"ni pencuri nya dr ammar!" laung si baju biru dari jauh bila dia perasan ammar datang. Bilik tu dah makin penuh. Dengan doktor lain pun ada. Kecoh satu office dibuatnya.
"apa yang kecoh sangat ni?" soal ammar apabila ternampak aku. "mana pencurinya?" soalnya. Aku dah angkat kening.
"ni dia dr! Dia ada dalam bilik ni tadi masa dr takde" ya allah kepohnya la minah ni.
"lah, kak zi. Ni kan wife dr ammar" tegur dr aiman yang baru datang untuk melihat kekecohan yang berlaku.
Aku dah tak tahan nak gelak bila muka si baju biru berubah.
"yeke?" soal nya.
"haah, dia ni memang pencuri hati saya pun. Dah dah bersurai" kata ammar. Aku pulak rasa nak cia cia kat situ bila ammar cakap macam tu. Eleh ingat sweeeet sangat la tu?
Ada yang gelak, ada yang geleng, ada yang penuh tanda tanya. Tapi semua beredar dsri bilik ammar. Ammar pum tutup pintu sambil geleng.
"abang ingatkan apa lah tadi"
Aku pulak dah ketawa suka. "kesian dia, tak pasal pasal dapat malu. Eleh, dia pun datang tak ketuk pintu. Sayang dah lah tengah lap meja kerja abang."
"tulah, bila dah kerja dalam office je staff lain pun tak kenal" balas ammar lalu duduk di kerusi meja kerjanya. Aku faham maksud dia. Yela aku dah 4tahun kot kerja sini. Sedangkan aku pun cam muka dia sebagai kerani kat sini, dia pulak tak kenal aku. Cehhh! Sekalipun tak kenal aku sebagai isteri dr ammar, kenal sebagai staff pun okey lah. Belum lagi nak jadi pencuri. Lagipun apa yang aku nak curi ye dalam bilik ammar ni? Penuh buku. Boring aku.
"aik, dah habis ke round kat atas" soalku.
"abang nak rehat kejap. Mengantuk sebab makan banyak sangat"
"eleh macam nak salahkan sayang je" kataku.
"yaa... Im always blaming ur delicious dishes." katanya.
"okey, lepas ni sayang nak masak sedap sedap lagi" kataku. Ammar tidak membalas. Dia dah melelapkan mata sambil berpeluk tubuh. Patutlah senyap.
Aku malas nak kacau. Biar dia rehat sekejap. Dia kata kalau ngantuk sangat dia akan tidur dalam 5min. Tu pun dah cukup katanya.
Aku sambung kemas biliknya.Tak sedar dah nak dekat setengah jam ammar tidur. Dia pun bangun. Aku pulak baru pulang dari surau. Dia keluar. Mahu menyambung kerja agaknya.
Aku hanya duduk bermain fon di sofa. Tak lama kemudian, dia masuk semula.
"okey sikit" katanya. Mungkin dah hilang Mengantuknya. "okeylah abang nak sambung round." katanya sambil berjalan ke arah aku.
"okey. Sayang tunggu kat sini je." kataku.
"okey, apa apa call abang" katanya lalu mencium pipi aku. Aku pandang sekeliling. Fuhhh.. Mujur takde siapa yang masuk. Dia ingat ni kat rumah ke nak cium cium sebelum kerja. Eeeiiiiii...
****
AMMAR
"you still fail to make me satisfied with your work, faiz!!" entah kali keberapa aku jerkah faiz harini. Takde satu kerja pun yang siap. Takde satu kerja pun berjalan lancar harini. Yang dia nampak hanyalah seorang doktor yang langsung takde semangat bekerja. Lemau, cakap macam dalan kelambu, mata merah macam drug addict. Macam ni nak rawat pesakit?
"sit" kataku pada faiz. Cuba kawal suara & perasaan sekarang ni. Dia perlahan lahan duduk di kerusi yang ada didalam bilik MO ini.
"now tell me what is your problem? Nak kerja atau tak?" soalku.
"sorry bos.. Saya..." dia berhenti.
"talk. I want to know the truth" aku pandang dia tajam. Aku harap dia bagi jawapan yang betul.
"saya.. Tak berminat nak kerja ni"
"oo.. Kenapa tak bagitahu awal awal? So u can resign now" balasku.
"tapi, saya perlu duit"
"go find another work yang you minat. Simple"
"saya.."
"apalagi alasannya faiz? Kalau awak rasa tak minat, tak perlu teruskan. Takde siapa paksa. Awak dah menyusahkan semua orang. Tolong faham sikit part tu. Malam tak datang oncall, awak ingat kerja kerja ni boleh tunggu sampai orang datang ke? Nyawa orang boleh tunggu ke? Sekali lagi saya tanya awak, nak kerja tau tak?" soalku.
Tiba tiba pintu diketuk. Sister sakinah. Oh, memang waktu yang sangat tidak tepat.
"sory bos, ada call" katanya.
"sister, awak tak nampak ke saya tengah busy? Anyone want to talk with me please call my hp directly " kataku. Dia beredar.
"sorry bos.."
"awak ingat dengan sory awak, boleh ubah keadaan? Boleh bayar balik penat lelah orang lain yang back up kerja awak?"
Dia diam.
"so tell me, apa hubungan awak dengan sister sakinah?" soalku.
Kali ni dia pandang aku macam tak percaya. Bulat matanya.
"mana bos tahu?" soalnya.
"i ask you, why you ask me back? Okey, that was your personal part, tapi keluar time oncall dengan seorang staff medical seem so wrong. Sekalipun dia girlfriend awak, takkan dia tak faham yang awak tengah oncall?"
Aku masih tak faham dengan dia. Dan jugak girlfriend dia yang tengah mundar mandir kat luar bilik MO ni." dia yang paksa saya keluar dengan dia, bos. Sumpah! "
" apa? " soalku, tak berapa percaya.
![](https://img.wattpad.com/cover/143185176-288-k591605.jpg)
YOU ARE READING
hello husband
SonstigesKisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni 6bulan. Kenapa?" "apa??!" Atas permintaan sofea, hubungan mereka dirahsiakan. Nanti orang sibuk ta...