Part 45

154 19 2
                                    

Mata yang berwarna perang itu elok sahaja menatap wajah tenang isterinya. Tanpa disedari air matanya jatuh melimpahi dari tubir mata. Dia mengesat air matanya. Ehem air mata gembira okay.

Dia masih lagi tidak percaya bahawa wanita yang berada di sebelahnya itu ialah isterinya yang kini mempunyai perut yang memboyot dan akan bersalin.

Dia masih lagi setia menatap wajah isterinya dan tidak sedar isterinya sudah terbangun.

Aera memalingkan wajahnya ke arah wajah Sehun. Nak baring mengiring tapi perut memboyot jadi halangan. Berkerut dahinya apabila melihat mata encik suami tidak berkelip menatapnya.

“Sehun? awak kenapa pandang saya macam tu?”

Seakan baru sedar dari mimpi, Sehun terkejut mendengar suara isterinya.

“Eh? sayang dah bangun ke? heheheh tak sedar.” Sehun tersengih lalu mencium dahi Aera.

“Macam mana nak sedar kalau awak asyik pandang saya sampai mata tak berkedip.”

“Tak salahkan saya nak pandang wajah isteri saya yang cantik ni?”

Aera hanya menjeling Sehun di sebelah. Mula la tu nak buat ayat romantik. kang terberanak kat sini baru tau sebab cair.

-

Sehun selesai menyimpan semua keperluan isterinya untuk bersalin nanti. Dia senyum puas. Tiba tiba suara isterinya mematikan senyuman Sehun.

Tergesa gesa dia menuruni tangga dan berlari ke arah ruang tamu.

“Kenapa sayang?!”

“Sehun! saya dah nak bersalin ni!”

“Oh god! kejap saya ambik beg awak.”

Laju sahaja Sehun berlari kembali ke bilik mereka dan mengambil beg yang mempunyai semua keperluan isteri dan bakal anaknya.

Dicempung tubuh isterinya dan dibawa ke dalam perut kereta. Tidak sampai beberapa saat enjin kereta itu dihidupkan, Sehun terus memecut laju keretanya.

-

Sampai sahaja di hospital Aera terus dimasukkan ke bilik kecemasan. Sehun duduk di luar bilik kecemasan dengan seribu perasaan. keluarga Aera juga datang menemani Sehun. Hampir sejam mereka menunggu, akhirnya doktor keluar dari bilik kecemasan dengan muka yang sukar ditafsir.

“How is it? Is it my wife and my baby okay?”

Doktor itu menepuk bahu Sehun berkali kali.

“Sorry sir. Sir kena sabar banyak banyak...“

Doktor itu menarik nafas terlebih dahulu. Sehun sudah mula mengeluarkan air mata nya.

“Eh? Jangan nangis dulu tak habis cakap lagi. Sir lepas ni kena sabar banyak banyak sebab jaga anak dua orang. Congrats you got a twinnie baby boy!”

Sehun sudah terjelopok di atas lantai mengongoi nangis. Dalam nangis sempat lagi menjerit.

“Aku dapat anak kembar huwaa tak sangka!”

-

Cold-Hearted Wife [Oh Sehun]Where stories live. Discover now