"Pia. Mana fail yang saya suruh awak mintak dr ammar cop tu?" soal sr sakinah tiba tiba. Alamak. Sungguh aku lupa. Aku dah angkat beg nak chaw ni. Kenapa la terserempak pulak dengan dia time ni.
"err.. Belum sister.. Dr ammar tak bawak cop" kataku. Lepas ammar pergi macam tu je tadi, aku pun lupa dah pasal fail tu.
"alasan. Pergi siapkan sebelum balik" katanya lalu meninggalkan aku. Aku pandang dia kecik besar je. Kenapala kerja dia aku yang kene buat!
Aku dail no ammar, tanya dia dimana. Kat office katanya. Dia suruh datang sana. Malasnya aku. Huhu.. Nak taknak aku menapak jugak ke office dia ditingkat 1. Oh, dia ada office eh? Sebenarnya aku pun tak pernah pergi office dia. Taktau pun dia ada office. Haha!
Sebaik sahaja aku tiba disana, dari jauh aku nampak pintu yang tertulis namanya. Aku terdengar orang berbual didalam. Oh.. Mungkin dia tengah sibuk. Tapi kenapa suara macam perempuan eh? Okey ni tak boleg jadi, aku kena menyibuk. Aku ketuk pintu. Apabila terdengar ammar menyuruh masuk, pintu dikuak. Dr farah yang sedang duduk didepannya memandang sinis pada aku.
"isteri high class you" kata dr farah padanya lalu dia bangun dan beredar. Kedengaran sarcasm ayatnya. Dia sempat jeling aku sebelum keluar. Eh apasal eh perempuan perempuan ni suka menjeling aku?
"kenapa dia cakap macam tu?" soal ku pada ammar. Aku duduk dihadapannya yang sedang menghadap pc seperti tiada apa yang berlaku.
"kenapa? Betulla dia cakap. My wife memang high class pun" katanya sambil menjungkitkan kening. Huh! Ingat handsome? "sayang ni dari tadi cop, nak buat apa?" soalnya sambil menghulurkan cop padaku. Okey kali ni aku sambut dengan hormatnya. Sebab aku malas nak bergaduh dengan sr sakinah semata mata benda ni.
"entah la. Sejak bila pulak kena cop ye discaj summary ni?" soalku lalu tanganku mengecop kertas kertas tu. "sayang cop, nanti abang sign tau"
"sign la terus"
"mana la sayang tau sign abang macam mana" kalau aku tau lama dah aku buat.
"hmm.. Nanti abang sign"
"ok. Abang, apa dr farah sembang dengan abang? Dia selalu ke datang bilik abang?" okey time to jadi makcik bawang. Okey what? Suami sendiri kot! Kena extra bawang sikit!
"rahsia"
"apasal pulak?"
"sayang bagitahu dulu, sayang memang rapat ke dengan faiz tu?" soalnya.
"takde lah. Mana ada rapat"
"so.. Tadi sayang cakap apa dengan dia?" aku garu kepala. Bila masa aku bercakap dengan dr faiz?
"bila sayang bercakap dengan dia?" soalku semula.
"okey." jawap ammar sepatah. "dah siap? Bak balik cop abang. Pergi naik wad" katanya. Aik? Dia halau aku ke apa? Dah lah soalan aku tak berjawab.
"abang belum sign lagi?"
"okey, tinggal la kat situ nanti abang sign"
"sister nak harini tau"
"i dont care." ammar bangun. Aduhai dah kenapa pulak la dia ni.
"abang kenapa?" soalku. Lepas jumpa dr farah tadi terus moody?
"nothing. Pergi jela tunggu kat atas"
"sayang tak boleh tunggu abang kat sini ke?"
Ammar diam. Sedang menyelak fail di kabinet belakangnya.
"okey. Maybe this office suit with you & dr farah only kan? Okey. I'll leave. Jumpa kat rumah" aku angkat kaki keluar dari biliknya. Tak dengar pun dia panggil aku. Kecewa sungguh! Betul ke dia ada affair dengan dr farah? Dia dah tak sayang aku ke? Ke sebab aku ni wife yang useless, baru pregnent dah gugur. Yelah kot, diakan nak sangat baby. Hmmm.. Macam macam bermain dalam kepala aku.
*******
Okey dah 3hari ammar senyap dengan aku. Aku pun senyap la. Takkan nak terhegeh hegeh kan? Boleh dah isytihar perang dingin. Tapi.. Aku cuti harini.. Dia kerja. Aku cadang nak keluar dengan mimi. Tapi kena mintak izin dia dulu. Hmm.. Macam mana nak cakap eh? Aku usha dia yang sedang bersiap dihadapan cermin. Handsome2 nak pergi mana, kerja je pun. Ke nak ngorat dr farah? Astaghfirullah, pia! Cuba positif sikit! Aku perasan yang ammar perasan aku usha dia. Cepat cepat aku menyorok dalam selimut.
"abang pergi kerja dulu" kata ammar lalu pergi. Aik.. Macam tu je? Tak sempat aku nak salam pun. Takpelah nanti aku wasap dia bagitahu aku nak keluar.
Tengahari tu seperti yang aku nekadkan, aku wasap dia. Mintak izin keluar dengan mimi. Dan seperti yang aku agak. Dia balas "NO" sepatah. Tak perlu lah aku argue. No means no. Apalagi, melepek la aku kat rumah. Baru nak tengok movie. Boring lah. Butang Remote tv aku tekan. Takde siaran yang best langsung. Hmmm.. Sendu lah hari cuti ku...
"apalah yang dia tengah buat sekarang.. Tengah mengamuk ke, tengah menyinga ke.." bebel ku sendiri.. Entah entah tengah menggatal dengan dr farah! Bisik satu suara. Cepat cepat aku geleng. Astaghfirullah syaiton pergi main jauh jauh!
YOU ARE READING
hello husband
CasualeKisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni 6bulan. Kenapa?" "apa??!" Atas permintaan sofea, hubungan mereka dirahsiakan. Nanti orang sibuk ta...