💞23

26.6K 965 22
                                    

Usai mandi, aku mendapatkan ammar yang sedang membaca buku ilmiahnya di atas katil.

"abang, can i borrow your laptop" okey tu ayat pertama aku sejak balik kerja tadi.

"ada atas meja tu. nak buat apa?" soalnya.

"explaination letter" berkerut dahinya memandang aku.

"kenapa pulak? Abang takde suruh buat pun"

"bukan abang yang suruh. Sr yang suruh."kataku lalu menekan butang on laptopnya. Alahai wallpaper gambar kami berdua. Sweet sangat. Hmmm.. Siapkan la explaination letter kau tu dulu pia sebelum bergembira.

"pasal apa?"

"patient tadi"

"oh. Let me do it for you." aku pandang ammar.

"benarkah begitu? Ya Allah, kecil tapak tangan KLCC saya tadahkan" kataku gembira. Yela aku mana suka ngadap laptop ni. Sakit kepala aku. Hmm alasan.

"so.. Boleh lah bagi upah kejap lagi" aku jeling dia yang sedang menaip laju keyboardnya.

"upah apa? Penumbuk nak?"

"buatlah sendiri" laptop itu diberikan padaku semula. Sempat aku baca sepatah. YaAllah bahasa inggeris ditulisnya! Aku ni dala kureng bahasa penjajah tu.

"abang buat la. Sayang tak reti tulis bahasa omputih. Abang tau ke sayang nak explain pasal apa?"

"abang tau" tau saje. Macam mana dia boleh tahu ni.

"abang tau ke pasal staff green zone tu?"

"abang tau, ppk anisa kan? Abang tau. Sayang duduk je diam diam" katanya. Hee.. Dia ni biar benar. 10minit sahaja. Siap! Walaupun dalam bahasa inggeris, aku masih faham lah kalau nak baca. Perfect ayatnya. Dan jalan cerita yang sama. Ni yang sayang lebih ni!

Aku pandang dia yang sedang menyambung membaca buku.

"okey tak?"

"okey sangat kalau sayang yang tulis mungkin tahun depan belum siap. Jadi...abang tak marah sayang dah?"

"siapa kata?"

"sayang yang kata. Mulai harini perang dingin antara sofia dan ammar dsh berakhir." aku tarik tangannya untuk bersalaman sambil tersengih lebar.

"so, tell me. abang ada apa apa ke dengan dr farah?"

"tell me first, sayang ada apa apa ke dengan faiz?"

"nope. Nothing" aku geleng laju.

"sama la macam abang dengan farah. Abang takde ape dengan dia. So dah rasa macam mana kena tuduh benda yang tak betul kan?" aku angguk.

"nak buat lagi?" aku geleng.

"good. So mana upah abang?"

"tapi dr farah tu selalu menyendeng dengan abang"

"sayang ingat abang layan ke dia? Abang ni da ada isteri. Abang ingat lagi belum nyanyuk."

"kalau macam tu jangan layan langsung la dia tu"

"abang bukan taknak layan tapi abang terpaksa ajar dia. Abang taktau la macam mana dia boleh dapat tittle dr pakar tu" kata ammar. Aku faham maksudnya. Aku diam. Memikirkan hal semasa dr farah menjaga wadku dahulu. Memang teruk managementnya. Aku pandang ammar sambil angguk.

"well, make sense.." kataku..

"kalau macam ni.. Make sense tak?" ammar mencium pipiku sebelum menarik selimut. Terjerit kecilku dibuatnya.

*******

Sebaik sahaja sampai di wad, aina tarik aku ke dalam bilik rawatan. Terpinga pinga aku dibuatnya. Sempat aku pandang sekeliling. Nampaknya wad tenang harini. Mintak mintak la petang ni tenang jugak.

"kak cepat la tengok ni" kata aina. Dia menghulurkan handfonnya pada ku.

"apa dia?" soalku lalu melihat skrin fonnya. Eh ni macam aku? Dengan ammar, masa intubation patient semalam. Siapa punya kerja la tu, orang kalut kalut dia tangkap gambar.

"sweet sangat" kata aina.

"yela tu"

"aina send kat akk tau. Jangan lupa buat profile picture" kata aina. Lain macam excited dia ni.

"yelah.." balasku. "akak nak pergi bilik sister jap tau" kataku lalu meninggalkannya.

Mati langkah kakiku bila terdengar orang berbual didalam bilik sister. Aku apalagi, pasang telinga la dari luar.

"tukarkan je pia tu matron. Makin menjadi jadi pulak gediknya sejak dr ammar ada kat sini" kata sr sakinah.

"tak boleh la kinah, kan matron anisa dah kata jangan tukar. Lagipun dr ammar lg 4bulan j4 kat sini." kata matron nora.

"memang la lagi 4 bulan matron, ni baru 2 bulan dah macam macam hal jadi ni kan lagi nak tunggu 4bulan lagi? Makin menjadi jadi la perangai pia tu. Semalam pun dia cakap kurang ajar dengan saya tau matron. Memang nak kena budak tu"

"sayang buat apa tu?" suara ammar mengejutkan aku. Sejak bila pulak dia ada dekat sebelah aku ni?

"ermm.. Ha takde apa. Nak hantar el ni"

"dah tu tercegat kat luar je kenapa?"

"kejap lagi la sayang hantar. Nak ambik report dulu. Hehe.." entah kenapa aku rasa kecewa sangat dengan sr sakinah. Kenapa la dia benci aku sangat ye?

"sayang" ammar tarik tangan aku. "request cuti hujung bulan. Ada kenduri rumah ibu nanti. Request terus harini."kata ammar. Aku angguk. Semalam umi ada bagitahu. Memang aku nak request sekali hantar el ni tapi sebab terdengar mereka berbual macam tu terus tak jadi nak masuk.

"abang, betul ke sayang kena tukar department?" bisik ku. Aku membuntutinya ke bilik dr.

"taklah, abang dah cakap dengan kpj anisa haritu. Lagipun abang kan lagi 4bulan je kat sini"

"tapi.."

"sr cakap apa kat sayang?"

"dia paksa matron tukarkan sayang. Macam mana?"

"hadap abang dulu. Dah pergi buat kerja." katanya lalu meninggalkan aku. Okey kelaut lagi mood aku harini. Sedihnya.

hello husbandWhere stories live. Discover now