Petang itu Aera sibuk menyiapkan makanan untuk makan malam. Dikerling jam, pukul 7. Dia mengangguk seorang diri.Masih ada masa lagi sebelum Sehun balik dari kerja. Dia pergi ke bilik untuk mandi.
30 minit selepas itu.
Dia turun ke bawah. Dia menunggu Sehun pulang. Sambil menunggu Sehun pulang, dia menonton tv. Lima minit dia menunggu akhirnya Sehun telah pulang.
Disambut kepulangan suami dengan muka yang ceria. Muka Sehun yang tadi nya cemberut terus bertukar ceria, langkah nya dilajuka supaya cepat sampai ke Aera. Halah rindu isteri la.
Sehun dan Aera masuk ke dalam rumah. Aera membantu Sehun menanggalkan blazer.
“Awak pergi mandi dulu saya nak panaskan lauk.” Aera membuka langkah untuk pergi ke dapur.
Tiba tiba tangan nya ditarik. Aera menjongketkan dahi.
“Yes dear?”
“Kejap. Mari sini, saya nak peluk awak. Saya rindu bau awak.” kata Sehun.
“Okay then.” Aera duduk lalu tubuh nya dipeluk erat oleh Sehun.
“Hm. Saya suka bau ni. Hari ni kan dekat office saya tak dapat tumpukan perhatian dekat kerja, sebab saya asyik fikir pasal awak. Awak bermakna dalam hidup saya sayang. Tak dapat saya bayangkan kalau awak tiba tiba hilang dari hidup saya.” Tangan Sehun masih lagi memeluk Aera dengan erat.
“Saya takkan tinggalkan awak melainkan awak ada buat sesuatu yang menyakitkan hati saya, kecewa kan saya. Kenapa ni? Kenapa tiba tiba cakap macam ni? Okay ke?” Aera menggosok belakang Sehun. Badan Sehun macam lemah.
“Awak pergi mandi dulu, lepastu turun bawah okay?” Sehun akur.
-
Aera siap memanaskan lauk. Dia menunggu Sehun yang tak keluar keluar lagi dari bilik. Tanpa menunggu lebih lama dia terus masuk ke dalam bilik.
Sehun terbaring atas katil dengan lemah.
“Sehun? Kenapa ni? Sakit ke?”
Sehun tidak menjawab. Aera memegang dahi Sehun, panas. Hm demam la ni.
“Tunggu sini jap. Saya bawa makanan, kita berdua makan dekat sini nae? Lepas makan awak makan ubat.” Aera bergegas keluar.
-
Habis sahaja mereka berdua makan, Aera menyuruh Sehun makan ubat. And guess what? Sehun tak nak makan ubat.“Makan lah ubat ni.” Sehun menggeleng kepala tanda dia taknak makan ubat.
“Makan lah. Macam mana nak sembuh kalau tak makan ubat?” Sehun masih tetap dengan keputusan dia tadi. TAK NAK MAKAN UBAT!
"Tak apa lah awak taknak makan ubat. Hm.” Aera masuk ke dalam selimut. Acah merajuk! Biar Sehun makan ubat.
“Ye la ye la. Saya makan ubat.” Sehun mengambil ubat lalu ditelan dengan muka yang tak rela.
Aera tersenyum di sebalik selimut.
“Ingatkan taknak makan ubat. Baru nak merajuk kejap.”
“Hm, saya sakit sayang. Tak larat nak pujuk awak. Sebab tu saya makan ubat. Hehehe.” Sehun tersengih.
“Sakit sakit pun boleh lagi sengih. Dah tidur okay? Goodnight baby.” Aera mencium dahi Sehun.
-
Vote guys!
YOU ARE READING
Cold-Hearted Wife [Oh Sehun]
Fanfiction"Having you as my baby in this life is the great moment ever." -oh sehun.