Resepi Nasi Ayam Panggang

256 5 3
                                    

Bahan Utk Nasi:
4 mug beras basmathi(PUSA)
6 mug air rebusan ayam
2 ketul kiub pati ayam*
3 inci halia*
3 biji bawang putih*
7 helai daun bawang
2 sudu besar minyak bijan
3 kuntum bunga lawang
3 helai daun pandan- di simpul
4 - 5 sudu besar marjerin planta
**Blend @ tumbuk bahan2 yg bertanda ( * )

Bahan Untuk Sos Perapan Ayam panggang:

1 ekor ayam - kerat 4 dan cuci bersih
7 sudu besar sos marinade ayam lee kum kee
1 sudu besar serbuk chinese five spice mc cormick
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk chicken seasoning mc cormick
5 sudu minyak jagung

Bahan Untuk Sup:

4 ulas bawang putih - di mayang
3 inci halia - di mayang
2 bungkus sup bunjut
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 keping kecil asam keping
Air rebusan ayam secukupnya

Bahan Untuk Sos Cili:

10/15 biji cili api merah - optional
6 biji cili merah
1 biji tomato- kerat kasar
2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi @ limau nipis- perah
1 sudu tomato sos
3 sudu cili sos
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

Cara:
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)

Bahan Untuk Kicap:

- 2 ulas bawang putih
- kicap manis secukupnya
- air rebusan ayam secukupnya
- 1 sudu besar sos tiram
- tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
- sedikit gula

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung)..selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur...agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya..(utk memekatkan kuah)

Bahan Hiasan:
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara2:

Mula2 buat air rebusan ayam…(masukkan air,sedikit daun bawang, halia & beberapa ulas bawang putih yang diketuk kasar)..tutup periuk dan masak hingga didih...Selepas air mendidih, masukkan ayam...biar ia masak selama 20 minit... selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan...

Untuk Nasi:

Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend dan biar naik bau. ..kemudian masukkan bunga lawang, daun bawang dan daun pandan...bila dah layu sikit masukkan minyak bijan. ..kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam mengikut sukatan beras ye..biarkan hingga nasik masak.

Untuk Ayam:

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkuk besar...gaulkan ayam dengan semua bahan perapan.. Sapu rata dan biarkan 1- 2 jam....selepas ayam diperap.. Susun ayam dalam tray yg sesuai, tinggalkan bahan2 sos perapan yg lebih tu...kemudian boleh lah bakar ayam dalam oven selama lebih kurang 1 jam 15min pada suhu 200c.. Baki sos perapan yang masih ada lebih tadi jangan buang ye...Setiap 20 minit keluarkan sekejap ayam dan sapukan ayam dengan lebihan sos perapan tadi, sehingga selesai bakar.. ( anggaran dalam 3-4 kali sapu sepanjang proses bakar ayam tu..) agak2 warna ayam dah bertukar coklat gelap dan kulit ayam nampak berminyak berkilat boleh diangkat ye..

Untuk Sup:

- panas periuk dgn sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia & sup bunjut hingga naik bau ye.. Masukkan serbuk lada sulah..

- kemudian masukkan baki air rebusan ayam tadi...kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa...masak hingga didih...perasakan sup.
( masukkan 1 kiub pati ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

- selepas semua dah masak, boleh la di makan…cara penyediaan…timun, tomato dipotong nipis2...daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.. Taburkan juga bawang goreng..siap..
⭐🌹🌙

masak2 Where stories live. Discover now