Part 17

300 36 20
                                    

Alex P.O.V

Dia dah bahagia alex, kau bila nak lupakan dia? Selama 5 tahun kau hidup tanpa dia takkan kau takdapat lupakan dia?”

Kata kata  Aric masih lagi terngiang ngiang di dalam otak aku. Tak semudah itu aku dapat lupakan Aera. Perempuan pertama yang berjaya mengambil hati aku. 5 tahun? Adakah begitu senang untuk aku melupakan dia? Tidak bagi aku, kerana aku sudah pun mencintainya dengan sepenuh hati. Tapi apakan daya? Jodoh kami tidak sampai. Aku tidak akan melupakan dirinya. Aku akan tetap mencintainya walaupun dia bukan hak milik aku.

End Alex P.O.V

Sehun!” Aera menjerit apabila sehun tiba tiba merampas telefon pintarnya. Dia baru sahaja ingin memuat naik fotonya di instagram.

Sehun hanya mencubit pipi gebu Aera lalu mencium sekilas pipi Aera. Aera memuncungkan mulut. Pula dah? Nak jadi itik ke?

“Mulut tu elok sikit nanti kena gigit baru tau.”

“Ade orang kisah?” lagi galak Aera memuncungkan mulutnya.

Dalam sekelip mata sahaja bibir sehun selamat mendarat di bibir Aera. Mata Aera membulat terkejut. Pantas sahaja tangannya memukul bahu sehun.

“Auw! Sayang sakitla." sehun mengadu sakit.

“Tau pula sakit. Eh?! Hun! Harini kita jalan jalan kat pantai nak?” kata Aera tiba tiba tukar topik.

“okay. But kiss me first.” Sehun menunjuk mulutnya minta dicium oleh isterinya.

Aera hanya menggulingkan matanya ke atas lalu dicium sekilas bibir milik suaminya.

Sehun mengekek ketawa suka.

-

“Eomma!” Baekji lari mencari eomma nya yang berada di ruang tamu dengan appa nya.

“Baekji yah berapa kali appa cakap jangan lari. Kenapa degil?” Baekhyun memarahi anak lelakinya. Namun segala kata katanya tadi hanya masuk melalui telinga kiri keluar telinga kanan. Baekji tidak menghiraukan bebelan appa nya.

“Eomma.. Harini kita pergi rumah Auntie Aera dengan Uncle Sehun.” Baekji mengelipkan matanya berkali kali. Baekya ketawa melihat kerenah anak lelakinya yang rindu akan adiknya, Aera.

“Tak boleh sayang. Auntie kamu dengan uncle kamu takda dekat rumah. Mereka dekat pulau, honeymoon. Katanya nak bagi Baekji adik saudara.” Baekhyun menjawab soalan anaknya.

“huh? Adik saudara?” Baekji menggaru kepalanya. Seakan tidak tahu tentang apa yang disampai oleh appa nya.

“Yup adik saudara. Kenapa? Baekji nak adik ke? Malam ni boleh appa buat dengan eomma kamu kalau kamu nak adik.” Baekhyun tersenyum mengejek melihat isterinya.

“nak!” kata Baekji dengan riang.

“Haa sayang. Baekji nak adik baru. Macam mana? Kita kena bagi juga.” Baekhyun duduk di sebelah isterinya.

“Byun Baekhyun!”  terjerit Baekya apabila Baekhyun tiba tiba menyelak bajunya.

Baekji pula awal awal lagi sudah lari masuk ke bilik tinggalkan kedua dua ibu bapanya.

“HAHAHAHAHHA!” Baekhyun hanya ketawa lalu dicempung tubuh isterinya masuk ke bilik.

-



Baekilya04 hok akak! Sorry for the last part HAHAHAHAHA . oh btw harini double update gais😂💕 vote and comment ya

Cold-Hearted Wife [Oh Sehun]Where stories live. Discover now