💞16

27.3K 901 9
                                    


"ala doktor ni. Asal oncall je nak orang assist itu ini.. Ambik darah je pun. Ho pun tak payah assist dah kot! Ni kan pulak mo dah besar panjang" bebel lina.

Aku yang dengar nak tergelak dibuatnya. Dah besar panjang ke dr faiz tu. Aku tengok pendek je dari dulu.

Teringat pulak masa aku keje malam haritu, dia yang oncall. Memang dia ni ngada ngada semua benda nak suruh assist. Tapi lastnya, bila tak assist, mesti dia buat hal.

"kak pia, tolong ambikkan saya swab" katanya padaku. Aduhai kenapala aku lalu time dia nak minta swab! Huh malang kau ni pia.. Aku pun mengambil sepeket swab lalu diberikan padanya.

"kak pia, assist saya kejap."

Oh my god. Aku berpaling.

"nak assist apa?"

"ni ha, masukkan darah yang saya nak ambil dalam botol c&s tu!"

"you should do by urself, or dr ammar will scold you. Saya taktahu.." aku angkat bahu. Malas membantu.

"alah kak pia.. Bukak kan ja penutupnya. Please. Saya lupa lah nak bukak tadi sebelum cuci tangan."

Huhhh! Nak taknak aku bukakkan. Dr faiz yang tengah sengih tu, nak je ku terajang muka nya. Geram pulak aku. Sengih sengih macam la handsome sangat.

"okey kak pia sayang, thank you ye"

Aku terus beredar. Kemain bersayang sayang pulak kau ni. Aku terus ke pantry. Duduk sekejap. Kerja ku sudah siap. Menanti orang malam untuk pass over.

Pintu bilik dikuak. Dr faiz muncul lalu duduk disebelahku. Hmmm sibuk laaaa mamat nih.

"busy betul harini" katanya. Kelihatan dia mengeluarkan fon dan membuka Facebook.

"busy tapi sempat online facebook"

"ala rehat la kejap. Kak pia kenapa garang sangat dengan saya"

"eh sukahati saya la. Dah lah saya nak sambung kerja." aku bangun. Mahu meninggalkan pantry itu. Tapi tiba tiba dr faiz menarik lenganku. "eh apa ni dr?" soalku. Segera aku tarik lenganku dr genggamannya. Mujur takde siapa disitu. Eeii.. Nak je aku siku mamat ni.

"tunggu la kak pia. Jom borak borak."

"eh takde masa la saya nak borak dengan dr. Pergi la buat kerja" kataku bengang lalu keluar dari situ. Amboi, sesukahati dia je kan nak pegang pegang tangan aku! Siap kau aku report laki aku.

Okey harini isnin. Pagi pagi tadi aku buat drama sedih dengan laki aku. Macam la dia kursus setahun. 4hari je kot. Tapi 4 hari pun sedih jugak. Mana pernah aku jauh dengan dia. Aina dah sengih sengih tengok aku nangis sambil peluk laki aku. Sengaja dia datang pagi buta nak ambil aku pergi kerja. Ammar tak sempat hantar aku. Dan aku malas nak drive. Yang penting, ammar dah bayar aina siap siap. Aina pulak gedik gedik cakap ammar tu berbeza dari waktu kerja lah, taknpercaya itu dr ammar lah. Sukahati kau lah aina... So 4 harini.. Aina akan duduk rumah aku, teman aku. Yezzaaa... Ada kawan. Takde la boring..

Dan yang paling sadis, minggu ni aku straight incharge patients. Dr farah pulak cover ammar kat wad, dipantau dr ravi.

Macam macam perkara dasyat berlaku sepanjang ketiadaan ammar di wad. Wad macam lintang pukang. Semua tak berjalan lancar.. Admission bertalu talu dari klinik, walkin, emergency.. Wad penuh & dr farah pun takde discajkan pesakit. Katil dah tak cukup, terpaksa tambah extention.

Kadang kadang kenapa ye aku rasa dr farah senyum sinis pada aku. Ke perasaan aku je. Aku nampak muka dia macam puas sangat. Wad full kot. Sepatutnya masing masing penat. Dia sepatutnya faham lah, takkan dia nak jaga 40 patient sekali gus? Haih.. Tak faham aku.

"kak pia, bed 20 ni dr farah suruh tolak xray sekarang" kata dr chen.

"ye doctor, saya pun tengah tunggu ppk tolak. Masing masing busy sekarang ni" kataku yang sedang melakukan dressing pada kaki patient bed 18.

"tapi dr farah dah bising lah"

"aduh bukan urgent pun.." aku merungut sendiri. Yela. Bukan patient tu post ijc ke intubate ke, fever ke. Patient tu stable je siap bole online fb lagi. Boleh kot tunggu kejap!

"apa you kata? Tak urgent? Patient ni nak buat assessment tau. Operation dia khamis ni! I nak xray cepat sebab nak refer urology!" kata dr farah. Dia bukak langsir yang aku tarik untuk buat procedur.

"saya faham la dr. Tunggu saya habis dressing kalau ya pun. Tangan kaki saya ada dua je. Kalau dr nak cepat ha tolak la sendiri" jawab ku bengang. Haaa ambik kau geram aku.

"okey i give you 5minit staffnurse! Kalau takde i report sister you" kemudian dia beredar. Sempat aku jeling dia. Hee annoying gila. Khmis kot. Ada 3hri lg. Mcm la sejam pun tak boleh tunggu! Usai dressing, aku tinggalkan semua kerja. Hantar pesakit ke xray. Terpaksa la aku tolak sendiri.

hello husbandWhere stories live. Discover now