RESEPI UDANG TEMPOYAK😉*

118 5 0
                                    

Bahan-bahan
20 ekor udang sederhana besar
1-2 papan petai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3-5 sudu besar tempoyak
5-10 biji cili padi (kalau tak suka pedas kurangkan)
Air (untuk pekat atau cairkan kuah jika perlu)
1 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

- Kupas kulit udang, basuh dan toskan.

- Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan juga kunyit hidup.

- Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tempoyak dan juga air. Biar hingga menggelegak dan kuah likat mengikut tahap yang anda gemari.

- Kecilkan api dan masukkan udang, petai, garam dan gula sekiranya perlu. Masukkan juga daun kunyit yang telah dibasuh dan telah dihiris nipis atau disiat dua sahaja. Biar mereneh seketika.

- Masukkan garam dan gula secukup rasa.

*Selamat mencuba😍😉*

masak2 Where stories live. Discover now