Ayam Masak Ungkep*

156 4 0
                                    

Bahan:
2 ekor ayam - dipotong 12, lebih elok jika ayam tua/ayam kampung.
**Boleh juga guna ayam bandar, makanan laut.. tempoh masak akan jadi lebih singkat.
.
BAHAN KISAR.
3 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit hidup - saya guna 3 ketul kunyit
15 tangkai cili padi - tambah kalau nak pedas lagi. ** seeloknya cili padi hijau, warna ungkep mestilah kuning kehijauan.
1 Sudu Makan Serbuk Jintan Manis
1 Sudu Besar Ketumbar Biji
1 Biji Buah Keras.
6 butir Lada Hitam Biji.
Secubit Serbuk Kunyit.

BAHAN TUMIS
2 Labu Bawang Besar - Hiris kasar.
2 batang serai - Ketuk & Siat-Siatkan
2 cawan Minyak Zaitun untuk menumis
*boleh juga guna minyak biasa.
Garam Gula secukup rasa

Bahan Tambahan ( Wajib ada )
1 kpg Asam Keping.
6 biji kentang belah 4
3 biji tomato belah 4
16-20 biji cili padi - buang tangkai sahaja
1 helai daun kunyit - siat- siat je.
1 liter air - Untuk empukkan ayam/daging.
Jika guna makanan laut ,tak perlu air yg banyak ye.

OPTIONAL - SUSU CAIR , dalam 3x Splash.
** pengganti santan, tetap rasa lemak cuma lebih sihat

TIPS : Untuk mempercepatkan ayam pencen lembut, masukkan sudu & tutup kuali/periuk pada api sederhana . ( 30-45minit)

Masakan UNGKEP ni,semakin di panaskan semakin sedap tau!

*SELAMAT MENCUBA😍😉*

masak2 Where stories live. Discover now