpakaian simple sahaja.. Seluar jeans, blouse dan shawl kosong kasut wedges. Ammar pulak tshirt polo, seluar jeans dan kasut sarung clarks. Santai sahaja. Bukan nak pergi mana pun. Nak pergi tengok wayang sahaja.
Sebaik sahaja tiba di quill city mall, tempat pertama yang dituju adalah panggung wayang. Beli tiket dahulu.
"sayang nak tengok cerita apa?" soal ammar.
"cerita.. Guardian of galaxy boleh?"
"suka sangat tengok cerita mengarut macam tu."
"ala...."
"okey okey." tak sempat ala aku nak panjang. Haha!
Setelah membeli tiket movie yang akan bermula setengah jam lagi, aku beli popcorn dan kudapan lain.
Usai beli aku lihat suamiku sedang menunggu disatu sudut sambil memeluk tubuh. Okey, tiba tiba jatuh cinta dengan suami sendiri. Heheee. Kenapa kacak sangat!
Okey bukan mata aku sorang je yang usha dia, aku perasan ada sekumpulan gadis memandang ammar. Laju aku berjalan ke arahnya.
"banyaknya sayang. Habis ke?" soal ammar. Dengan popcorn, kitkat, m&m, twistes, sosej.
"habis... Abang kan ada tolong makan"
"lepas movie nak makan lagi."
"itu lain.ini lain"
"perut sayang tu ada 4 ke?" ammar sengih.
"abang ingat sayang ni lembu ke? Maksud sayang.. Ni makan simple, lepas movie makan berat.."
"okey, okey."balas ammar. Malas nak berbalah dengan aku la tu.
Setelah setengah jam menunggu, akhirnya hall dibuka. Aku rasa aku orang paling excited!
******
" okey sayang bagi 4 bintang! " kataku sebaik sahaja duduk di kerusi meja didalam restaurant pizzahut.
Ammar hanya diam. Aku tahu movie tu bukan genre yang diminatinya tapi sebab dah takde movie lain yanh seronok dia pun setuju jelah.
"nak hawaian chick...."
"eh, ammar.. You kat sini? I text you tak reply" aku panggung kepala. Oh my god! Dr farah! Mukaku dah cuak. Tapi nak taknak aku senyum jugak. Ammar pula masih tenang memandang dr farah.
"sorry tak reply, i busy sikit" kata ammar.
"you bukan staffnurse wad 6a ke? Wow, how can both of you together? Terserempak ke?" soalnya.
Sebelum ammar jawap, laju laju aku angguk. Mengiyakan bahawasanya aku dan ammar terserempak sahaja.
"your wife tak marah ke you keluar dengan staff you, ammar?" soal dr farah lagi.
"nope, actually..."
"erm.. Tu la saya dah cakap dengan dr ammar dah tak payah belanja kami makan.. Dia nak belanja jugak.." laju aku potong.
"oh so you all bukan berdua la.. Boleh i join tak?"
"boleh dr.. Dr dengan siapa?"
"alone.tula tadi i ajak dr ammar ni keluar sebab nak mintak tolong pasal research i tapi dia tak reply.. So i saje jalan sini" kata dr farah lalu duduk disebelah ku. Aku lihat muka ammar dah berubah. Marah samaada aku tidak mahu dr farah tahu tentang hubungan aku dengan dia atau bengang sebab aku setuju dr farah makan sekali.
"ooo.. Sory ya, saya nak pergi ladies kejap" aku meminta izin. Kemudian berlalu.
Entah apa dalam fikiran aku sekarang ni. Hati berdebar. Tak patut buat ammar macam tu. Dia kan suami aku. Macam tak hormat pula. Habis tu macam mana ya. Takkan aku nak datang balik kat situ, makan sama sama.. Nanti dia musykil pulak mana kawan kawan lain yang aku cakap tu. Aduhh tula kau pia... Tapi kalau bagitahu dia yang aku ni wife ammar, habislah kecoh satu department. Aku taknak la nanti aku kena tukar department sebab husband sama department. Hmmm... Dari mata dia pandang aku tadi pun nampak macam aku ni tak layak untuk ammar.
Tiba tiba tanganku ditarik. Mulut tak jadi menjerit. Ammar dibelakangku.
"sayang ni gile ke?" kata ammar. Perlahan namun tegas.
"kenapa pulak? Mana dr farah?"
"sanggup sayang tinggalkan abang dengan dia berdua? Tak berhati perut langsung! Abang nak balik!" kata ammar kemudian berlalu meninggalkan aku yang terpinga. Balik? Tak makan lagi! Habis dr farah tadi? Ahhh! Apa apa pun baik aku kejar husband aku dulu. Nanti nak balik naik apa?
ANDA SEDANG MEMBACA
hello husband
SonstigesKisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni 6bulan. Kenapa?" "apa??!" Atas permintaan sofea, hubungan mereka dirahsiakan. Nanti orang sibuk ta...
