💞30

28K 940 16
                                    

Aku pandang ammar macam nak telan. Tak logik langsung cerita dia pasal dr faiz tu. Dia belasah dr faiz? Haahhhhhh! Mengarut tu satu, menipu aku tu lagi satu hal.

"sayang tak percaya langsung cerita abang. Abang, pukul orang?" masih bertaut keningku. Sejak bila laki dia tau belasah orang. Cehhhh!

"apa yang abang dapat kalau abang tipu sayang?" soalnya.

"abang ni.. Sepanjang sayang kenal abang, sayang tak pernah tau pun abang pandai bergaduh. Abang kan ulat buku"

"abang upah orang" kali ni aku diam sekejap. Yaa seorang ammar memang ulat buku tak reti belasah orang, tapi tak semestinya otak dia tak boleh berfikir kan?

"sayang abang tak tipu. Sayang yang nak tahu pasal dia. So abang bagitahu lah. Siap jujur lagi. Tapi sayang tak percaya."

"okey atas sebab apa pulak abang upah orang pukul dia?"

"sebab dia ngorat sayang depan abang."

Terimbas kembali peristiwa dr faiz mengorat aku dalam lif tempoh hari.

"takkan la sampai nak pukul?" aku tak puas hati. Kasihan pun ada dengan dr faiz.

"sayang, abang buat semua ni sebab nak protect sayang dari dia" kata ammar. Aku mendengus geram.

"abang, walaupun dia ngorat sayang tapi tak bermakna abang boleh pukul dia simply2 macam tu. Kalau dia report polis?" soalku. Takkan la aku nak biarkan laki aku meringkuk dalam lokap tu. Ammar ni pun satu, takkan la dia tak boleh fikir benda benda macam ni bakal susahkan dia, aku & orang sekeliling dia nanti.

" sayang, sayang tak faham. Sayang tak kenal dia macam mana"

"alasan apa lagi ni, abang? Dah dah lah tu. Apa yang sayang tak faham? Erghhh! Dah lah, sayang nak tidur." kataku lalu beredar masuk ke dalam bilik. Ammar masih di sofa. Dia pun kelihatan runsing. Kadang kadang memicit kepalanya. Dia menghela nafas berat.

Buat masa ni, aku takde apa nak cakap dengan dia. Patut la dia selalu elak bila aku tanya pasal staff dia tu.tapi takkan la suami aku sanggup upah orang semata mata sebab ngorat isteri dia? Arghhhh! Satu pun tak masuk akal.

****

Harini, lepas ammar pergi kerja aku buat kerja rumah macam biasa. Pagi tadi aku tak bercakap langsung dengan dia. Dia pun sama.
Tapi sempat aku tengok muka tegangnya sebelum keluar dari rumah.

Usai masak tengahari, aku lepak depan tv macam biasa. Menonton wanita hari ini. Salah satu rancangan yang bersifat ilmiah. Kalau tak cjwow shop jela yang disiarkan. Boring dah aku rasa.

Hanfon ku berbunyi tanda wasap masuk.

Kak pia, rindunyaaaaa - aina.

Aik.. Hari hari ke nak hantar ungkapan rindu? Aku senyum sendiri. Walaupun aku dah resign tapi mereka masih ingat kat aku. Huhu... Terharu.

Hubby akak macam singa lapar harini. Habis mo semua jadi tikus. Fail fail pun dah terbang macam burung dilangit - aina.

Aku baca. Taktahu nak balas apa. Takkan sebab gaduh dengan aku, dia jadi macam tu. Tak professional langsung kalau macam tu. Laju aku tekan keyboard, mahu membalas wasap aina.

Akak pun rinduuuu... Huhu...
Yeke, kenapa dia aina... - pia

Malam tadi dr faiz oncall, dia tak clerk pt langsung kak. Prosedur apa pun tak buat. Tu yang hubby akak mengamuk. Dah la 3orang, dok acute pulak tu - aina.

Dr faiz ni memang nak cari nahas ke apa? Dah tau bos dia macam singa, dia cari pasal kenapa? Aku garu kepala yang tak gatal. Taktahu nak balas apa.

Dia tengah mengamuk lagi ke tu?

Soalku.

Takdah, dia dah habis round. Dia bagi dr faiz sejam untuk clerk pt baru sebelum dia datang semula japg. Kak, kitorang pun takut kak. Pt pun takut. Mo lagi la. - aina.

Aku hela nafas perlahan.

Yeke.. Hmm.. Pagi tadi okey je dia. Takde apa lah aina, dia baik je. Aina nt pesan la kat dorang tolong2 dr faiz tu siapkan kerja ontime.. Nanti menyinga lagi dia.

Pesanku. Aina balas okey dan berterima kasih padaku. Aku garu lagi kepala yang tak gatal.
Nombornya di cari dalam list contact ku. Lalu ku dial.

"hello, assalamualaikum abang" kataku sebaik shj dia angkat.

"waalaikumsalam. Hmm.. Kenapa?" balasnya.

"ohhh.. Takde saje call.. Sayang nak mintak maaf kat abang pasal malam tadi" kataku. Cuba nasib.

"hmm.."

"nanti sayang datang kita lunch sama sama nak tak? Sayang masak dah ni, sambal udang, sayur campur, ikan goreng. Sayang boring makan sorang sorang" okey cuba lagi pia jangan tak cuba.

"bila sayang nak datang" soalnya. Suaranya yang tadi tegang, dah slow sikit. Fuh.... Berjaya.

"abang lunch pukul 1 kan. Sayang siap siap jap. Japg sayang datang. Nanti jumpa kat cafe tau"

"okey abang call kan teksi" katanya. Erkkkk! Aku baru nak drive sendiri. Tapi untuk berkata tidak tu, macam menempah maut je. Aku iyekan je.

Laju laju aku siap. Tapau makanan yang dah siap masak & tunggu teksi kat bawah. Harap harap dapatla pujuk husband yang tengah beremosi ni. Huhu!

hello husbandWhere stories live. Discover now